who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Monday, August 31, 2009

pENCEN ILAt??

Mnatang apa la pencen ilat tu?? hahaha... rupa-rupanya pencen awal bagi individu yang mengalami kecacatan kekal yang boleh jejas perkhidmatan...ILAT?? kenapa ilat? ILAT = Ilah = sebab (lebih kurang laa)...

Saya teringat semasa belajar usul fiqh di Maahad dulu, antara aspek yang dilihat dalam mengeluarkan ijtihad untuk mensabitkan hukum adalah istilah ini..." illah" iaitu pertimbangan / sebab yang sama... seperti minum arak haram sebab mabuk...jadi minum tuak juga haram sebab yang sama / illah yang sama iaitu mabuk.. (Orang Kedah sebut tuak untuk air nira yang diperam sehingga berubah sifat...tapi kalau tuak di kelantan halal, sebab apa??? ahah!! cuba 'check' dengan kawan-kawan kelantan...kak zati ada...kak syafa ada...Tuan Guru pun ada =) )

OK, sampai di sini dulu! SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-52 =)HUBBUL WATANI MINAL IMAN! *hadith? kata-kata hukamak?? check sendiri!

Sunday, August 30, 2009

hari-hari bersejarah

28 Ogos 1966- Assyahid Syed Qutb, Abd Fatah Ismail dan Mohd Yusuf Hawassh telah dijatuhkan hukuman gantung oleh kerajaan THAGUT Jamal Abd Nasir....AL-FAATIHAH !

*******************************************************************

30 Ogos 1985 - kelahiran bayi comey di sebuah rumah..=) kini bayi tersebut bukan lagi bayi, tetapi 'bayi gajah'...hahaha!! Terharunya saya apabila ramai sahabat mendoakan keredhaan dan keberkatan hidup...Paling bermakna apabila ulangtahun kelahiran saya ke-24 jatuh pada bulan yang sungguh mulia...ZAHIDAH, SYUKRAN JAZILAN...INSYAALLAH, BERTEMU KITA DENGAN LAILATUL QADR!

Terima kasih buat semua sahabat yang mendoakan saya...

******************************************************************

31 Ogos 1985 - MALAYSIA TANAH AIRKU MERDEKA...(betulkah kita benar-benar 'merdeka'??)

*******************************************************************

Kenapa ye....nak sambut saja hari-hari istimewa, mesti kena disertai nyanyian?!! Kalau dirikan khemah kat Dataran Merdeka pun tak salah, ramai-ramai buat solat hajat, bertadarus sambil merebut peluang Ramadhan... (kat sini tak payah la nak bahas bid'ah ke ape, nanti aku luku pala baru hang tau! Yang hang dok melalak dalam perhimpunan campur laki pompuan tu tak keluaq hukum pulak...emm...penin...penin...!)
Apa pun, saya cukup pantang kalau JALUR GEMILANG diletak di atas lantai..Bendera negara sangat tinggi nilainya!
Alhamdulillah...secara materialnya, saya sangat selesa hidup di bumi Malaysia tanah air tercinta...

* teringat semasa di universiti dahulu, malam sambutan hari-hari istimewa ini, saya dan sahabat-sahabat usrah akan mengikuti ekspedisi dakwah bersama PERKID + PERKIDA... takut jugak, tapi nak bentuk jatidiri, kena berani... KALAU TAKUT AKAN OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI...MATLAMAT HIDUPKU ADALAH MATI !!

Thursday, August 27, 2009

Sabar...nasihat utama sahabat

Arni pesan ..."sabar Tikah.."... baik..alhamdulillah...sahabat-sahabat saya sentiasa di sisi.. Ulama' kata...kalau nak kenal agama seseorang, lihatlah dengan siapa dia bersahabat...ALHAMDULILLAH..sahabat-sahabat saya: Laila Sya'ari, Zahidah Mohd Amin, Nurul Aini Khairul Azhari, Arniwaty Abdullah, Saadah Mohd Radzuan, Nur Izzati Che Khalid, Aimi Nabihah Mohamad, Noor Faasilla Jasni, Noorasikin Ismail, Rabiatul Adawiyah Sarehan, sahabat-sahabat Ikatan 01, Sahabat-sahabat Ikatan G3, Sahabat-sahabat Wave, Kak Rosidah GK Jelapang Jaya.. Jazakumullahukhairal jaza' kerana sudi bersahabat dengan saya..

Dalam Bahasa Arab, SAHABAT = SODIQAH... sodiqah berasal dari 'sodaqa-yasdiqu-soodiq' yang bermaksud membenarkan.. seorang sahabat sentiasa membenarkan kata-kata sahabatnya dan menjadi cermin antara satu sama lain...beruntunglah seorang mukmin apabila dilihat sahaja wajahnya mengingatkan kita kepada Allah !

Wednesday, August 26, 2009

Nak Redha manusia?!

Ada pemimpin di sini takut ... takut apa??? takut dengan tafsiran media luar (wallahua'lam...)..media luar tu siapa?? mesti la media dari negara uncle sam and the geng!

Saya cakap pasai apa ni?? ... Em, yang tak tahu tu memang saya kata bongok! SIIIIBUUUUKKKK sangat ke sampai tak sempat nak ambil tahu hal ehwal saudara seIslam??....pasal apa lagi, pasal isu hangat sekarang... pelaksanaan hukum syariah... Minum arak satu dosa besar, dan hukumannya adalah hudud..

******************************************************************

Malas nak ulas kata-kata pemimpin yang saya rasa kurang ahlinya dalam Syariah...(saya pun bukan ahli dalam bidang ini, tapi sekurang-kurangnya saya mencari dan bersifat responsif!)... Buat pemimpin-pemimpin di Malaysia, utamakan ALQURAN dan ASSUNNAH dalam segala aspek...

Jika seseorang itu mengharapkan Redha Allah dengan marahnya manusia, maka akan dicukupkan Allah untuknya, barangsiapa mencari redha manusia dengan marahnya Allah, nescaya akan dilemparkannya kepada mereka.... Ada suatu hadith berkaitan hal ini...sila-silalah buka kitab hadith sendiri!

Hamba tahajjud!

Alhamdulillah...dah 5 Ramadhan ...adakah kita sempat bertemu 30 ramadhan? wallahua'lam...masa yang lalu tidak dapat dikembalikan...masa yang akan datang belum tentu milik kita ...masa sekarang adalah yang terbaik untuk dijadikan seolah2 milik kita walaupun dipinjam sebentar cuma..sahabat2...sama-sama kita rebut peluang masa dan kesempatan yang diberi untuk cuba sedaya mungkin mengibadahkan waktu-waktu kita.

******************************************************************

Kalau bulan-bulan lain kita sering beralasan susah untuk berqiamullail, Ramadhan adalah madrasah terbaik melatih diri untuk istiqamah dengan qiamullail.. 30 malam Ramadhan diisi dengan qiamullail...kemudian ditambah lagi 10 malam berikutnya di bulan syawal...insyaAllah, qiamullail akan kita lazimi ...Kata Ulama', amalan yang dilakukan 40 hari berturut-turut akan menjadi tabiat kemudiannya..

Muslimat ada hari-hari ABC..(Allah Bagi Cuti)...namun, kita masih boleh berterusan berqiamullail...qiamullail tidak semestinya bersolat..bangun di tengah malam untuk mengingati Allah juga dikira qiamullail...ayuh, bangunlah berzikir, berdoa, dan penuhi sepertiga malam kita dengan bertaqarrub denganNya..

Ulama' membahagikan malam kepada 3 fasa...satu pertiga fasa digunakan untuk tidur, satu pertiga digunakan untuk menulis, manakala satu pertiga lagi digunakan untuk berqiamullail..Kata Ulama', barangsiapa yang banyak tidurnya di dunia ini, maka dijadikan untuknya banyak kerugian di akhirat kelak...

"saya dah tak rasa dzuk bila berqiamullail sekarang berbanding berqiamullail ketika di alam pengajian dulu..."... kawan-kawan pernah dengar rungutan seperti ini?? Nah , inilah hamba tahjjud... Kata Tuan Guru saya Al Fadhil Ustaz Zainal Asri Ramli,.... "Jangan kita menjadi hamba tahajjud. Jadilah hamba Allah".... Berqiamullail hanyasanya kerana Allah..kita buat kerana DIA sahaja... Perumpamaan hamba tahajjud ini seperti suatu hal...jika ada hal tersebut, maka senang dan bahagia hati, tetapi jika tiada hal tersebut, sudah tidak ada rasa dan perasaan lagi...apabila kita menjadi hamba tahajjud, maka kita tidak bisa untuk beribadah dalam erti kata ibadah sebenarnya bilamana kita sudah keseorangan..

******************************************************************

Teringat saya pada ilmu Biologi Manusia yang saya pelajari di UM dulu...gelombang-gelombang otak..otak mempunyai 4 gelombang ...Delta,Teta, Alpha, Beta...dalam keempat-empat gelombang itu, gelombang alpha adalah gelombang yang paling efektif untuk berfikiran bernas, logik, kreatif dan hebat. Menurut kajian sains, otak menghasilkan gelombang alpha ketika bangun di sepertiga malam..(padanlah ulama Islam banyak menulis di sepertiga malam!)...jika kita mengoptimumkan penggunaan gelombang alpha, banyak manfaat kesihatan akan diperoleh antaranya seperti terhindar daripada risiko sakit jantung dan stress..(nak tahu lagi, cari sendiri...i don't practice spoon feeding..hehe)..

******************************************************************

Terpanjang la pulak...erm, balik kepada entri di atas, mungkin baik juga jika di peringkat awal jadi hamba tahujjud daripada menjadi hamba nafsu!

Monday, August 24, 2009

Apabila pemimpin Islam tidak memahami Islam!

Sakit hati mendengar gesaan seorang 'pemimpin' wanita Malaysia menghina hikmah di sebalik hukuman Islam...'tak berbaloi'...berkenaan hukuman sebat yang bertujuan untuk mendidik..ambooiii! hebat sangat dia nak lawan hukum Tuhan. Saya rasa nak lempang mulut 'pemimpin' yang berlagak terlebih pandai dari Tuhan... akhir2 ini, saya selalu terbayang Gunung Krakatau yang sedang terbatuk-batuk kecil...bayangkan nanti jika Krakatau meletus seperti tahun 1886 (if i not mistaken) dulu...walaupun sekarang anak krakatau, mungkin jugak impaknya hampir sama.. Danau Toba ...adakah benar2 telah mati? kalau Danau Toba terbatuk kecil, saya akan pengsan mungkin! nah, saya rasa nak humban makhluk2 penghina Islam ke dalam kwah2 gunung berapi, biar dia rasa dulu api dunia.. Semoga dia cepat bertaubat nasuha sebelum terlambat.

********************************************************************

Apa sebenarnya hukum syariah jika seorang muslim didapati bersalah minum arak? Ada kita semua kisah dan ambil tahu?? Sabda Nabi Muhammad S.A.W "barangsiapa yang tidak mengambil berat hal ehal Umat Islam yang lain, maka dia bukanlah dari kalangan umatku...." Na'uzubillah!

Meh kita cari apa hukumnya!