who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Monday, March 7, 2011

Mengumpatkah saya???

Terima kasih nurul aini!

Sebelum menconteng@ merapu-rapu di sini..berkunjung dahulu ke blog nurul aini@ cikgu comel…Subhanallah…mendapat teguran langsung dari Allah Taala…tika berjalan menuruni anak tangga sewaktu loceng balik berdering, sempat saya mengumpat! Allah…cuba untuk tidak mengumpat, tapi bila dihimpit dengan dugaan, baru sedar diri..iman masih tipis…jauh lagi nipis dari epidermis bawang!

*******************************************************************************
Tanggal 4 mac 2011, tarikh keramat untuk saya melepaskan baton bendahari PIBG Sekolah…(setelah 2 tahun memegang taklifan berat itu)...untuk melepaskan sahaja jawatan itu, banyak tapisan saya kena hadapi daripada juruaudit wakil ibu bapa yang terlalu banyak songeh dan cerewet…sehingga majoriti kawan-kawan yang tahu kisah saya menggeleng kasihan sebagai simpati kepada saya…UJIAN! Alhamdulillah…akhirnya selesai jua sehingga mesyuarat agung tanpa sebarang persoalan langsung berkaitan duit dibangkitkan…(tahun-tahun sebelum ini pasti ada soseh-soseh walaupun sekadar sepuluh sen! Betapa berkiranya segelintir ibu bapa itu…takut sungguh jika cikgu-cikgu makan duit depa)


Alkisahnya…saya susah hati dengan cikgu yang nak ganti tugas saya … sebab dia sangat keberatan…alasan demi alasan yang dikemukakan membuatkan saya kecewa dan risau sehingga saya meluahkan kepada guru senior di sekolah saya dan kepada sifu saya iaitu bonda … oh…mengumpatkah aku???? Cuma apa yang saya boleh simpulkan, lauhan saya itu berakhir dengan cadangan solusi…insyaAllah, saya akan lakukan saranan tersebut dan selepas itu, saya akan memohon maaf kepada guru X terbabit insyaAllah…sebab saya tak nak dikira mengumpat…jika apa yang bakal saya katakan itu boleh mengubah persepsinya terhadap profesion keguruan, alhamdulillah…tapi jika hatinya masih dihijab, saya hanya mampu berdoa kerana Allah jua yang membolak-balikkan hati hambaNya.

******************************************************************************

p/s: sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan...Tidak semua taqdir Allah taala itu bertepatan dengan kehendak diri kita..belajarlah bersangka baik dengan Allah dan manusia sekeliling...think positive...cipta acuan diri sendiri.. dalam hidup ini, selain saya meminati profesion keguruan, saya sangat meminati profesion perubatan...saya suka cikgu dan saya suka doktor...cikgu macam mana yang saya suka??/ cikgu yang memberi inspirasi dan bersungguh-sungguh mendidik...bukan cikgu yang selalu tuang kelas/mengelat tugas/banyak bersungut...doktor yang macam mana yang saya suka?? doktor yang positive, lembut dan optimis...setiap tahun saya pasti menziarahi hospital @ klinik bahkan hampir setiap bulan...dan saya sangat suka berjumpa doktor pakar kerana mereka individu yang selalu positif dan selalu meniupkan kata-kata semangat kepada pesakit...bahkan kadang-kadang saya mengimpikan pasangan hidup bergelar doktor sebegini atau cikgu sebegitu =) tetapi bab jodoh bukanlah saya yang tentukan ...kerana telah kering pena menulis di loh mahfuz...sejak saya belum wujud lagi di muka bumi...!

Wednesday, January 26, 2011

sabar...boleh jadi calon syurga

bersabar di atas setiap yang berlaku...susah senang sakit sihat...ALLAH sayang kat kita..

teringat pulak perbincangan usrah yang lalu...bagaimana ALLAH sertakan bersama kesusahan pelbagai kesenangan...kesusahan itu bersifat khusus (ada alif lam) kesenangan itu bersifat umum / nakirah...hebathya kasih sayang dan rahmat ALLAH!

***********************************************************************************

*amal, i need to delete previous post..jwpn soalan ukhti itu ialah..."been inherited".. ok amal, take extra care! =)

Saturday, December 25, 2010

rumah itu benar2 ada!

Tahun lepas, aku pernah bermimpi..mimpi apa?? mimpi apa lagi...mimpi kahwen la...siapa?? aku la!

Terasa suka jugak pada mimpi itu...kudibawa ke sebuah rumah ...selepas maghri sementara menunggu isya'...rumah siapa?? rumah seorang tok guru...alim..agak besar rumah itu...masih kuingat warna putih dan berlangsirkan biru awan..damai sekali rumah itu..kunampak wajah seorang wanita tua , cerah kulitnya, sungguh keibuan wajahnya, lembut menyambut aku dengan penuh kasih...rupanya aku menikah dengan anak tok guru tersebut..perempuan tua tersebut isteri kepada tok guru..

kulihat ramai sekali tamu hadir..tamu lelaki berjubah dan berketayap putih...ramai juga berserban putih...penuh rumah besar itu menghadiri upacara pernikahan..tok guru menjemput anak2 didiknya ke rumah besar itu...

namun, sekali pun aku tak dapat kenal pasti siapakah pemuda itu...pemuda yang akan diijabkabulkan itu..wajah tok guru itu juga tak pernah kulihat dan tak pernah kukenali sepanjang hidupku di alam realiti. namun dapat kulihat didalam mimpi...tapi siapa??aku sendiri sudah hilang ingatan terhadap wajah tok guru itu sekarang...

Gembira sungguh kerana bersuamikan seorang yang thiqah, mengajar kitab turath di pondok dan masjid2...bermenantukan keluarga faqih agama...ya, sememangnya itu angan-angan yang pernah kupasang di kala hati terdetik ingin mencari calon suami...sekadar angan-angan yang mengharapkan keajaiban berlaku sungguh..kerna kutahu diriku biasa-biasa sahaja...tiada langsung yang istimewa...tidak faqih agama..sekadar boleh membaca kulit buku arab...itupun dengan berbaris! hilang sudah ingatanku pada ilmu nahu yang membolehkan aku meletak baris di awal dan hujung kalimah...hilang sudah ingatan aku pada ilmu sorof yang membolehkan aku berdikari meletak baris di tengah kalimah...terkapai-kapai aku dalam lautan dosa ciptaan sendiri...maka, layakkah aku merealitikan angan-angan itu...insyaAllah dengan harapan menggunung..

*******************************************************************************

Hari jumaat, 24 disember 2010..kumenziarahi jenazah seseorang yang kurasakan amat bertuah...punya pengakhiran yang baik...meninggal di kala waktu solat jumaat sangat hampir..disembahyangkan oleh para pelajar tahfiz...penuh masjid besar itu..dikebumikan selepas asar jumaat itu..insaf aku seketika melihat secara realiti jenazah dikebumikan..subhanallah! Tiada kereta mewah ditanam bersama..tiada isteri putih melepak cantik jelita dan tiada anak-anak comel turut serta ditanam...hanya seorang diri dibaluti kain putih yang akhirnya dipalit kotoran tanah merah...ditanam jauh 6-7 kaki ke bawah...bawah telapak kasut kita memijak bumi...Subhanallah...hanya berbekalkan amalan semasa hidup sebagai peneman..tiada harta dunia !!

Berbalik kepada mimpi tadi...ada kaitan ke?? ya!! dan aku sangat tidak menyangka...rupanya, rumah yang kulihat di dalam mimpi itu benar-benar wujud...cumanya, rumah yang kulihat di alam realiti itu berwarna hijau muda...sungguh!! tak berkelip mataku!! terus aku teringat pada mimpi yang penuh tanda tanya itu..tak sangka, perjalanan yang memakan masa 2jam setengah dari rumah aku, akan menemukan dengan sesuatu yang ku tak pernah ketahui kewujudannya!

ALLAHU A'LAM!

bangau...oh bangau..

bangau oh bangau...
kenapa engkau kurus?
mcm mana tak kurus..
ikan tak mahu timbul..

ikan oh ikan..
kenapa tak mahu timbul??
macam mana aku nak timbul..
rumput panjang sangat..

rumput oh rumput..
kenapa panjang sangat??
macam mana tak panjang..
kerbau tak makan aku..

kerbau oh kerbau..
kenapa tak makan rumput??
macam mana nak makan..
perut sakit..

perut oh perut..
kenapa engkau sakit??
macam mana tak sakit..
makan nasi mentah..

nasi oh nasi..
kenapa engkau mentah??
macam mana tak mentah..
kayu api basah..

kayu oh kayu...
kenapa engkau basah??
macam mana tak basah..
hujan timpa aku...

hujan oh hujan ..
kenapa timpa kayu??
macam mana tak timpa..
katak panggil aku..

katak oh katak..
kenapa panggil hujan??
macam mana tak panggil..
ular nak makan aku..

ular oh ular..
kenapa nak makan katak??
macam mana aku tak makan..
itu makanan aku!

**************************************************************************

lagu yang banyak buat aku berfikir tentang senario keruntuhan akhlak di Malaysia...bayi bersepah-sepah... sekolah budak mengandung...cinta sejenis...gila hiburan...anak buang mak pak...etc


siapakah ular sebenarnya??? dan kenapa nak makan katak???jaringan interaksi ini siapa sebenarnya?? adakah yang bergaduh di parlimen itu?? atau adakah para pendidik?? atau adakah para penjual tempe?? atau...atau...atau...AKU sendiri??

Friday, October 22, 2010

Anak angkat??

Lately...seriously thinking about this...adopted child!

Eager to have a toddler besides me...laughing all times... makes my day full of cheers and joys..

But am i good enough to take the responsibility??

Abangcik seems to refuse this opinion..but refuse of nothing..

Me?? .... erm...still thinking...

Friday, October 8, 2010

Ya Allah...

Ya Allah…
Hatiku begitu cemburu dengan kawan-kawanku yang sudah berkahwin…sudah punya zuriat sendiri..
Hatiku begitu cemburu dengan saudaraku…sentiasa mendahului aku dalam banyak perkara..
Hatiku begitu cemburu dengan kejayaan sahabat-sahabatku…
Adakah aku seorang hamba yang hanya tahu merintih?
Adakah aku seorang hamba yang sangat tidak tahu bersyukur kepadaMu??
Ya Allah, tenangkanlah hati ku ini melihat kebahagiaan mereka
Tenangkanlah hatiku ini melihat kejayaan mereka
Tenangkanlah hatiku ini melihat zuriat mereka..
Bahagiakanlah diriku ini dengan kebahagiaan mereka
Bahagiakanlah diriku ini dengan kejayaan mereka
Bahagiakanlah diriku ini dengan zuriat mereka

Ya Allah,
Hatiku begitu ingin
Mengecap keniktmatan seperti mereka
Sangkaku sungguh suatu kenikmatan
Engkau jua yang mengetahui di sebalik semuanya
Besarkan iman di dadaku menghadapi dugaan ini

Ya Allah,
Aku sangat ingin punyai masjidku sendiri
Aku sangat inginkan imam dalam setiap solatku
Aku sangat ingin membelai si manjaku
Aku sangat menanti kan peluang mengecapi syurga melalu imamku
Aku sangat ingin mententeramkan jiwa raga ayahanda dan ibundaku tercinta


Namun Ya Allah,
Adakah aku sempat mengejar semua ini?
Adakah harapan ini hanya sekadar harapan dan angan indah
Yang sentiasa menemani pasang surut kehidupanku
Adakah harapan ini sekadar ilusiku
Adakah harapan ini didahului dengan kain putihku
Adakah harapan ini didahului air mata kasih ayahanda dan ibunda tercinta
Adakah harapan ini akan turut terkubur bersama jasadku dahulu
Adakah harapan ini tidak kesampaian di alam ini?
Adakah harapan dan impian ini akan tertunai di sana kelak?

Ya Allah,
Aku pasrah segalanya padaMu
Hidup aku hanya untukMu
Bantu lah aku hamba yang sangat hina ini meraih cinta AgungMu
Bantulah aku hamba yang hina ini meraih mardhatillah Mu dalam setiap denyut nadiku
Bantulah aku hamba yang hina ini dalam menggembirakan hati ayahanda dan ibundaku tercinta
Selama mana hayatku dikandung badan
Selama mana jasadku dapat dibaktikan
Selama mana aku diperlukan insan sekeliling
Selama mana aku menjadi penghuni dunia

Ya Allah,
Hidup matiku hanya keranaMU
Bantulah diriku yang teramat lemah ini berbakti kepada agamaMu
Aku sangat berhutang dengan Islam
Aku sangat berhutang denganMu pemilik Islam dan seluruh jiwa ragaku
Aku sangat berhutang dengan pemilik segala alam maya
Bantulah aku ya Allah
Dalam menjadi penghutang yang mengenang budi dan jasa
Bantulah aku ya Allah dalam menjadi pembayar hutang yang sentiasa sedar
Bantulah aku ya Allah dalam menjadi insan yang sentiasa memberikan terbaik
Bantulah aku ya Allah dalam melaksanakan amanah ini
Hutangku padaMu lebih tinggi nilai dari nilai nyawaku
Hutangku pada Islam lebih tinggi dari nilai nyawaku
Hutangku pada ayahanda dan ibundaku lebih tinggi dari nilai nyawaku

Ya Allah,
Andai kehidupan itu menjemputku dahulu
Engkau tenangkanlah jiwa dan nurani ayahanda dan ibunda aku
Engkau jadikan mereka hamba yang bersyukur
Engkau jadikanlah mereka hamba yang redha
Engkau jadikan mereka insan yang hebat
Engkau jadikanlah mereka hamba yang sentiasa mendekatkan diri kepadaMu
Kerana setelah kehidupan itu menjemputku
Tiada lagi daya untukku mendoakan mereka yang sangat kukasih
Tiada lagi daya untukku mendoakan mereka yang sangat kusayang
Tiada daya lagi untukku mendoakan kesejahteraan dan keampunan bagi mereka

Ya Allah…
Kudamba kasihMu yang abadi
Kuletakkan kepala di atas tanah
Asal kejadianku
Engkau dengarkanlah rintihan hatiku
Tika insan lain sedang lena diulit mimpi tika ini
Aku masih meraba di dalam kegelapan duniaku
Mencari sebutir mutiara iman
Yang seringkali malar dan pudar
Dalam dunia ciptaanku yang penuh noda
Yang kugapai dan cuba kugilap
Tika Engkau memancarkan Nur Hidayah
Jadikanlah aku lebih baik dari semalam
Jadikanlah aku insan yang terpilih
Menjadi sebahagian dari kekasihMu
Dalam taman-taman syurga kelak..

Friday, October 1, 2010

terkilan!

Ditelan mati emak…diluah mati bapa…..
Bagai menarik rambut di dalam tepung…
Dugaan silih berganti…berterus terang jalan terbaik…
Namun, aku jua yang dipalit kesalahan itu!
Biarlah….
Demi mencari keredhaan Allah jua…
Biarlah …kerana aku hanya seorang gadis…
Yang hanya punya separuh agama…juga separuh akal…
Tidak daya untuk memahamkan jiwa itu…
Biarlah…
Qasad di hati menjadi rahsia antara aku dan Ilahi…

***************************************************************************

“man ‘arafa nafsahu…’arafa rabbahu! “