who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Saturday, May 23, 2009

GORGEOUS Teacher!

Today I had LADAP on ICT... quite interesting.. I’ve been grouped together with science teachers...my partner is the senior science teacher, Mdm Voo. She is a happy and gorgeous Chinese young lady...such a kind person, willing to share so many experiences with me. She told me a person who inspired her.. a cheerful English man who had newly published a novel at age 88 years old! She showed me the photo of that person..

Another senior teacher who sat behind us ask my age…as I told my age, she suddenly said to Mdm Voo: “Eh Mdm Voo, you just looking like a mother talking to her daughter!” …. “Hahaha!!” I laughed… I saw Madam Voo’s face changed!! “Woa, don’t say like that ar…I’m still young. I just like her sister…hehe.. You know, if I go to pasar malam ar, I will never buy thing at those who called me untie! Asoo is quite okay because Asoo is not too old” she explained without asking which made us laughing…so funny to treat with senior teachers!

Actually, Mdm Voo is nearly 55 this year, and she will retire at the end of this year. Well, I always claimed the elder teachers at my school as young. I just want to make them smile and cheer =)

Mmm…, back to the course that I attended today, the most interesting part was after the course. We have lunch at Casuarina Hotel... Those teachers who got APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) and promotion to DG44, treated us for the meal..nyum..nyum.
We ate a lot because we have to finish our 6 hours of LADAP ..(actually, we went to the hotel at 12.00pm…we spend about 2 hours just for eating!! ). I think I don’t need dinner for tonight…! =)

* Madam Voo give me a beautiful pen (actually, that type of pen always been used by my dear father!)…I also do the same thing…if we tend to give a present for somebody, we should give the things that we love so much.. because there is the value there! Thank you Madam Voo.

Kenapa saya tulis blog juga akhirnya??

Buat masa sekarang, ini cara terbaik melepaskan tekanan secara positif....keadaan dah tak sama macam dulu...jadi, kena cari suatu cara lain..mungkin suatu masa nanti, saya dah jumpa cara lain, saya akan bye-bye dekat blog..sebab saya bukanlah pandai menulis ...perkara yang paling saya tak minat lakukan adalah baca novel! bukan tak cuba untuk jadi macam Us. Ramadhan yang masih boleh layan novel walaupun ketika fasa peperiksaan... sebuah novel saya ambil masa setahun untuk habiskan! Saya masih gagal untuk jatuh hati pada novel. Saya lebih berminat kepada diskusi fakta secara empat mata.

Pernah saya menghantar mesej pada aimi dan aini... "tahniah atas keluaran novel sulung, saya tak berminat membeli"...teruk ke saya buat macam tu? bagi saya tak...saya sangat menghargai usaha kawan-kawan yang rajin ini, saya mesej sebelum novel berada di pasaran lagi kerana saya ambil tahu.. Cuma saya tak berminat membaca. Kalau saya baca, lain pulak komen saya sebab saya memang akan komen.

Tujuan saya menulis blog mungkin tak sama macam kawan-kawan penulis.. blog saya tidak sarat dengan bahasa sastera atau berfalsafah...sekadar menulis sesuatu yang terfikir di minda atau sekadar lukisan hati yang berkecamuk...saya menjadikan medan ini sebagai pusat neutralisasi emosi dan fikiran..

*entri ini adalah untuk menjawab soalan dari rakan. Semua orang boleh berinteraksi dengan komputer, malah ada yang mencipta nama dari kerja komputer.. tetapi tidak semua orang boleh berinteraksi dengan mesra secara realiti...malah dibuat-buat kemesraan itu..

Thursday, May 21, 2009

Be positive, pandang ke hadapan!

"Sesungguhnya, Ana tak pernah menyalahkan diri Ana menyukai dia kerana perasaan itu hadir tanpa diminta dan langsung tidak disengajakan.. Cuma Ana tak dapat meluahkan dan sekarang Ana dah tahu hikmah di sebaliknya. Ana bersyukur kepada Allah Taala kerana mencampakkan perasaan menyayangi dan ingin disayangi itu walaupun tidak kesampaian kerana Ana kini sudah ada pengalaman bagaimana indahnya perhiasan dunia yang seringkali diingatkan oleh agama Islam supaya kita sentiasa berwaspada kepadanya. Benarlah, dunia ini hanya sementara dan fana, tak usahlah kita terlalu ghairah mengejar keindahan dunia dan segala isinya kerana ada perkara lain yang menjadi aulawiyat untuk dikejar kerana ia bersifat untuk abadi……"

***************************************************************

Kepada Ana, saya ucapkan tahniah, tahniah dan tahniah kerana menghadapi dugaan tersebut secara matang dan positif. Banyak peristiwa dalam hidup...dalam banyak-banyak peristiwa itu, banyak lagi peristiwa menggembirakan kita kan,Ana? Tinggalkan peristiwa sedih dan segarkan kembali memori-memori indah dalam hidup.

Set minda supaya sentiasa ceria, senyum dan gembirakan hati insan lain walaupun sebenarnya kita berduka! Cukuplah Allah bagi diri kita. Harapan DIA taburkan tak pernah mengecewakan kita.. =)

SAINS PMR

Hari ini peperiksaan bermula, tapi P&P mesti dijalankan juga walaupun ada masa 15 minit sebelum peperiksaan bermula. Jenuh saya memikirkan,apa yang saya nak ajar dalam tempoh sesingkat itu..dengan pelajar-pelajar yang kehilangan mood untuk belajar (sebab masing-masing nak buat ulangkaji sendiri)..akhirnya, saya tau apa yang patut saya tulis dalam buku rekod saya ... revision based on past year PMR questions. macam tak betul je nahu tu!

what is the difference between inference, and hypothesis?? what does this question means: "plot a graph.....", what is window sentence? , and what can you get from the window sentence??

Friends, here I would like to share some tips with you about these questions.. (actually i attended a course on how to answer science PMR Paper 2 several weeks ago which been handled by PMR examiner).

This brief tips are just for PMR level...and not equivalent for SPM level. (actually, there are slight different between PMR and SPM level. SPM level is much more detail and better answer. Em, if that case, why don't we just teach the same way like SPM, right?...Well,not all students will further their upper secondary in science stream and not all students can understand well. We are going to help them score in exam for their credit..especially in rural area where they are lack with facilities.)

Inference: should contain either 'influences' / 'affects' / 'depends'.

If MV written first before RV, use the word 'influences' or 'affects'

Example: The density of mediums (MV) affects the weight of object x (RV)

(this example taken from past year Q 2004-no.8)

Hypothesis : is the combination of MV and RV.

Example : As the density of mediums increase (MV), the weight of object x decrease.(RV)

Now, for PMR level, if the question ask students to write the inference, they have to write inference. But, if they write hypothesis for inference, they still can get the mark.

BUT!! if the question ask them to write hypothesis, make sure they write hypothesis! if they write inference for hypothesis, they will get '0' for the mark!

Ada soalan nakal yang disoal, "habis tu, kita ngajar cara buat hypothesis saje lah!"

hahaha...funny! Maybe we can do like that for the last class / slow learner students.


OK lah, i wanna go to school now..i still have several tips to give..I'll continue typing later K! insyaAllah

Salam ceria ! =)

nyum...nyum...terima kasih daun keladi !! =)

Alhamdulillah, berakhir sudah mesyuarat agung koperasi sekolah saya tadi. Sekolah dah cemerlang, tapi koperasi baru nak tubuh, lawak pulak bunyinya...tapi itu realiti yang berlaku kat sekolah konven tu.

Saya bukanlah guru pengelola Kelab Koperasi di sekolah, tetapi tersenarai dalam ahli lembaganya...nasib cikgu baru =) tak kisah lah, asalkan saya dapat timba pengalaman. Alkisah tentang penubuhan kopeasi ni, saya sering diminta oleh Pn. Sarimah (setiausaha penaja koperasi sekolah saya) untuk buat kerja-kerja IT...dari memasukkan data ahli, urusan 'emel-mengemel' ke Syarikat Koperasi Malaysia, menyediakan pembentangan mesyuarat, menguruskan kerja-kerja teknikal semasa mesyuarat berlangsung, dan macam-macam lagi yang saya perlu buat. Saya seronok sangat kerana diberi kepercayaan oleh cikgu senior..(Pn. Sarimah ngajar pagi, saya sesi petang)...

Sebenarnya, itulah situasi yang biasa dialami oleh cikgu2 muda lepasan IPT...(yang dilabel mahir perisian komputer...) Huhu...ye ke! Cikgu senior saya tu memang tak berapa 'best' guna komputer ni..tak cekap katanya. (hahaha....macam cekap saja saya ni!) Tak pa kak...hidup kita ni mestilah ada 'give and take'... Puas kan? bila kita dapat memenuhi hajat insan lain yang sangat memerlukannya =)

Setelah selesai mesyuarat tadi, saya tergesa-gesa bersiap untuk meneruskan P&P...tiba-tiba.."Atikah, nak pergi kelas ke? Lepas ni kelas kat mana?"

"Lepas ni saya straight 3 masa sampai balik.. saya nak solat jap..kelas lepas ni macam biasa, dekat makmal..." kalut saya bagi penerangan. Ye la, saya mengejar waktu..

"Ok, nanti akak pergi makmal. Akak buat kek istimewa untuk Atikah."

"Hah?Kek? Rajinnya kak!"terkejut lagi saya hari ni..

"Alah, tak ada apanya...akak 'release tension'...tu buat kek.." senyum Kak Sarimah.

"MasyaAllah, rajinnya. Baik, terima kasih banyak kak =) " Saya pun tak tahu apa ucapan yang terbaik saya ucapkan. Sepanjang saya tolong cikgu tersebut, kesihatan saya benar-benar terganggu..Pernah saya malas nak jawab panggilan cikgu tersebut sebab sangat-sangat letih..Biasa lah, bila badan kurang sihat, emosi sedikit sebanyak terjejas.

Tak sangka cikgu tersebut begitu baik. Saya rasa menyesal sangat sebab saya pernah jawab acuh tak acuh beberapa soalan yang ditanya..(sebab sangat tak larat...hampir-hampir 2 kali nak MC tapi terpaksa batalkan sebab memikirkan hal koperasi yang mesti disiapkan segera)

Terharu sungguh saya apabila diberikan sebekas kek coklat yang sangat sedap! Terima kasih kak! InsyaAllah, nanti saya balik Kedah saya beli dodol ke apa ke yang best kat Pekan Rabu..(masa saya hampir-hampir nak MC, saya balik ke Kedah...dan mendapat panggilan dari cikgu tersebut untuk sedikit tugasan...sempat juga dia bertanyakan tentang makanan istimewa orang Kedah..huhu...saya dah tak larat, geram juga bila tanya macam tu..emosi!! tahu apa jawapan saya?? makanan kat Kulim ni mahal sikit, sebab dekat dengan Pulau Pinang dah.. Kalau dekat Alor Star banyak juga yang best.. tapi dari Kulim nak ke A.Star ambil masa 2 jam..Dari Ipoh nak ke Kulim ambil masa 2 jam setengah)...mujurlah cikgu tersebut faham dan tak memesan apa-apa.. kalau tak, pasti saya MC!!

***************************************************************************

Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi!! =) Pengajaran saya pada hari ini: Hargailah setiap peluang yang ada dan orang-orang di sekeliling kita. "Man la yarham, la yurham"...siapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi..! PERFECT QUOTE FROM RASULULLAH (PBUH).

Wednesday, May 20, 2009

Tambah anak lagi!

Malam ini saya mula mengajar anak jiran sebelah belajar iqra'.Nabilah..nama yang comel, tetapi kesian, kurang kasih sayang. Sejak berpindah ke apartmen baru (yang ramai sangat India! ), saya mula memerhati jiran sekeliling...dalam ramai-ramai umat Nabi Muhammad itu, sudah wujud atau belum umatnya yang melaksanakan tugasan fardhu kifayah tersebut.. 2 blok 4 tingkat yang berjiran ini belum mempunyai seorang guru agama untuk mengajar asas fardhu ain! Malang sungguh.. Berdasarkan prinsip saya "ANA RAMYUN MIN RIMAAYATIL ISLAM, FARMI MAA SYIKTA ! @ aku adalah anak panah daripada panah-panah Islam, lontarkanlah ke mana sahaja yang Engkau tentukan! ", saya ter'paksa' menggalas tanggungjawab berat ini..

Saya sebenarnya teragak-agak pada mulanya untuk melaksanakan tugasan ini apabila memikirkan letih bekerja dan kesihatan yang sering terganggu, tetapi mujurlah rohana rakan serumah saya memahami situasi ini. Dia sudi menggantikan tempat saya sekiranya saya kurang sihat. Alhamdulillah...DIA permudahkan lagi urusan saya buat ke sekian kalinya. Kekuatan juga dapat saya rasakan apabila jiran saya begitu merayu kepada saya untuk mengajar anaknya..dan sebaik dipersetujui, dihebahkan pulak kepada kawan-kawannya tentang kesudian saya mengajar ilmu yang tak seberapa. ALLAH!! Saya baru nak bertatih kak oii..Saya tak mampu nak menghalang, justeru saya menghantar Rohana sebagai wakil berbincang. Alhamdulillah , buat masa sekarang Nabilah seorang sahaja.

Saya sebenarnya memang nak fokus kepada Nabilah seorang sahaja kerana saya berhasrat untuk mengajar juga asas-asas fardhu ain. (mak Nabilah ni ibu tunggal, banyak perkara yang sangat mencurigakan saya dan rakan-rakan serumah saya. Mungkin kami belum betul-betul mengenali jiran kami ini)..Nabilah dibesarkan dalam suasana yang bagi saya sangat tidak kondusif untuk perkembangan mental anak-anak Muslim..kali terakhir dia melihat ayahnya ketika dia masih lagi menyusu badan. Apa yang paling menyedihkan saya ialah tindakan ayahnya yang tidak mengaku Nabilah itu anaknya!

Masuk tahun ini, dah 5 tahun jiran saya naik turun mahkamah uruskan tuntutan nafkah anaknya. (Nabilah berumur 5 tahun sekarang). Teringat saya semasa menuntut di Maahad dulu tentang hukuman sebat 70 kali kepada seseorang yang menuduh seseorang yang lain berzina tanpa bukti! Ketika zaman Rasulullah pun ada kisah tentang seorang wanita yang betul-betul ingin bertaubat atas kesalahan berzina dan dikhabarkan sendiri kepada Rasulullah...tetapi, sungguh sukar untuk baginda menerima perkara tersebut kerana Baginda sungguh berhati-hati!Lantas menyuruh perempuan tersebut pulang. (kisah ini tidak terhenti di situ sahaja, boleh cari lagi kisah selanjutnya.) Apa yang saya nak tekankan di sini, memang susah sangat nak sabitkan seseorang berzina selagi mana tidak cukup saksi yang adil. (saksi pulak ada sifat-sifatnya, bukan semua orang layak menjadi saksi pada millenium ini!) Kesian Nabilah!

Setiap hari, adik kecil itu selalu diherdik dan dimaki oleh ibunya sendiri. Kesian, kasih sayang ayah tak merasa, kasih sayang ibu menjadi hempedu yang pahit. Apa yang saya harapkan adalah dapat bertahan dengan ujian demi ujian yang bakal bertandang. Nak mengajar tidak sesusah mana, tetapi nak mendidik adalah cabaran seorang guru.

* hari ini saya masih lagi menerima hadiah...kesemua hadiah saya hampir mencecah 40 buah!! Bunga-bunga saya masih segar nampaknya ! Alhamdulillah, pandai juga saya jaga bunga =)

Tuesday, May 19, 2009

Ulser dan stress...adik beradik ke??

Selalu orang-orang tua kampung saya akan cakap "you ni jadi ulser sebab you stress" .... "ya ka untie?" ..."perhaps...kalau hang tak caya, hang kaji sendiri"... "even, anak aku yang ngaji doktor pun cakap camtu gak"...

Erm...macam mana anda rasa? Selalunya macam tu la yang saya dengar.. sebenarnya, ulser tak kira la ulser apa pun (baca 'ULCER' ,bukan 'UNSER' kereta ayah kak zati tu)berpunca daripada aktiviti bakteria di dalam badan kita ni..

Ada juga perkaitannya dengan stress. Bila kita stress, sebenarnya kita telah menghentikan tugasan sistem imunisasi yang semulajadi dalam badan kita...dan sebaik sahaja sistem ini dihentikan, maka memang sangat mudah bakteria melakukan aktivitinya. Bersabit dengan itulah, ulcer boleh terjadi.

Jadi, nasihat saya kepada sahabat-sahabat terutama kepada sahabat-sahabat yang bakal menanti kehadiran si comel, banyak-banyak tenangkan diri dan hadapi stress kalian secara positif. Bukankah Allah jadikan setiap sesuatu tanpa sia-sia =) Umat Islam akhir zaman ni sangat beruntung kerana baik ujian, anugerah, dan dugaan dalam hidup semuanya adalah ditaqdirkan untuk kebaikan dan peningkatan Iman kita...

Stress adalah batu lonjakan untuk kita lebih ke hadapan..yang penting, jadi positif, optimis dan sentiasa bersangka baik denganNya... saya pun stress sangat akhir-akhir ini...sering disoal tentang jodoh!Kalau macam beli ikan di pasar, senang nak menjawab,kan? hahaha... =)