who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Tuesday, July 21, 2009

looking for some idea??

Let's explore these website..( www.juliantrubin.com/branchesofsciencefair.com )....
or... (www.ftexploring.com/energy/energy-1.htm) .... quite interesting website and i'm sure it can help you in class especially science teacher! =)

Thursday, July 16, 2009

"do you enjoy teaching science teacher?"

Unexpected question came from an Indian prefect who volunteering holding my bags while i'm going downstairs to log out at school today! "Yes, exactly...i love to teach science! =)"

I never teach her before...as she was in form 2... well, sooner or later, she might be my student as i had been told by my colleague that i'll teach science form 3 and physic form 4 next year!

Huh! what a burden!! teaching something that i never ask!! next two weeks from now, i'll start teaching at morning session..physic and biology..perhaps!

sian Ustazah!

Dalam sehari dua ni, asyik teringat kawan-kawan sekolah...ramai yang dah berumah tangga...ada yang dah jadi abah...mama...dan tak kurang juga yang hanya ada rumah belum 'bertangga'...macam saya...kawan-kawan saya pakat ada anak belaka dah...eh, siapa kata saya tak ada anak?? saya ada anak tekak..anak kunci...dan banyak anak cik ti kat rumah! saya tak bela pun, tapi depa tu suka sungguh ber'homestay' kat rumah saya...!

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sampai sekarang bila saya merelakan suatu perbuatan tak bertamadun berlaku di dalam kelas...kelas sains maahad bergabung pelajar lelaki dan perempuan...disebabkan sikap nakal, suatu hari kami awetkan ular yang dijumpai di kawasan sekolah dengan larutan formalin...tahu apa yang dilakukan selepas itu??

dengan selamba badaknya, balang jernih yang berisi ular di dalam larutan formalin dijadikan hiasan di atas meja guru! hah, saya yang mabuk dengan kisah pelajar-pelajar sekoloah tun fatimah (siri novel suatu masa dulu) redha juga dgn apa yang dilakukan kawan-kawan sekelas...

Penangan pertama...Ustazah Hamidah...lemah lembut orangnya (ngajar tarikh adab time tu)duduk di meja guru kelas kami...sebaik membuka kitab azhar tersebut (saya masih ingat lagi, kami belajar tentang Masjid Dhirar hari itu)...ustazah terpandang ular tersebut...!


Terjerit ustazah dlm kelas ...(barisan depan diduduki pelajar lelaki!)..malu ustazah!! saya ni menahan gelak di belakang!! jahat betul masa tu!! ustazah marah betul dengan kami...kesian ustazah...mesti geram dengan 5 ibnu sina..

Setiap kali saya teringat peristiwa ini, spontan saya ketawa terkenang reaksi ustazah..dah tak ingat banin mana yang alihkan ular itu ke makmal bio...dan sekarang saya dapat rasa bagaimana perasaan ustazah Hamidah...kesian ustazah..!

Nak buat lawak atau kenakan orang, mesti bertempat..tak kan dengan muallim pun nak buat macam kawan! kurang ajar namanya...(dalam situasi ini..)

*sebenarnya masa tu saya tak terniat nak kenakan muallim/muallimah...apa yang terdetik di hati adalah rasa bangga sebab perhiasan kelas kami lain dari kelas lain!

Tuesday, July 14, 2009

Wake up call !

Come out from the 'cave'...come out from the comfort zone..positive and never surrender! Take the challenge and become outstanding person! Allah always knows the best and He gives the best thing!!

Monday, July 13, 2009

Friends..I really need ur support! )=

Hari ini, saya ditawarkan untuk bertukar ke sesi pagi...saya diberi ruang 2 minggu untuk menghabiskan silibus (untuk ujian bulanan Ogos ini)...huhu!!! nak tercabut jantung bila diberitahu saya dikehendaki mengajar Fizik dan Biologi!! FIZIK..ulang skali lagi..FIZIK!!! huhuhuhuhuuuuuuu!!!!! subjek yang paling saya tak gemar!

Sekarang ni, saya sangat-sangat sibuk...memeriksa semua buku ...(dalam seminggu saya perlu memeriksa hampir 600 buku pelajar), kemaskini fail PEKA 5 kelas, kemaskini semua analisis WAJA untuk 5 kelas, lengkapkan semua rekod pelajar kelas saya...minggu ni juga nak kena akhiri tajuk ke-5 (Air Around Us) dengan melakukan ujian WAJA...kemudian , kena siapkan PEKA chapter 5...semua kelas...minggu depan, kalau ikut rancangan saya, baru nak mulakan tajuk 6 (ENERGY)...dha tu, minggu depan minggu terakhir saya dengan anak-anak saya...lagu mana ni?? huhu....tak menang tangan!!

Sekarang ni, badan menggigil...lapaq...makan tak lalu...(makan kat kedai tadi, si waiter tanya, akak makan tak habis ye? tak sedap ke kak?...) memang saya jamah sikit saja tadi...sebab terus hilang selera...fikirkan kerja bertimbun + FIZIK...huhu...


Kawan-kawan...bagi la motivasi kat saya ckit!! Saya rasa macam nak tercabut jantung ni..cadang-cadang nak balik hujung minggu ni...sehari di rumah pun jadiilahhh.. sebab dah hampir 2 bulan saya tak balik disebabkan kena bertugas setiap sabtu dan siapkan kerja-kerja yang menimbun pada hujung minggu...huhu...kadang-kadang terfikir, macam mana kalau dah kawen nanti??? masa untuk diri sendiri pun susah nak dapat sekarang... )=

Anak-anak jasmine lagi...

Hari ini, saya bawa 3 pelajar tingkatan 1 jumpa PK HEM..3 anak-anak Jasmine..sebab saya sayanglah saya bawa mereka menghadap mama PK HEM..anas, mithula, man mei fong..dah banyak kali saya tegur, denda..tapi tak makan saman..sudahnya, menangislah anak-anak jasmine tu setelah menghadap mama PK HEM.."ceghu, saya minta maaf..saya janji tak buat lagi"...begitulah ayat mereka ketika mencari saya di bilik guru.."erm,baik, saya maafkan kamu semua kali ini. Jangan buat lagi. Saya bagi kerja rumah sebab saya nak kamu jadi pandai, bukan saja-saja nak dera kamu..saya bagi nota, saya bagi kerja, jadi kamu ada bahan rujukan, malah kamu juga ada buku teks/rujukan dan kawan-kawan yang boleh dibuat berbincang. Kalau kamu masih tidak dapat jawab, kamu boleh datang bertanya saya sebelum kita adakan perbincangan di dalam kelas..jadi, logikkah kalau kamu kata kamu tidak tahu buat sedangkan saya bagi bersama-sama nota?? "..."tidaakk..." ...sayu saja jawapan yang diberi oleh anak-anak saya 3 orang tu...berkaca lagi mata mereka..

Kepuasan bagi seorang cikgu ialah apabila pelajar-pelajarnya memahami dan berjaya melaksanakan tugasan / peperiksaan dengan baik cemerlang...bukannya dengan hadiah-hadiah mahal ketika hari guru.

Pening perut, senak kepala !

Peningnya perut saya...mana taknya...kononnya nak kurang makan...makan roti gardenia sekeping dua sahaja hari ni...em...sedap juga dimakan dengan peanut butter lady's choice..nak tahu apa jadi?? tengah makan sambil tengok TV tadi, baru teringat yang umur jem tu dah setahun lebih...sebab jem itulah yang saya jamu dekat tetamu pada malam-malam raya tahun sudah..mak aii!! dah bantai sampai kenyang baru terfikir..sudahnya, saya tutup penutup balang jem dan ternampak tarikh luput..tahu bila?? 07.02.09!!! huhuhuhu!! padanla rasa semacam je perut ni dari pagi tadi..rasa pening dan nak muntah...

Keduanya...senak kepala! sebab apa?? sebab dari pagi mengadap laptop buat soalan..untuk ujian bulan Ogos...satu-satu saya taip..nak terjuling dah biji mata ni. Alhamdulillah..akhirnya dah siap taip soalan sebelum isya' tadi...ingat nak scan semua gambarajah lepas tengok rancangan ISU di TV 1 (tajuk menarik, pasal PPSMI)...tuptup...CD driver printer tak boleh nak install....kejap-kejap laptop menjerit gitau ada virus. huh! menyampah saya.. try nak download dari internet..punyalah 'bagus' broadband ni! tunggu dekat sejam tak siap-siap lagi..kejap-kejap lambat, kejap-kejap cepat..dah tak tahan,saya cancel download... saya install juga guna CD..semua jeritan saya 'boolayan'! semua saya klik 'ignore'.. hah, lantaklah ko..nak kena format lagi ke apa, lepas saya siapkan semua soalan...

Tapi sekarang dah pukul 12 malam lebih...kepala saya semakin berat! mata dah rasa nak tersembol keluar...sakit! nampak gaya saya kena siapkan hari esok juga. (sebab bila tunjuk dekat ketua panitia, selalunya ada pembetulan yang nak kena buat...biasalah...saya 'budak' baru belajar)

Esok juga mesti siapkan minit mesyuarat panitia sains...kalau tak saya akan lupa banyak perkara...nak buat malam ni dah tak terdaya..@_@