who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Sunday, June 26, 2011

kali kedua..........maafkan mulut saya pk ko!

Seminggu yang berlalu…

Minggu yang sangat memenatkan…last preparations for sport’s day…

Pastinya PK KOKO terasa lagi dengan aku..

Perihal makanan budak-budak…di sekolah ada 4 gerai….2 melayu (Islam) , 1 India@aci, 1 cina@mei wan…
Dalam kesibukan itu, saya terlepas pandang tentang makanan ini…burger yg akan diedarkan kepada pelajar..Ketua saya, MR. F dg persetujuan pentadbir menetapkan satu gerai untuk 1 rumah…
Mujur cikgu2 Rumah Sukan ada yang ‘alert’..mereka membangkitkan isu makanan kepada saya…
”atikah, takkan kita nak bagi budak2 kita makan makanan yang org cina / India sediakan??” …
erm..mulanya saya tak faham..sebab guna istilah kaum…bila difikirkan balik kata-kata cikgu itu, mungkin maksudnya ‘non-muslim’….sebab gerai Cina dan India di sekolah saya non-muslim…

“ya lah kak! Aiseh…kenapa saya tak perasan hal ni..”

Perbincangan demi perbincangan secara tertutup diadakan bersama pengetua, PK Koko , dan guru-guru Islam yang in-charge bahagian makanan...

Bla..bla..bla…

Sehari sebelum sukan, saya berjumpa kembali dengan Pk Koko untuk mengesahkan perbincangan tersebut dan ingin tahu lebih detail…tapi, berjumpa dahulu dengan kak aisah..

“tikah, tak jadi la buat mcm kita rancang…” muka serius dan muram.

“la, kenapa jadi mcm ni?!”…terkejut

“Kak R cakap susah…Pk Ko pun setuju ja dia ckp cam tu…akak malas la nak lawan kalau Kak R tu bersuara…semua orang even pengetua pun ikut ckp dia..”

“ish…tak leh jadi ni kak…takkan kita nak biarkan budak2 Islam makan air tangan bukan Islam..kita kena jaga selagi mana kita boleh…lagi pulak, memang ada gerai org Islam pun..Ish, tak leh jadi ni…saya nak jumpa pk ko”

“pn noraini, saya nak tanya pasal makanan budak-budak ni…burger..camana ya? Kak aini dah assign 2 pelajar dari setiap rumah ke?”

“ah..kita makan burger”…. La..rupanya dia tak faham soalan saya..Mujur kak aisah datang lepas tu, jelaskan lagi soalan saya..

“a’ah…susah la kalo kita nak buat tukar2 cam tu…kita buat macam asal je…satu stall, satu rumah” jelas pn noraini@ pk Ko

“eh, mana boleh macam tu kak ani…takkan kita nak biar budak-budak muslim makan air tangan non-muslim..kita boleh jaga benda ni kak ani…”

“ya la kak ani, memang ada yang tak kisah bab makan ni, tapi kesian pada budak-budak kita yang kisah..ramai yang terkejut bila dapat tahu makanan diorang non-muslim buat”…tambah kak aisah..

“kalo buat camtu, susah..dan mei wan akan lebih 78 burger”…tegas pk ko

“ala kak ani,..masalah tu teknikal ja…kita boleh minta kak yan yang sediakan 78 burger tu”...saya seakan mengajar

“mei wan susah la bab duit ni..sapa nak bayar? You nak bayar? Sedekah?”…balas pk ko

“kak ani, tak leh ke kita kurangkan sikit..dekat aci dengan mei wan..at least tak lah ketara sangat nilai” sambung kak aisah

“kak ani, kalau susah itu alasannya…tak pa lah…tapi kalau rasa alasan tu boleh dijawab depan Allah
Taala nanti, ok , tak pa lah..proceed je la..cumanya kita tak leh salahkan pelajar la kalo banyak burger
dibuang nanti.”tegas saya tanpa berlapik

Terdiam terus pk ko…kak aisah nampak terkejut…

Pengetua lalu …terus pk ko panggil untuk join perbincangan.. Pengetua setuju dengan rancangan untuk
meneruskan cadangan k.aisah dan saya sepertimana yang dibincangkan bersama beberapa guru bahagian makanan…

*************************************************************************************
Jika dilihat akhlak anak-anak muslim di luar sana skrg, Allah sahaja yang tahu betapa parahnya! Memang susah nak hancurkan Islam secara terang-terangan..tetapi jika dilakukan secara halus dan tersembunyi, memang mudah…berapa ramai anak muda di luar sana yang cukup solat 5 waktu…berapa ramai yang ambil berat kepada suruhan dan larangan Allah dan rasul?? Kenapa jadi mcm tu?? Salah satunya lihat kembali apa yang mereka makan!

Masih saya teringat pesan asaatizah maahad dulu…bila nak makan di luar, lihat dulu siapa penyedia makanan itu…solat kah dia…tutup aurat kah dia…jaga syariat kah dia…kerana apa yang kamu makan itu akan membentuk peribadi dan akhlak kamu!

Nah…itu dalam lingkungan muslim…jika non-muslim??? Sila jawab sendiri…walaupun HARUS makan masakan mereka..tapi dek kerana masih ada lagi muslim yang boleh sediakn, aulakan muslim..kerana dari segi aqidah, mereka najis. Saya ulangi…dari segi aqidah..air tangan membentuk akhlak!

Tuesday, March 8, 2011

skema baru...

PMR..PAPER 2..PART B ..NUMBER 8


How to answer inference??

This year, the format had change already...no more the words 'affects'...'influnces'...or 'depends on'....

..inference must have ...CAUSE and...EFFECT..eg: the bla..bla..bla.. because of bla..bla..blaa...

Operational definition... refer to RV...(responding variable) based on the experiment...eg: define operationally enzyme (experiment on digestion of starch with the presence of saliva)...ans: enzyme is the chemical that breaks down starch into sugar/maltose..(RV: starch hydrolised to sugar/maltose)

chapter 2 form 2..(Nutrition)...use the words: hydrolises / breaks down / digests ...NEVER use 'convert' !!

Specific word that can only be used in explaining digestion process at stomach is 'HYDROLISE' only...cannot use other word than this word only..eg: Protein been hydrolised to polipeptides at stomach.

PAPER 2...PART B...NUMBER 7..

Questions on characteristics...write whatever can be seen in the picture...eg, in chapter 2 form 1, students cannot write "consists of one cell" or "consists of many cells" anymore! the have to write the characteristic such as...'has cillia'..or 'has cell wall'...or..'has pseudopodium'...or..'has filament-liked shaped'... as long as they can see those things that i stated before in the diagram clearly...PLEASE DON'T WRITE THEORY'S ANSWER!! totally wrong!

For the first part of the question, all the answers must be in positive statement..negative statement can't be accepted though seems like correct..

Second part of the question (grouping the characteristic), students can write positive statement for one group and negative statement for the other.

******************************************************************************

ok..that's all for now...to my colleagues, hope can share more tips and techniques with you! sharing is caring =)

Monday, March 7, 2011

Mengumpatkah saya???

Terima kasih nurul aini!

Sebelum menconteng@ merapu-rapu di sini..berkunjung dahulu ke blog nurul aini@ cikgu comel…Subhanallah…mendapat teguran langsung dari Allah Taala…tika berjalan menuruni anak tangga sewaktu loceng balik berdering, sempat saya mengumpat! Allah…cuba untuk tidak mengumpat, tapi bila dihimpit dengan dugaan, baru sedar diri..iman masih tipis…jauh lagi nipis dari epidermis bawang!

*******************************************************************************
Tanggal 4 mac 2011, tarikh keramat untuk saya melepaskan baton bendahari PIBG Sekolah…(setelah 2 tahun memegang taklifan berat itu)...untuk melepaskan sahaja jawatan itu, banyak tapisan saya kena hadapi daripada juruaudit wakil ibu bapa yang terlalu banyak songeh dan cerewet…sehingga majoriti kawan-kawan yang tahu kisah saya menggeleng kasihan sebagai simpati kepada saya…UJIAN! Alhamdulillah…akhirnya selesai jua sehingga mesyuarat agung tanpa sebarang persoalan langsung berkaitan duit dibangkitkan…(tahun-tahun sebelum ini pasti ada soseh-soseh walaupun sekadar sepuluh sen! Betapa berkiranya segelintir ibu bapa itu…takut sungguh jika cikgu-cikgu makan duit depa)


Alkisahnya…saya susah hati dengan cikgu yang nak ganti tugas saya … sebab dia sangat keberatan…alasan demi alasan yang dikemukakan membuatkan saya kecewa dan risau sehingga saya meluahkan kepada guru senior di sekolah saya dan kepada sifu saya iaitu bonda … oh…mengumpatkah aku???? Cuma apa yang saya boleh simpulkan, lauhan saya itu berakhir dengan cadangan solusi…insyaAllah, saya akan lakukan saranan tersebut dan selepas itu, saya akan memohon maaf kepada guru X terbabit insyaAllah…sebab saya tak nak dikira mengumpat…jika apa yang bakal saya katakan itu boleh mengubah persepsinya terhadap profesion keguruan, alhamdulillah…tapi jika hatinya masih dihijab, saya hanya mampu berdoa kerana Allah jua yang membolak-balikkan hati hambaNya.

******************************************************************************

p/s: sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan...Tidak semua taqdir Allah taala itu bertepatan dengan kehendak diri kita..belajarlah bersangka baik dengan Allah dan manusia sekeliling...think positive...cipta acuan diri sendiri.. dalam hidup ini, selain saya meminati profesion keguruan, saya sangat meminati profesion perubatan...saya suka cikgu dan saya suka doktor...cikgu macam mana yang saya suka??/ cikgu yang memberi inspirasi dan bersungguh-sungguh mendidik...bukan cikgu yang selalu tuang kelas/mengelat tugas/banyak bersungut...doktor yang macam mana yang saya suka?? doktor yang positive, lembut dan optimis...setiap tahun saya pasti menziarahi hospital @ klinik bahkan hampir setiap bulan...dan saya sangat suka berjumpa doktor pakar kerana mereka individu yang selalu positif dan selalu meniupkan kata-kata semangat kepada pesakit...bahkan kadang-kadang saya mengimpikan pasangan hidup bergelar doktor sebegini atau cikgu sebegitu =) tetapi bab jodoh bukanlah saya yang tentukan ...kerana telah kering pena menulis di loh mahfuz...sejak saya belum wujud lagi di muka bumi...!

Wednesday, January 26, 2011

sabar...boleh jadi calon syurga

bersabar di atas setiap yang berlaku...susah senang sakit sihat...ALLAH sayang kat kita..

teringat pulak perbincangan usrah yang lalu...bagaimana ALLAH sertakan bersama kesusahan pelbagai kesenangan...kesusahan itu bersifat khusus (ada alif lam) kesenangan itu bersifat umum / nakirah...hebathya kasih sayang dan rahmat ALLAH!

***********************************************************************************

*amal, i need to delete previous post..jwpn soalan ukhti itu ialah..."been inherited".. ok amal, take extra care! =)