who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Saturday, December 25, 2010

rumah itu benar2 ada!

Tahun lepas, aku pernah bermimpi..mimpi apa?? mimpi apa lagi...mimpi kahwen la...siapa?? aku la!

Terasa suka jugak pada mimpi itu...kudibawa ke sebuah rumah ...selepas maghri sementara menunggu isya'...rumah siapa?? rumah seorang tok guru...alim..agak besar rumah itu...masih kuingat warna putih dan berlangsirkan biru awan..damai sekali rumah itu..kunampak wajah seorang wanita tua , cerah kulitnya, sungguh keibuan wajahnya, lembut menyambut aku dengan penuh kasih...rupanya aku menikah dengan anak tok guru tersebut..perempuan tua tersebut isteri kepada tok guru..

kulihat ramai sekali tamu hadir..tamu lelaki berjubah dan berketayap putih...ramai juga berserban putih...penuh rumah besar itu menghadiri upacara pernikahan..tok guru menjemput anak2 didiknya ke rumah besar itu...

namun, sekali pun aku tak dapat kenal pasti siapakah pemuda itu...pemuda yang akan diijabkabulkan itu..wajah tok guru itu juga tak pernah kulihat dan tak pernah kukenali sepanjang hidupku di alam realiti. namun dapat kulihat didalam mimpi...tapi siapa??aku sendiri sudah hilang ingatan terhadap wajah tok guru itu sekarang...

Gembira sungguh kerana bersuamikan seorang yang thiqah, mengajar kitab turath di pondok dan masjid2...bermenantukan keluarga faqih agama...ya, sememangnya itu angan-angan yang pernah kupasang di kala hati terdetik ingin mencari calon suami...sekadar angan-angan yang mengharapkan keajaiban berlaku sungguh..kerna kutahu diriku biasa-biasa sahaja...tiada langsung yang istimewa...tidak faqih agama..sekadar boleh membaca kulit buku arab...itupun dengan berbaris! hilang sudah ingatanku pada ilmu nahu yang membolehkan aku meletak baris di awal dan hujung kalimah...hilang sudah ingatan aku pada ilmu sorof yang membolehkan aku berdikari meletak baris di tengah kalimah...terkapai-kapai aku dalam lautan dosa ciptaan sendiri...maka, layakkah aku merealitikan angan-angan itu...insyaAllah dengan harapan menggunung..

*******************************************************************************

Hari jumaat, 24 disember 2010..kumenziarahi jenazah seseorang yang kurasakan amat bertuah...punya pengakhiran yang baik...meninggal di kala waktu solat jumaat sangat hampir..disembahyangkan oleh para pelajar tahfiz...penuh masjid besar itu..dikebumikan selepas asar jumaat itu..insaf aku seketika melihat secara realiti jenazah dikebumikan..subhanallah! Tiada kereta mewah ditanam bersama..tiada isteri putih melepak cantik jelita dan tiada anak-anak comel turut serta ditanam...hanya seorang diri dibaluti kain putih yang akhirnya dipalit kotoran tanah merah...ditanam jauh 6-7 kaki ke bawah...bawah telapak kasut kita memijak bumi...Subhanallah...hanya berbekalkan amalan semasa hidup sebagai peneman..tiada harta dunia !!

Berbalik kepada mimpi tadi...ada kaitan ke?? ya!! dan aku sangat tidak menyangka...rupanya, rumah yang kulihat di dalam mimpi itu benar-benar wujud...cumanya, rumah yang kulihat di alam realiti itu berwarna hijau muda...sungguh!! tak berkelip mataku!! terus aku teringat pada mimpi yang penuh tanda tanya itu..tak sangka, perjalanan yang memakan masa 2jam setengah dari rumah aku, akan menemukan dengan sesuatu yang ku tak pernah ketahui kewujudannya!

ALLAHU A'LAM!

bangau...oh bangau..

bangau oh bangau...
kenapa engkau kurus?
mcm mana tak kurus..
ikan tak mahu timbul..

ikan oh ikan..
kenapa tak mahu timbul??
macam mana aku nak timbul..
rumput panjang sangat..

rumput oh rumput..
kenapa panjang sangat??
macam mana tak panjang..
kerbau tak makan aku..

kerbau oh kerbau..
kenapa tak makan rumput??
macam mana nak makan..
perut sakit..

perut oh perut..
kenapa engkau sakit??
macam mana tak sakit..
makan nasi mentah..

nasi oh nasi..
kenapa engkau mentah??
macam mana tak mentah..
kayu api basah..

kayu oh kayu...
kenapa engkau basah??
macam mana tak basah..
hujan timpa aku...

hujan oh hujan ..
kenapa timpa kayu??
macam mana tak timpa..
katak panggil aku..

katak oh katak..
kenapa panggil hujan??
macam mana tak panggil..
ular nak makan aku..

ular oh ular..
kenapa nak makan katak??
macam mana aku tak makan..
itu makanan aku!

**************************************************************************

lagu yang banyak buat aku berfikir tentang senario keruntuhan akhlak di Malaysia...bayi bersepah-sepah... sekolah budak mengandung...cinta sejenis...gila hiburan...anak buang mak pak...etc


siapakah ular sebenarnya??? dan kenapa nak makan katak???jaringan interaksi ini siapa sebenarnya?? adakah yang bergaduh di parlimen itu?? atau adakah para pendidik?? atau adakah para penjual tempe?? atau...atau...atau...AKU sendiri??