who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Thursday, June 11, 2009

Istihadhah...dan solat qasar jamak

Wanita dan darah adalah sinonim...menjadi kebiasaan dan kadang kala boleh manjadi kerisauan...tak ada darah...risau...selalu darah pun risau...darah yang melebihi 15 hari adalah dikira darah penyakit (istihadhah) menurut syafi'eah...

Wanita yang istihadhah mesti bersih sebelum bersolat..dan wudhuk wanita tersebut hanya 'valid' untuk satu solat fardhu sahaja..wanita yang istihadhah menerima ujian dari Ilahi untuk menguji kesabarannya..

Jika wudhuk wanita istihadhah hanya sah untuk satu solat fardhu, bagaimana jika wanita tersebut terpaksa bermusafir? Adakah lagi rukhsah solat qasar jamak?

Solat qasar masih boleh dilakukan...tetapi bagi menghimpunkan solat dalam satu waktu (jamak), terdapat 3 pendapat berbeza:

1.Tidak boleh jamak..-ini merupakan pendapat kebanyakan fuqahak syafi'eah-

2.Boleh jamak, TETAPI dengan 2 wudhuk. Kena bersuci dahulu sebelum wudhuk ke-dua, mesti cepat sekira-kiranya tidak lebih daripada 1.30 minit iaitu jarak masa antara 2 solat tersebut..-pendapat aliran pertengahan-

* mesti cepat bersuci untuk berwudhuk kali kedua dengan kadar tidak lebih daripada 2 rakaat solat...(kalau bilik air dekat mudah kot, tapi kalau di R&R, tak boleh tu...bilik air jauh dari surau!)

3. Boleh jamak walaupun dengan 1 wudhuk...-ini pendapat kaum muda (wahhabi)-

# ada yang tak solat terus!!

No comments: