who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Saturday, November 14, 2009

Belangsungkawa Kak Ika..

Sesungguhnya, Allah lebih menyayangi sahabat saya...saya bukanlah begitu akrab dengannya semasa berada di bawah satu bumbung dahulu, tapi cukuplah saya katakan bahawa kakak ini banyak memberi rasa pengharagaan pada diri saya sendiri...sebenarnya semasa saya berada di dalam saf kepimpinan dahulu, saya sangat berasa rendah diri berbanding sahabat2 terutama sahabat2 dari Nilam Puri kerana banyak sebab...yang paling utama kerana mereka pandai dan pandai berkata-kata sedangkan saya tak pandai menghurai seperti mereka...apa yg saya tahu hanya untuk buat kerja yang berkaitan sahaja...sehingga kini saya masih ingat penghargaan kak ika di hadapan Majlis Tertinggi akan kejayaan saya mendapatkan dana RM1000 dalam beberapa hari..(sebenarnya saya tak rasa apa pun sebab itu sedikit sahaja jika nak dibandingkan dengan Kak Ina Nekman)...tapi itu lah kak ika, pandai menghargai insan di sekeliling...

Kak ika yang zahirnya nampak keras sebenarnya lembut di dalam (rata-rata begitulah..muslimat yang nampak keras@ kahaq selalunya seorang yang sensitif! kerana saya juga begitu...mudah menumpahkan air mata di sebalik tabir!)...

Kak Ika seorang yang sangat komited dengan gerak kerja Islam...masih segar di ingatan, fasa-fasa getir di kampus, dia lah insan yang paling sedikit masanya di rumah, insan yang tiada istilah rehat dalam kamus hidupnya... tika lewat dinihari sesuah meeting 2 pagi, dia belum habis dengan kerja-kerja rahsianya, tika sahabat2 bangun berqiamullail, dia sudah awal2 lagi keluar rumah menyambung kerja-kerja rahsianya...hinggakan sukar ditentukan apakah dia punya waktu tidur pada waktu itu? entahlah...kakpah lebih mengetahui kerana dia ke hulu ke hilir bersama arwah...

InsyaAllah, moga roh kak Ika ditempatkan di kalangan para muttaqin, dan diberi keizinan berjiran dengan Rasullulah di Syurga seperti yang diidam-idamkan Allahyarham..

2 comments:

Arniwaty Abdullah said...

amin...

Amal said...

insyaAllah.. ameeen..

*masa di UM dulu.. tak la rapat dgn kak ika. tp lepas hbs.. sejak2 nak involve jual tshirt labuh tu, ana byk contact kak ika (selain kak ina). byk benda la bljq dari kak ika.