who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Tuesday, November 24, 2009

Thank You Allah...YOU save me

Suatu pengalaman yang tak dapat saya lupakan ... seorang wanita X , ibu kepada pelajar kelas saya, datang nak serang saya di sekolah...uish..serang tu!!

Datang je sekolah, terus ke pejabat...dia marah2 kat pejabat .."I want to see the form teacher! I want to see the form teacher!

PK 1 yang ada di bawah tu terus melayan kerenah wanita X ni.."yes, mdm..what can i help you?

" who are you?! i want to see the form teacher!"

Amboi mak...selamba badak ja dia tanya lagu tu kat PK!

"You don't have to know who am I..I am just a senior assistant here."

"i want to see the form teacher..!"

"may i know why?" PK melayan

Wanita X itu dengan marah sekali meminta PK memberi penjelasan mengapa guru kelas tidak perasan tandatangan palsu dalam buku kemajuan anaknya...kenapa guru tingkatan tidak perasan...dia meminta PK yang bercerita dan dia mendengar kerana katanya dalam banyak hal, guru shaja dengar apa yang waris nak cakap...kali ini dia nak terbalik!

Uissssshhhh....hebat..hebat...

Tiba-tiba PK Petang datang...Pk perkenalkan PK Petang kepada wanita itu...

sekali lagi dia bengang.."i want to see the form teacher!"

"I want to know , why my daughter do like this!"

"Puan, puan seorang ibu.saya juga seorang ibu. Sebagai seorang ibu, soalan itu saya perlu bertanya kepada diri saya sendiri untuk mendapatkan jawapannya" tegas PK petang..

"Well, I am educated and well-known person. I can bring up this case to JPN!"

"ok, puan educated, PK educated dan saya juga educated..jadi, kita selesaikan secara educated"

Akhirnya, dengan perasaan marah sekali, wanita X tersebut beredar pulang setelah gagal berjumpa guru kelas...

PK kata "nak bawa kes kes JPN, bawaklah!"... Wanita X tersebut juga memperleceh pentadbiran sekolah yang baginya gagal mengeluarkan surat makluman pemberian buku kemajuan kepada para waris...dia cuba membanding dengan sekolah lain..

(sekolah saya hanya keluarkan surat pada pertengahan semester sahaja untuk pemberitahuan tentang pemberian kad kemajuan)

Dalam kejadian ini, pihak pentadbir sekolah saya sangat profesional dengan urusan sekolah. Mereka langsung tidak memanggil saya turun untuk berhadapan dengan waris seperti itu.. Saya dipanggil setelah waris tersebut pulang dan diminta membawa kad kemajuan pelajar terbabit untuk diteliti PK HEM..

Memang benar, pelajar tersebut meniru tandatangan ibunya dan dikenakan hukuman.

Selepas peristiwa itu, saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap kerja saya dengan pelajar...kadang-kadang, perkara yang tak perlu dijadikan kes pun sengaja jadi kes kan?

Cikgu-cikgu sekalian, adakah kita akan meneliti dan merenung setiap tandatangan waris di dalam kad kemajuan pelajar ?(cikgu yang memakai cermin mata rabun jauh tu pun kena tanggalkan cermin mata untuk meneliti dekat sedekat2nya tandatangan waris)

Perlu kah sampai tahap itu? atau sekadar buka dan semak sama ada telah ditandatangani atau belum sahaja? tolong jawab sat!

Agaknya cikgu-cikgu ni tak ada kerja nak dibuat di sekolah mungkin...

(saya masih ingat lagi, ada seorang pensyarah pendidikan di UM dulu pernah berkata, "ramai penghuni wad sakit mental adalah cikgu-cikgu!"...erm, mungkin ada benarnya.. nak tau kenapa? cikgu-cikgu sendiri tahu jawapannya!)

3 comments:

Arniwaty Abdullah said...

hmm..memang profesional tindakan pk tikah tu...

itulah..kdg2 parents akan salahkan guru ajer apbila anak mereka berkelakuan buruk..dapat markah rendah..

tapi..pernah ke mereka terfikir..masa di sekolah hanya beberapa jam di bandingkan dgn masa di rumah...

sb tulah ibubp yg prihatin akan sentiasa mgmbil berat dgn siapa anak dia berkawan..buku2 sekolah anak mereka..dan mnjalinkan hbgn yg baik dgn guru...

malangnya zaman kini..guru2 yg selalu dipersalahkan...apatah lagi dgn bebanan kerja lain yg perlu dipikul oleh seorang guru..malah sewaktu hari cuti sekolah jg ada guru yg perlu dtg ke sekolah utk myelesaikan tugasan lain...

"melentur buluh biarlah dari rebungnya..." Renung-renungkan....=)

atikah_othman said...

ye arni...setuju...sebenarnya, wanita X tu ada masalah peribadi yang cuba dirahsiakan (disebabkan dia tu public figure)... dia cuba nak salahkan orang lain atas dalam kes tersebut sedangkan masalah sebenarnya berpunca dari dirinya.. wallahua'lam...PK senyum masa dia mengamuk pun, dia marah balik PK...ish..ish... PK senyum tu psikologi utk tenangkan keadaan je, tapi tak lut..erm..ada juga org lagu tu no..

Arniwaty Abdullah said...

he..memang ader tikah..kelakar2..

aritu kakak arni citer..ader sorang parent ni nak cari dier sb nak suruh masukkan anak dier dalam kelas first...xnak anak dier masuk kelas kedua...padahal anak die tak layak pun masuk dalam kelas first tu...

ish2 macam2...pelik tapi benar..=)

kesimpulannya...ckgu2 mesti belajar cara tangani masalah secara psikologi...setuju???