bangau oh bangau...
kenapa engkau kurus?
mcm mana tak kurus..
ikan tak mahu timbul..
ikan oh ikan..
kenapa tak mahu timbul??
macam mana aku nak timbul..
rumput panjang sangat..
rumput oh rumput..
kenapa panjang sangat??
macam mana tak panjang..
kerbau tak makan aku..
kerbau oh kerbau..
kenapa tak makan rumput??
macam mana nak makan..
perut sakit..
perut oh perut..
kenapa engkau sakit??
macam mana tak sakit..
makan nasi mentah..
nasi oh nasi..
kenapa engkau mentah??
macam mana tak mentah..
kayu api basah..
kayu oh kayu...
kenapa engkau basah??
macam mana tak basah..
hujan timpa aku...
hujan oh hujan ..
kenapa timpa kayu??
macam mana tak timpa..
katak panggil aku..
katak oh katak..
kenapa panggil hujan??
macam mana tak panggil..
ular nak makan aku..
ular oh ular..
kenapa nak makan katak??
macam mana aku tak makan..
itu makanan aku!
**************************************************************************
lagu yang banyak buat aku berfikir tentang senario keruntuhan akhlak di Malaysia...bayi bersepah-sepah... sekolah budak mengandung...cinta sejenis...gila hiburan...anak buang mak pak...etc
siapakah ular sebenarnya??? dan kenapa nak makan katak???jaringan interaksi ini siapa sebenarnya?? adakah yang bergaduh di parlimen itu?? atau adakah para pendidik?? atau adakah para penjual tempe?? atau...atau...atau...AKU sendiri??
who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)
Saturday, December 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment