who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Monday, March 7, 2011

Mengumpatkah saya???

Terima kasih nurul aini!

Sebelum menconteng@ merapu-rapu di sini..berkunjung dahulu ke blog nurul aini@ cikgu comel…Subhanallah…mendapat teguran langsung dari Allah Taala…tika berjalan menuruni anak tangga sewaktu loceng balik berdering, sempat saya mengumpat! Allah…cuba untuk tidak mengumpat, tapi bila dihimpit dengan dugaan, baru sedar diri..iman masih tipis…jauh lagi nipis dari epidermis bawang!

*******************************************************************************
Tanggal 4 mac 2011, tarikh keramat untuk saya melepaskan baton bendahari PIBG Sekolah…(setelah 2 tahun memegang taklifan berat itu)...untuk melepaskan sahaja jawatan itu, banyak tapisan saya kena hadapi daripada juruaudit wakil ibu bapa yang terlalu banyak songeh dan cerewet…sehingga majoriti kawan-kawan yang tahu kisah saya menggeleng kasihan sebagai simpati kepada saya…UJIAN! Alhamdulillah…akhirnya selesai jua sehingga mesyuarat agung tanpa sebarang persoalan langsung berkaitan duit dibangkitkan…(tahun-tahun sebelum ini pasti ada soseh-soseh walaupun sekadar sepuluh sen! Betapa berkiranya segelintir ibu bapa itu…takut sungguh jika cikgu-cikgu makan duit depa)


Alkisahnya…saya susah hati dengan cikgu yang nak ganti tugas saya … sebab dia sangat keberatan…alasan demi alasan yang dikemukakan membuatkan saya kecewa dan risau sehingga saya meluahkan kepada guru senior di sekolah saya dan kepada sifu saya iaitu bonda … oh…mengumpatkah aku???? Cuma apa yang saya boleh simpulkan, lauhan saya itu berakhir dengan cadangan solusi…insyaAllah, saya akan lakukan saranan tersebut dan selepas itu, saya akan memohon maaf kepada guru X terbabit insyaAllah…sebab saya tak nak dikira mengumpat…jika apa yang bakal saya katakan itu boleh mengubah persepsinya terhadap profesion keguruan, alhamdulillah…tapi jika hatinya masih dihijab, saya hanya mampu berdoa kerana Allah jua yang membolak-balikkan hati hambaNya.

******************************************************************************

p/s: sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan...Tidak semua taqdir Allah taala itu bertepatan dengan kehendak diri kita..belajarlah bersangka baik dengan Allah dan manusia sekeliling...think positive...cipta acuan diri sendiri.. dalam hidup ini, selain saya meminati profesion keguruan, saya sangat meminati profesion perubatan...saya suka cikgu dan saya suka doktor...cikgu macam mana yang saya suka??/ cikgu yang memberi inspirasi dan bersungguh-sungguh mendidik...bukan cikgu yang selalu tuang kelas/mengelat tugas/banyak bersungut...doktor yang macam mana yang saya suka?? doktor yang positive, lembut dan optimis...setiap tahun saya pasti menziarahi hospital @ klinik bahkan hampir setiap bulan...dan saya sangat suka berjumpa doktor pakar kerana mereka individu yang selalu positif dan selalu meniupkan kata-kata semangat kepada pesakit...bahkan kadang-kadang saya mengimpikan pasangan hidup bergelar doktor sebegini atau cikgu sebegitu =) tetapi bab jodoh bukanlah saya yang tentukan ...kerana telah kering pena menulis di loh mahfuz...sejak saya belum wujud lagi di muka bumi...!

2 comments:

ika mioka said...

wah, tak sangka..

i love both professions too...
memang kembaq la kita. hahaha
mcm nak kawen ngan cikgu agama. hehehe. tapi takdak cikgu nak kawen ngan doktor pompuan :(

atikah_othman said...

he~ tak sangka jugak, dalam banyak-banyak yang ditulis, tang tu yang sama =) erm, ika, ramai ja kawan-kawan PMI title 'ustaz' kawen doktor...kamu dah berada di kelompok para doktor, mana nak jumpa cikgu@ ustaz sangat...ada memang ada tapi banyak dah kawen,kan?? tak pa, balik malaysia i arrange kat you =)apa pun ika, ustaz ke cikgu ke atau sapa2..bukan setinggi mana ijazah yang dia ada jadi pengukur,tapi sejauh mana praktikalnya terhadap ilmu yang dipinjam...same goes to us my dear! kita jaga Allah, Allah jaga kita