Bila tiba sahaja musim cuti sekolah ,macam-macam perasaan hadir...suka, sedih, bimbang...macam-macam...kadang-kadang, saya rasa indahnya hidup masa sibuk dengan anak-anak di sekolah walaupun kesibukan dunia banyak menghimpit diri yang selalu leka..
Manakan tidak,tiba sahaja cuti sekolah, pasti banyak kad-kad wangi dihantar encik posmen...bila dapat kad itu, mulalah soalan-soalan cepumas timbul... susah nak jawab soalan yang sama berulang-ulang kali.. itu kan semuanya rahsia Tuhan... sama juga tarikh kita mati... "minah, bila hang nak mati?"... erm, pelik je dengar dialog cam tu kan?
Usaha memang kena ada, cuma belum tiba masanya.. orang kita selalu sebut 'belum sampai seru'...kadang-kadang pengalaman kawan-kawan membuatkan saya terlalu berhati-hati dengan lelaki dan sikap saya yang susah nak percaya orang lelaki ajnabi lagi bertambah-tambah..percaya dalam konteks seorang 'suami'..
Hari ini, sedih bertandang lagi ...perasaan yang sama ketika mendapat khabar kak zati dan k.syafa nak nikah dulu...(bahkan ini lagi sedih!)...sahabat kesayangan saya juga bakal menamatkan zaman bujangnya...
Kenapa sedih?? sebab saya pasti berasa suatu kehilangan...kehilangan yang sukar saya gambarkan dengan kata-kata
who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)
Showing posts with label Jiwa kacau. Show all posts
Showing posts with label Jiwa kacau. Show all posts
Tuesday, November 24, 2009
Saturday, May 23, 2009
Kenapa saya tulis blog juga akhirnya??
Buat masa sekarang, ini cara terbaik melepaskan tekanan secara positif....keadaan dah tak sama macam dulu...jadi, kena cari suatu cara lain..mungkin suatu masa nanti, saya dah jumpa cara lain, saya akan bye-bye dekat blog..sebab saya bukanlah pandai menulis ...perkara yang paling saya tak minat lakukan adalah baca novel! bukan tak cuba untuk jadi macam Us. Ramadhan yang masih boleh layan novel walaupun ketika fasa peperiksaan... sebuah novel saya ambil masa setahun untuk habiskan! Saya masih gagal untuk jatuh hati pada novel. Saya lebih berminat kepada diskusi fakta secara empat mata.
Pernah saya menghantar mesej pada aimi dan aini... "tahniah atas keluaran novel sulung, saya tak berminat membeli"...teruk ke saya buat macam tu? bagi saya tak...saya sangat menghargai usaha kawan-kawan yang rajin ini, saya mesej sebelum novel berada di pasaran lagi kerana saya ambil tahu.. Cuma saya tak berminat membaca. Kalau saya baca, lain pulak komen saya sebab saya memang akan komen.
Tujuan saya menulis blog mungkin tak sama macam kawan-kawan penulis.. blog saya tidak sarat dengan bahasa sastera atau berfalsafah...sekadar menulis sesuatu yang terfikir di minda atau sekadar lukisan hati yang berkecamuk...saya menjadikan medan ini sebagai pusat neutralisasi emosi dan fikiran..
*entri ini adalah untuk menjawab soalan dari rakan. Semua orang boleh berinteraksi dengan komputer, malah ada yang mencipta nama dari kerja komputer.. tetapi tidak semua orang boleh berinteraksi dengan mesra secara realiti...malah dibuat-buat kemesraan itu..

Subscribe to:
Comments (Atom)