Alhamdulillah...dah 5 Ramadhan ...adakah kita sempat bertemu 30 ramadhan? wallahua'lam...masa yang lalu tidak dapat dikembalikan...masa yang akan datang belum tentu milik kita ...masa sekarang adalah yang terbaik untuk dijadikan seolah2 milik kita walaupun dipinjam sebentar cuma..sahabat2...sama-sama kita rebut peluang masa dan kesempatan yang diberi untuk cuba sedaya mungkin mengibadahkan waktu-waktu kita.
******************************************************************
Kalau bulan-bulan lain kita sering beralasan susah untuk berqiamullail, Ramadhan adalah madrasah terbaik melatih diri untuk istiqamah dengan qiamullail.. 30 malam Ramadhan diisi dengan qiamullail...kemudian ditambah lagi 10 malam berikutnya di bulan syawal...insyaAllah, qiamullail akan kita lazimi ...Kata Ulama', amalan yang dilakukan 40 hari berturut-turut akan menjadi tabiat kemudiannya..
Muslimat ada hari-hari ABC..(Allah Bagi Cuti)...namun, kita masih boleh berterusan berqiamullail...qiamullail tidak semestinya bersolat..bangun di tengah malam untuk mengingati Allah juga dikira qiamullail...ayuh, bangunlah berzikir, berdoa, dan penuhi sepertiga malam kita dengan bertaqarrub denganNya..
Ulama' membahagikan malam kepada 3 fasa...satu pertiga fasa digunakan untuk tidur, satu pertiga digunakan untuk menulis, manakala satu pertiga lagi digunakan untuk berqiamullail..Kata Ulama', barangsiapa yang banyak tidurnya di dunia ini, maka dijadikan untuknya banyak kerugian di akhirat kelak...
"saya dah tak rasa dzuk bila berqiamullail sekarang berbanding berqiamullail ketika di alam pengajian dulu..."... kawan-kawan pernah dengar rungutan seperti ini?? Nah , inilah hamba tahjjud... Kata Tuan Guru saya Al Fadhil Ustaz Zainal Asri Ramli,.... "Jangan kita menjadi hamba tahajjud. Jadilah hamba Allah".... Berqiamullail hanyasanya kerana Allah..kita buat kerana DIA sahaja... Perumpamaan hamba tahajjud ini seperti suatu hal...jika ada hal tersebut, maka senang dan bahagia hati, tetapi jika tiada hal tersebut, sudah tidak ada rasa dan perasaan lagi...apabila kita menjadi hamba tahajjud, maka kita tidak bisa untuk beribadah dalam erti kata ibadah sebenarnya bilamana kita sudah keseorangan..
******************************************************************
Teringat saya pada ilmu Biologi Manusia yang saya pelajari di UM dulu...gelombang-gelombang otak..otak mempunyai 4 gelombang ...Delta,Teta, Alpha, Beta...dalam keempat-empat gelombang itu, gelombang alpha adalah gelombang yang paling efektif untuk berfikiran bernas, logik, kreatif dan hebat. Menurut kajian sains, otak menghasilkan gelombang alpha ketika bangun di sepertiga malam..(padanlah ulama Islam banyak menulis di sepertiga malam!)...jika kita mengoptimumkan penggunaan gelombang alpha, banyak manfaat kesihatan akan diperoleh antaranya seperti terhindar daripada risiko sakit jantung dan stress..(nak tahu lagi, cari sendiri...i don't practice spoon feeding..hehe)..
******************************************************************
Terpanjang la pulak...erm, balik kepada entri di atas, mungkin baik juga jika di peringkat awal jadi hamba tahujjud daripada menjadi hamba nafsu!
who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)
Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment