who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Monday, March 29, 2010

hormatilah!

I AM STRICTLY DIDN'T BELIEVE A MAN WHO INTRODUCES HIMSELF DIRECTLY TO ME OR ASK MYSELF DIRECTLY TO ME..NEVER!!

Islam dah ajar, nak kenal seseorang itu, lihatlah dengan siapa dia berkawan... dalam bab mencari jodoh, biarlah ikut syariat. tak payahlah mesej2 ...rindu lah.. sayang lah.. apa barang itu semua!

Perempuan sama kawan perempuan pun, selagi belum duduk serumah, tinggal bersama, belum betul2 kenal peribadi kawannya. ni, apatah lagi lelaki. Risiklah seorang muslimah dengan menggunakan orang tengah yang thiqoh, dipercayai.

Kalau dah betul2 yakin, hubungilah ibubapanya, minta izin untuk berkawan@ masuk meminang jika dipersetujui.

Mana ada orang yang mengaku dirinya tak baik?? mana ada orang nak mengaku kelemahan sendiri depan ajnabi?? please!! don't be a liar!!!

Hormati pandangan dan prinsip setiap dari kita, kerana semua orang ada prinsip masing-masing.

Jika 'dia' menjadi punca 'anda' tidak khusyuk solat, dan semakin lagha..Jelas terbukti, jika 'dia' menjadi puncanya, maka 'dia' bukanlah yang terbaik untuk 'anda'.

Friday, March 26, 2010

Kes 2

Tahun 2010 ...tahun sangat mencabar bagi saya ...cikgu di tarcisian convent..hari ini saya terpaksa jalankan ziarah rasmi ke rumah Atikah Nadiah...kes ponteng 20 hari..Allah...nak tercabut jantung dengar pengakuan maknya... mak guru, kesian maknya...malu yang amat..nampak di raut wajahnya, tapi demi anak, sanggup apa sahaja...Atikah Nadiah.. dah pandai bergayut telefon, pakai seluar sangat pendek, jalan keluar ke pekan ipoh malam hari, tengking mak sendiri...penangan berkawan dengan kawan2 kurang bagus akhlak...berdebar jantung dengar kelaku pelajar saya ni, sungguh tak sangka ...actually, she is a 'silent type' pupil at school. tahun sudah , saya mengajar sains kelas dia..walaupun kelas belakng, tapi pelajar ini boleh dikatakna OK jugak sebab jarang sangat tersenarai dalam geng2 gagal sokmo... nah, tahun ni jadi guru kelas untuk kelas paling akhir...Betullah cakap mak saya, tingkatan 2 ni adalah fasa remaja memilih lorong hidup..pemilihan kawan sangat penting...

Mujurlah Kak Yati, Guru Kaunseling sekolah beserta saya ke rumah Atikah.. risau jugak kalau saya buat sesuatu 'under control' pada pelajar tersebut...ye lah, sebab dengan mak sendiri dah boleh buat tak ketahuan.

Tuesday, March 9, 2010

Engagement day @ wedding day

Kalau buka je friendster...ada saja gambar2 kahwin...gambar-gambar tunang...bila ada dua acara ni, ada bersama sekali lah hantarannya...

Tiba-tiba malam ni,terfikir..."kenapa asyik-asyik buah epal, asyik-asyik buah oren..asyik-asyik buah anggur! Malaysia ni dah habis buah ke?? bagi la buah durian!"

Erm, buah durian?! ok apa...fuhh,simbolik tu...!! Durinya saja dari jauh dah bagi amaran "hang jangan cuba kacau daun! aku dah cupp"

Hah, aini, arni, saadah, ckin, aimi, apa lagi? Ingat,buah durian tau!

Sunday, March 7, 2010

Ya Allah...

"Ya Allah..ampunilah dosa-dosa kami..ampunilah dosa-dosa ibu bapa kami..kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami tika kami kecil..ampunilah dosa-dosa para muallim kami...ampunilah dosa-dosa para sahabat-sahabat kami..ampunilah dosa-dosa saudara seIslam kami...peliharalah batang tubuh dan tindak tanduk kami dari menjadi fitnah kepada ilmu kurniaanMu, peliharalah jiwa-jiwa kami dari menjadi fitnah kepada para muallim kami..peliharalah kami dari terikut-ikut dengan pujuk rayu syaitan..peliharalah kami dari termasuk dalam golongan yang mengikut membuta tuli..peliaharalah kami dari membarisi lorong-lorong mungkar..kuatkanlah iman kami..tetapkanlah hati-hati kami di atas jalan agamaMu..tetapkanlah hati-hati kami dalam mentaatiMu.. tetapkanlah hati-hati kami di atas jalan jihadMu....ameen ya rabbal 'aalameen"

Rasulullahku...

Mari Mengenal Baginda Rasulullah SAW. Apakah kita benar-benar mengenal Nabi Muhammad SAW, iaitu mengenal secara lahir dan batin, jasmani, maknawi dan rohaninya? Atau kita hanya mengenal secara lahirnya saja, tidak lebih dari itu? Atau mengenal secara rambang saja?

Sebenarnya kalau manusia mengenal peribadi Nabi Muhammad SAW secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya, pasti manusia jatuh hati kepadanya. Kita akan cinta, menyebut selalu namanya, melalui selawat dan ingatan terhadapnya. Kita akan terasa terhutang budi kepadanya, kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.

Baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW seorang manusia yang istimewa, luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala. Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar kita mengenal Nabi kita sendiri, siapa dia yang sebenarnya?

Dia adalah Sayidina Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah. Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim. Nasabnya sampai kepada Nabi Ibrahim. Dia adalah anak yatim piatu. Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain. Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara oleh keluarga yang miskin.

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan. Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad. Dari Nur Muhammad itulah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan. Syurga, Neraka, dunia, Akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Syirat, manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya, kalau bukan karena Nabi Muhammad SAW, tidak akan diwujudkan.

Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat lahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan. Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisrakkan dan dimikrajkan. Mukanya laksana bulan purnama karena cahayanya yang terang.

Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan. Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua seluruh para rasul dan para anbiya, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia. Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafaatul kubra di Akhirat dan orang yang pertama masuk Syurga.

Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap. Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya. Dia memiliki ilmu dunia dan Akhirat, sekalipun dia tidak menulis dan membaca. Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya. Bahkan lebih mulia daripada para malaikat. Terutama kasih sayangnya kepada manusia begitu nyata sekali. Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya. Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah. Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya. Bahkan macam orang mabuk tidak akan melupakannya. Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda. Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya. Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa.

Adakalanya laksana ibu dan ayah, adakalanya macam kawan yang membela dan setia, adakalanya dirasakan guru, adakalanya bagaikan pemimpin, dan adakalanya juga bagaikan ketua tentara. Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya. Kerana akhlaknya yang tinggi, dia dapat pujian daripada Tuhannya. Keberaniannya luar biasa. Dia sanggup berjalan di hadapan musuh- musuhnya seorang diri, tidak sedikit pun takut dengan raja-raja. Setiap orang yang meminta, tidak pernah dikecewakan, sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia.

Ibadahnya banyak sekali, terutama solat hingga bengkak-bengkak kakinya kerana begitu lama berdiri di hadapan Tuhannya. Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan. Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa saja. Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan, satu perbuatan yang luar biasa. Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain. Sangat pemalu dan merendah diri. Sangat menerima keuzuran orang. Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya. Karena itulah dia dapat menjadi ketua Ulul Azmi dari keseluruhan para rasul `alaihimusshalatu wasallam. Dia suka kepada seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.

Hatinya begitu jaga, matanya saja yang tidur tapi hatinya tidak tidur. Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya. Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan 27 kali dia ikut sama atau ikut serta, tapi pelik, dia tidak pernah membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang. Anak- anak didikannya, itulah dia para Sahabat hingga dia berkata: "Sahabat-Sahabatku laksana bintang-bintang di langit, yang mana satu yang kamu ikut, kamu akan mendapat petunjuk. Para ulama umatku, laksana para-para nabi Bani Israil". Julukan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya.

Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis, dilempar dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama tiga tahun, dikepung hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah air dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.

Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan nyata, iaitu namanya digandingkan dengan nama Tuhannya, yaitu di dalam dua kalimah syahadah. Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya. Doa yang hendak dikabulkan, di awal dan akhirnya hendaklah menyebut namanya. Doanya sangat makbul, bahkan siapa yang berdoa, bertawasul dengannya lebih diterima doanya. Siapa yang banyak berselawat dengannya, diberi syafaat di Akhirat. Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat.

Mukjizat-mukjizatnya yang begitu banyak menunjukkan kebenarannya. Tertulis di belikatnya khatamun nubuwwah. Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi. Orang tidak dapat menentang matanya karena kehebatannya yang amat nyata di wajahnya. Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertatap pandang dengannya. Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya, sehingga sebagian perkara-perkara yang belum terjadi, seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakannya.

Begitu kuat tawakalnya kepada Allah Taala hingga makanan yang berlebih tidak disimpan di malamnya, bahkan diberikan kepada yang berhak. Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya. Lalat tidak pernah hinggap pada badannya. Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya. Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan. Tidak pernah mencerca makanan. Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu. Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya. Begitu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir. Lebih mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri. Tidak pernah melaknat, sekalipun terhadap binatang.

Apa yang diperkatakannya, ibarat mutiara. Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya. Didikan dan pimpinannya sangat berjaya. Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku yang telah dicatat dalam sejarah, dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti Allah Taala. Bahkan Tuhan dijadikan idola mereka. Dapat menyatupadukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya. Bahkan dapat menanamkan kasih sayang satu sama lain di kalangan manusia. Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya. Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya. Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa. Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati di bawah naungan pimpinannya, sekalipun yang bukan Islam. Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk, sekalipun binatang.

Itulah dia Muhammad Rasulullah SAW. Itulah dia nabi kita, manusia luar biasa, yang istimewa, yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tidak ada tandingannya. Baru sedikit saja kita ceritakan tentangnya, sudah mengagumkan kita. Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya? Apakah manusia seumpama ini kita bisa melupakan begitu saja? Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia yang begitu berjasa kepada seluruh manusia? Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya? Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa. Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dunia? Jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi.

Lantaran itulah, orang yang benar-benar mengenal Nabinya bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya. Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita, agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadun, berkasih sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa. Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.



-cahayamukmin.blogspot.com-

Tuesday, March 2, 2010