who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Thursday, June 11, 2009

Abah...

Mak letih...3 kali berulang ke a.staq. Abah 2 kali masuk wad sebab tiba-tiba salur darah jantung tersumbat..abah tak merokok langsung..tapi dapat jugak penyakit ni...

**********************************************************************

saya hantar abah ke hospital kulim pukul 1.30 pagi...abah mesti masuk wad...doktor tak dak pilihan walau abah membantah..pukul 3 pagi, terus masuk wad...abah dalam bilik sorang-sorang di wad 8..

Petang esok abah keluar wad selepas buat ECG dll...janji temu dengan pakar kerajaan diatur...alahai, lambat nya! Geram saya!

Abah tak puas hati, sebab abah ragu-ragu dengan ubat jantung yang diberi sebab abah yakin abah tak sakit jantung.

Abah suruh saya ambil GL dekat klinik panel..doktor klinik tu sakit! saya tak dapat GL untuk abah. Kesian abah, abah sakit.

***********************************************************************

Abah ambil sendiri GL dekat klinik jauh...2 hari selepas keluar wad kerajaan, abah tekad jumpa pakar di KMC. Perancangan Allah sangat cantik. Abah sakit semasa cuti sekolah, saya ada di rumah... sebab saya masih bujang, tak ada rumah lain yang mesti pergi! Saya pemandu sepanjang hari..bawa abah jumpa pakar...bawa emak ziarah Mak Ndak di Perlis...best juga jalan-jalan ni...abah pun rehat saja dalam kereta.


************************************************************************

2 hari kemudian (hari nie), saya bawa abah untuk pembedahan di KMC... saya pandu kereta laju...sebab nak kejar masa. 1 jam sahaja dari kulim ke alor star utara. Bila terfikir balik, rasa macam lelaki pulak... bila la boleh jadi 'perempuan' sikit ni...siapa la yang akan jadi suami saya nanti?! Persoalan yang sering merisaukan saya..

Seharian tunggu abah di ICU, kemudian di bilik bedah...sampai petang... Abah sedar di ICU lebih kurang pukul 5 lebih...Mak setia di sisi abah.. saya dan adik Aqilah kerja merayau-rayau juga dalam KMC tu...tengok baby-baby dekat bilik bayi...nak menitis air mata saya tengok baby! Spontan!! Sebab saya memang teringin sangat nak ada baby sendiri !...tapi perjalanan saya masih kabur dan lambat lagi ..ntah, saya pun tak tahu..

Saya wudhukkan abah... (saya jadi bengong! Ambil wuduk pun dah tak betul tadi!!)..abah sekadar hormat waktu...tak boleh bangun..solat dengan isyarat mata sahaja dengan tidak dapat menghadap kiblat..(saya tak boleh pusing katil dalam icu tu...kiblat adalah 180 darjah dari kedudukan abah atas katil di ICU)

6.00 petang, mak ajak saya cari hotel berdekatan untuk bermalam... nak duduk rumah sewa semasa menuntut di maahad, tak boleh...adik-adik Qurratul Ain semua balik kampung. Abah cadangkan bermalam di hotel...

Dalam kereta, saya tanya mak seklai lagi..."mak nak balik kulim atau nak tidoq hotel? Mak rasa selesa yang mana?"...... saya kesian dekat mak..."letih nak balik tu kak".... "tak pa mak, kakak orang muda=) kuat" ...ayat skema saya.."em, jom balik. Kalau duduk sini, tak boleh jaga abah, ICU tak boleh masuk.. ada waktu tertentu sahaja".."OK!"

*********************************************************************

Esok pagi, saya akan ke KMC lagi....mungkin abah boleh keluar esok...sebab abah kuat. Doktor periksa tadi, sistem badan abah semuanya positif, alhamdulilah...semoga Abah cepat pulih dan sembuh sepenuhnya...semoga Allah memberikan syurga kepada mak di atas kesabaran mak ! Amiin....

*saya pernah memandu 15 jam sehari...berkelana dengan viva merah mak saya yang saya gelar khaulah humaira' dari ipohg ke seremban...makan kenduri sahabat usrah (KMPP), dan balik semula ke ipoh pada hari yang sama...perjalanan yang bermula seawal 6.30 pagi dan berakhir 10.30 malam di Ipoh...berkelana bersama Liyana...walaupun Liyana tak boleh memandu,cukuplah sebagai mahram bersama. Terima kasih dik!Terima kasih juga buat sahabat-sahabat PMI kerana selalu pilih saya sebagai driver! Pengalaman yang cukup berharga.

2 comments:

Arniwaty Abdullah said...

semoga abah tikah cepat sembuh...insya Allah tikah..tikah juga akan dpt jd seperti mak tikah..=)

atikah_othman said...

owh...terima kasih sahabat! =)