who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Tuesday, February 23, 2010

Tanda tanya...apa maknanya?






Apa maknanya kalau tiba2 lebah sebegini banyak hinggap di pokok rumah bilamana ada kunjungan tetamu? Peristiwa yang berlaku tahun 2009 yang sangat memeranjatkan saya! never seen before

Monday, February 22, 2010

Rasulullah...mulianya cintamu pada umatmu!

WAJIBKAH KITA MENCINTAI RASULULLAH??

PETIKAN DARI AL-FURQAN….

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka).”

(Surah al-Taubah, ayat 24)

PETIKAN HADITH ….

Daripada Anas bin Malik R.A daripada Nabi SAW, sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya mengatasi selain keduanya. Kedua, hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintai kerana Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.”

(H.R Bukhari-Muslim

~thola'al badru 'alaina...~

~allahumma solli 'ala sayyidina muhammadin 'abdika warasulikan nabiyyil ummiyyi wa 'ala aalihi wasallim~

Terima kasih Ya Rasulullah...




Terima kasih tak terhingga kekasihku.. kau meninggikan martabat kaumku..
Kau memuliakan kaumku di tengah keluarga
Kau memuliakan kaumku di tengah masyarakat
Kau menyelamatkan maruah kaumku
Kau menghormati pandangan kaumku
Kau berlemah lembut dengan kaumku


Rasulullah Salallahualaihiwasalam telah menegaskan peri perlu:

- Dihentikan pembunuhan bayi atau kanak-kanak perempuan yang merupakan amalan kaum Quraisy yang percaya wanita pembawa sial.
- Memberikan layanan setimpal dari segi pendidikan dan kemajuan kepada anak lelaki dan perempuan;
- Menetapkan pembelaan lelaki ke atas wanita;
- Membolehkan wanita berbaiah (memberikan ikrar setia) sebagai warga Negara;
- Membolehkan wanita terlibat dalam peperangan, urusan rawatan atau hospital sehinggalah pentadbiran
- Menganjurkan setiap Muslim yang akan melangkah ke alam perkahwinan supaya berhati-hati memilih calon isteri dengan mengutamakan isteri solehah


“Janganlah kamu nikahi wanita cantik, kelak kecantikannya itu akan membinasakanmu; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.
Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama itu adalah lebih baik bagimu.”
(Riwayat Abdullah Ibn Humaid)
Malah, pesan Baginda:

“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana sahaja pintu syurga menurut kehendaknya.”
(Riwayat Imam Ahmad)

Monday, February 1, 2010

nak share...

Hari ini saya kurang sangat-sangat motivasi...

Macamana saya atasi ??

1.Buka website yang memberi kata2 positif dan mengajak kita bersikap optimis... buat kawan-kawan cikgu, saya terjumpa satu web yang agak menarik.. http://cikgufarizal.com

2. Bercakap / YM dengan kawan-kawan yang jarang dijumpai / disapa...

3. Sekarang ni, saya suka sangat baca novel!! novel apa??? novel sejarah Islam..sebab banyak memberi inspirasi, motivasi dan 'spirit'... saya sudah khatam novel Tariq, Sultan Muhammad Al-Fateh....dan yang terbaru, baru beli Solahuddin... bila baca kisah2 ni, saya tiba2 rasa sayu amat, rasa jauh dari kehidupan yang dianjurkan Rasulullah

4. Saya akan teringat kawan-kawan yang sentiasa ceria di kala duka...aini yang pandai berlakon, arni yang sentiasa senyum, saadah yang mudah geli hati dan berfikiran kritikal...ckin yang semakin bersemangat dan ligat dengan kerja-kerja jemaah..aimi yang semakin tabah dengan kehidupan yang saya dapat rasakan begitu getir bersama tekanan sekelilingnya.. K.Izzati yang sangat kuat semangat dan cekal..(k.izzati antara 'kakak' yang paling saya hormat..sebab beliau banyak mengalah dengan saya yang selalu tidak matang..saya banyak belajar dari 'kakak' ini bahawa 'mengalah tidak semestinya kalah'...Terima kasih Ya ALLAH, Engkau kurniakan aku sahabat-sahabat hebat! Moga aku juga beroleh tempias ketabahan dan keikhlasan hati mereka yang benar-benar berjiwa pendidik

swing the mood!

Saya akan adakan kempen..."SEHARI TANPA MARAH" esok.

Saya tidak akan marah pada anak-anak saya, saya akan guna psikologi dan pendekatan kasih sayang..i'll try my best..(sebenarnya, kawan2 di Qurratul 'Ain semua kenal siapa saya...pendekatan Saidina Umar...slot muhasabah tak kantoi...tak mengaku jadi mengaku...saya keras!)

Tadi perhimpunan pagi, saya diamanahkan untuk melaporkan laporan minggu lepas memandangkan saya guru bertugas...Pegang saja mikrofon, terus kena marah...saya cukup geram bila mendapat laporan pelajar tidak solat...bila tidak solat, tidak hairanlah mengapa pelajar2 semakin kurang adab, kurang a**r (tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang guru), tidak meletakkan kebersihan sebagai keutamaan dan banyak implikasi negatif apabila TUHAN tidak lagi ditakuti.

Saya sayangkan anak-anak saya, tapi saya tidak akan berkompromi dalam hal2 agama. Dunia sibuk dikejari, tapi akhirat semakin dipinggirkan darin norma kehidupan. Apa barang!

Saya memang tak boleh marah...marah bukan sahaja merosakkan hari kita malah hari orang...hari pertama , jam pertama sudah 'swing the mood'...dada pun rasa sempit semacam ... nak bernafas pun rasa sakit

Esok saya akan kempen diri saya untuk memberikan senyuman paling manis untuk anak-anak,dan tidak akan marah sesiapa walaupun hati sakit teramat dek perbuatan anak-anak... siapa suruh jadi cikgu kalau tak tahan??!