who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Monday, February 22, 2010

Terima kasih Ya Rasulullah...




Terima kasih tak terhingga kekasihku.. kau meninggikan martabat kaumku..
Kau memuliakan kaumku di tengah keluarga
Kau memuliakan kaumku di tengah masyarakat
Kau menyelamatkan maruah kaumku
Kau menghormati pandangan kaumku
Kau berlemah lembut dengan kaumku


Rasulullah Salallahualaihiwasalam telah menegaskan peri perlu:

- Dihentikan pembunuhan bayi atau kanak-kanak perempuan yang merupakan amalan kaum Quraisy yang percaya wanita pembawa sial.
- Memberikan layanan setimpal dari segi pendidikan dan kemajuan kepada anak lelaki dan perempuan;
- Menetapkan pembelaan lelaki ke atas wanita;
- Membolehkan wanita berbaiah (memberikan ikrar setia) sebagai warga Negara;
- Membolehkan wanita terlibat dalam peperangan, urusan rawatan atau hospital sehinggalah pentadbiran
- Menganjurkan setiap Muslim yang akan melangkah ke alam perkahwinan supaya berhati-hati memilih calon isteri dengan mengutamakan isteri solehah


“Janganlah kamu nikahi wanita cantik, kelak kecantikannya itu akan membinasakanmu; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.
Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama itu adalah lebih baik bagimu.”
(Riwayat Abdullah Ibn Humaid)
Malah, pesan Baginda:

“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana sahaja pintu syurga menurut kehendaknya.”
(Riwayat Imam Ahmad)

No comments: