who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Tuesday, October 13, 2009

anak-anak jasmin..

"kerja rumah dah siap?"..."daaah"

Maka, bermulalah kelas Sains hari ini di kelas 1 J..(kelas hujung skali)

"ok, Syarina Huda, please answer no 1"

"......,,,,.....mmm..."

"Louder please!" jerit saya...(sebab memang tak dengar langsung apa yang dikatakan/dijawabnya)...

Keadaan berterusan...sehingga saya terpaksa jerit 2-3 kali dialog yang sama...akhirnya...dialog yang terakhir saya utk anak yang seorang ini.."Kelas, saya risau la...saya risau sangat kalau kamu berjalan-jalan di tepi jalan, tiba-tiba beg sekolah kamu diragut...saya risau sangat kalau tak ada orang datang menolong kamu...sebab suara kamu semua ni perlahan sangat...kalau jerit pun.."aww~~"..."

Hahahaha!!! Pecah ketawa 1 kelas!!

***************************************************************************

Pada minit yang lain pulak, disuruh seorang pelajar yang lain untuk menjawab soalan...(sekarang ni fasa ulangkaji saja...jadi saya bekalkan banyak soalan2 past year PMR sebagai latih tubi tingkatan 1)...

Soalan yang pelajar tersebut akan jawab sebenarnya telah saya beri pada hari sebelumnya...Alhamdulillah, dia dapat jawab..

Saya seperti selalu, suka menambah2 soalan on the spot...(sebab saya dah bagi chance depa tengok buku untuk jawab soalan yang diberi semalam)...malangnya, apabila soalan tambahan diberi, tak dapat dijawab...gitulah pelajar kelas belakang...tahu jawab kalau soalan straight forward saja...salin tanpa memahami...Geram saya!

"class, did you refer to any book while you answer the question??"..."yes"..

"erm, buku apa yang kamu baca?"..."buku sainssss...."..."huh, kamu bukan baca buku sains, tapi kamu baca BUKU LALI!"


hahahahahaha!!!

Gamat kelas dibuatnya! ........

"kalau kamu baca buku sains, kamu mesti boleh jawab soalan saya. Apa yang saya tanya tadi, semuanya ada dalam buku teks kamu!"

Dengan kalutnya, anak-anak saya yg masih kebudak-budakan itu cepat2 menyelak halaman berkaitan untuk mencari jawapan..

****************************************************************************

Itulah sedikit cerita ringkas anak-anak Jasmin hari ini...(sebenarnya tak larat nak menaip daaa...so, stop je la di sini...!

Saya bersembang dengan 'siapa' pagi tadi??!

Macam pelik ja entry tu,kan?? huhu...tuan punya badan pun tertanya-tanya nih!

************************************************************************

Pada malam Sabtu lepas 10/10/09...saya bersendirian di rumah sewa...tiba-tiba badan rasa tak larat nak ikut housemates ziarah ayah kawan sekolah depa yang sakit..."tak pa la..Ana dan Kak Farah pi la,hampa balik kan malam ni? kalau balik tak pa la, saya rasa pening pulak"..."tikah tak pa ka dok sorang2 malam2?"...Ana tanya .."its ok, i'm used to be=)"...

Maka...kedua-dua housemates saya pun keluar jap malam tu...

Saya tengok TV depan pintu bilik saya, bersila sambil khusyuk tengok berita...bilik saya yang ternganga luas tu saya biarkan gelap je sbb tak mau la membazir buka lampu...

Dok tak dok...tiba-tiba je meremang bulu roma saya..saya sedar tapi saya buat tak endah saja...(actually saya ABC..Allah Bagi Cuti...)

Dalam pukul sepuluh lebih housemates pun balik...saya tak cakap apa-apa pun la...saya terus masuk tidur pas depa balik..

*********************************************************************

malam tadi, saya rasa berat sangat mata...pukul 9.30 malam saya dah lelap mata atas toto kesayangan...then, terjagalah pukul 3 pagi...(ye la...tidoq awai, bangun pun awai la...) saya rasa malas nak bangun, sambung balik tidoq...

Jaga lagi pukul 6 pagi...malas lagi nak bangun...(ABC..)...tidoq lagi...lebih kurang pukul 7 lebih...saya jaga lagi...kali ni, saya dengar ada orang buka pintu rumah...saya pun bangun buka pintu bilik, saya nampak housemate saya..Kak Farah..dok tengah buka pintu rumah..."awat lewat pi sekolah?"...saya terus tanya dekat pintu bilik saya...'Kak Farah' tu datang dekat saya sambil tersenyum.."aa..akak tak berapa sihat sikit"..."Owh...ok" jawab saya ringkas...saya pun tutup balik pintu bilik memandangkan 'Kak Farah' nak keluar...agaknya nak pi klinik kot..

Saya rasa malas nak bangun lagi...sambung balik! (macam tu la kalau rasa boring tak dak banyak kerja...!malas nak pikir hal sekolah,tidoq ja)...

Akhirnya saya bangun bersiap pkl 9 pagi...tengok bilik Kak Farah..Gelap.."em, tidoq kot,dia kan tak sihat"...saya monolog dalam hati...(kedua-dua housemates saya suka tutup pintu bila berada dalam bilik masing2...tak nak diganggu kot)..saya malas nak kacau kalau dia tidoq..


Pukul 12 lebih, saya pi sekolah...(housemates saya kedua2nya sekolah pagi..sekolah budak laki, saya sekolah budak pompuan)

***************************************************************************

Balik sekolah, saya sapa Kak Farah..."akak dah sihat?"..."erm, akak OK je..nape tikah?"..."eh, bukan ke akak MC hari ni?"..."eh, mana ada...kereta akak ada la, akak pergi sekolah dengan Ana"..."eh, biar betul Kak Farah! Habis tu, saya cakap dengan sapa pagi tadi?!"..."ish, jangan buat akak takut...!"..."seriuos Kak Farah!" Saya cakap dengan sapa pagi tadi kalau bukan dengan akak?? Kak Farah siap senyum kata tak sihat...akak pakai kurung hijau,corak bunga kecik-kecik."

"huhuhu...Ana!! tido dengan Kak Farah ye malam ni!"

***************************************************************************

KAWAN-KAWAN, SAYA SENDIRI TAK PASTI SAYA BERCAKAP DENGAN 'SIAPA' PAGI TADI!!! NA'UZUBILLAH..

dan sekarang, saya rasa nak cancel plan nak mandi sungai cuti ni...sebenarnya dah berbula2 lamanya saya jadi teringin sangat-sangat nak mandi sungai!! tak caya???tanya mak saya! tapi hajat tak sampai2...mesti ada sebab! Allah tahu

Saturday, October 10, 2009

sunyi!

Hari ini sangat terasa 'sunyi'... tiada kawan di sisi..tiada saudara di keliling..tiada sadiq menemani..sunyi!

Thursday, September 10, 2009

Aku belum bersedia....

Ya Allah, janganlah kiranya KAU ambil nyawaku tika ini, aku benar-benar tidak bersedia lagi...

Thursday, September 3, 2009

Waqaf ibtida'....

Pentingnya kena faham Bahasa Arab...paling koman, faham untuk baca Al-Quran...kalau tak, memang susah jadinya bila baca Al-Quran, tak taw nak berhenti kat mana (waqaf), tak taw nak mula kat mana (ibtida')..

Em...dalam bahasa mudah, saya sertakan suatu contoh ayat Bahasa Malayu ... (ayat ni tak ada dalam AlQuran..) :

"adik makan nasi tomato dalam polisterin"...


Ok, kalau lah ada mat saleh taw baca saja Bahasa Melayu tanpa memahami maksud ayat, mungkin saja dia baca macam ini... "adik makan nasi tomato dalam pinggan" atau " adik makan nasi" (waqaf)...(ibtida')"tomato dalam polisterin"....

erm, macamana ya dari segi maksud? nampak macam ok ja, walaupun lari jugak makna ayat.

Tapi, kalau ayat BAhasa Melayu itu macam ini:

"abangcik minum susu lembu dalam gelas"

Kawan-kawan cuba buat sendiri waqaf/ ibtida' untuk ayat ini...

Itulah maksud saya, pentingnya untuk kita tahu Bahasa Arab, paling kurang pun, sekadar boleh membaca AlQuran dengan betul...

Monday, August 31, 2009

pENCEN ILAt??

Mnatang apa la pencen ilat tu?? hahaha... rupa-rupanya pencen awal bagi individu yang mengalami kecacatan kekal yang boleh jejas perkhidmatan...ILAT?? kenapa ilat? ILAT = Ilah = sebab (lebih kurang laa)...

Saya teringat semasa belajar usul fiqh di Maahad dulu, antara aspek yang dilihat dalam mengeluarkan ijtihad untuk mensabitkan hukum adalah istilah ini..." illah" iaitu pertimbangan / sebab yang sama... seperti minum arak haram sebab mabuk...jadi minum tuak juga haram sebab yang sama / illah yang sama iaitu mabuk.. (Orang Kedah sebut tuak untuk air nira yang diperam sehingga berubah sifat...tapi kalau tuak di kelantan halal, sebab apa??? ahah!! cuba 'check' dengan kawan-kawan kelantan...kak zati ada...kak syafa ada...Tuan Guru pun ada =) )

OK, sampai di sini dulu! SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-52 =)HUBBUL WATANI MINAL IMAN! *hadith? kata-kata hukamak?? check sendiri!

Sunday, August 30, 2009

hari-hari bersejarah

28 Ogos 1966- Assyahid Syed Qutb, Abd Fatah Ismail dan Mohd Yusuf Hawassh telah dijatuhkan hukuman gantung oleh kerajaan THAGUT Jamal Abd Nasir....AL-FAATIHAH !

*******************************************************************

30 Ogos 1985 - kelahiran bayi comey di sebuah rumah..=) kini bayi tersebut bukan lagi bayi, tetapi 'bayi gajah'...hahaha!! Terharunya saya apabila ramai sahabat mendoakan keredhaan dan keberkatan hidup...Paling bermakna apabila ulangtahun kelahiran saya ke-24 jatuh pada bulan yang sungguh mulia...ZAHIDAH, SYUKRAN JAZILAN...INSYAALLAH, BERTEMU KITA DENGAN LAILATUL QADR!

Terima kasih buat semua sahabat yang mendoakan saya...

******************************************************************

31 Ogos 1985 - MALAYSIA TANAH AIRKU MERDEKA...(betulkah kita benar-benar 'merdeka'??)

*******************************************************************

Kenapa ye....nak sambut saja hari-hari istimewa, mesti kena disertai nyanyian?!! Kalau dirikan khemah kat Dataran Merdeka pun tak salah, ramai-ramai buat solat hajat, bertadarus sambil merebut peluang Ramadhan... (kat sini tak payah la nak bahas bid'ah ke ape, nanti aku luku pala baru hang tau! Yang hang dok melalak dalam perhimpunan campur laki pompuan tu tak keluaq hukum pulak...emm...penin...penin...!)
Apa pun, saya cukup pantang kalau JALUR GEMILANG diletak di atas lantai..Bendera negara sangat tinggi nilainya!
Alhamdulillah...secara materialnya, saya sangat selesa hidup di bumi Malaysia tanah air tercinta...

* teringat semasa di universiti dahulu, malam sambutan hari-hari istimewa ini, saya dan sahabat-sahabat usrah akan mengikuti ekspedisi dakwah bersama PERKID + PERKIDA... takut jugak, tapi nak bentuk jatidiri, kena berani... KALAU TAKUT AKAN OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI...MATLAMAT HIDUPKU ADALAH MATI !!