who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Monday, July 13, 2009

Pening perut, senak kepala !

Peningnya perut saya...mana taknya...kononnya nak kurang makan...makan roti gardenia sekeping dua sahaja hari ni...em...sedap juga dimakan dengan peanut butter lady's choice..nak tahu apa jadi?? tengah makan sambil tengok TV tadi, baru teringat yang umur jem tu dah setahun lebih...sebab jem itulah yang saya jamu dekat tetamu pada malam-malam raya tahun sudah..mak aii!! dah bantai sampai kenyang baru terfikir..sudahnya, saya tutup penutup balang jem dan ternampak tarikh luput..tahu bila?? 07.02.09!!! huhuhuhu!! padanla rasa semacam je perut ni dari pagi tadi..rasa pening dan nak muntah...

Keduanya...senak kepala! sebab apa?? sebab dari pagi mengadap laptop buat soalan..untuk ujian bulan Ogos...satu-satu saya taip..nak terjuling dah biji mata ni. Alhamdulillah..akhirnya dah siap taip soalan sebelum isya' tadi...ingat nak scan semua gambarajah lepas tengok rancangan ISU di TV 1 (tajuk menarik, pasal PPSMI)...tuptup...CD driver printer tak boleh nak install....kejap-kejap laptop menjerit gitau ada virus. huh! menyampah saya.. try nak download dari internet..punyalah 'bagus' broadband ni! tunggu dekat sejam tak siap-siap lagi..kejap-kejap lambat, kejap-kejap cepat..dah tak tahan,saya cancel download... saya install juga guna CD..semua jeritan saya 'boolayan'! semua saya klik 'ignore'.. hah, lantaklah ko..nak kena format lagi ke apa, lepas saya siapkan semua soalan...

Tapi sekarang dah pukul 12 malam lebih...kepala saya semakin berat! mata dah rasa nak tersembol keluar...sakit! nampak gaya saya kena siapkan hari esok juga. (sebab bila tunjuk dekat ketua panitia, selalunya ada pembetulan yang nak kena buat...biasalah...saya 'budak' baru belajar)

Esok juga mesti siapkan minit mesyuarat panitia sains...kalau tak saya akan lupa banyak perkara...nak buat malam ni dah tak terdaya..@_@

2 comments:

noramalina said...

tikah... enti ni biaq betui.. pakai belasah ja mkn.. =P

atikah_othman said...

ana tengah tak berapa nak betui cik amal...mengong ckit..huhu..tu yang belasah ja apa yang ada kat dapur..begedil basi pun ana 'termakan'...bila tiba begedil yang akhir sekali, baru sedar begedil ana makan tu basi! time lapar, semua rasa sedap cik amal ooii!