who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Thursday, July 16, 2009

sian Ustazah!

Dalam sehari dua ni, asyik teringat kawan-kawan sekolah...ramai yang dah berumah tangga...ada yang dah jadi abah...mama...dan tak kurang juga yang hanya ada rumah belum 'bertangga'...macam saya...kawan-kawan saya pakat ada anak belaka dah...eh, siapa kata saya tak ada anak?? saya ada anak tekak..anak kunci...dan banyak anak cik ti kat rumah! saya tak bela pun, tapi depa tu suka sungguh ber'homestay' kat rumah saya...!

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sampai sekarang bila saya merelakan suatu perbuatan tak bertamadun berlaku di dalam kelas...kelas sains maahad bergabung pelajar lelaki dan perempuan...disebabkan sikap nakal, suatu hari kami awetkan ular yang dijumpai di kawasan sekolah dengan larutan formalin...tahu apa yang dilakukan selepas itu??

dengan selamba badaknya, balang jernih yang berisi ular di dalam larutan formalin dijadikan hiasan di atas meja guru! hah, saya yang mabuk dengan kisah pelajar-pelajar sekoloah tun fatimah (siri novel suatu masa dulu) redha juga dgn apa yang dilakukan kawan-kawan sekelas...

Penangan pertama...Ustazah Hamidah...lemah lembut orangnya (ngajar tarikh adab time tu)duduk di meja guru kelas kami...sebaik membuka kitab azhar tersebut (saya masih ingat lagi, kami belajar tentang Masjid Dhirar hari itu)...ustazah terpandang ular tersebut...!


Terjerit ustazah dlm kelas ...(barisan depan diduduki pelajar lelaki!)..malu ustazah!! saya ni menahan gelak di belakang!! jahat betul masa tu!! ustazah marah betul dengan kami...kesian ustazah...mesti geram dengan 5 ibnu sina..

Setiap kali saya teringat peristiwa ini, spontan saya ketawa terkenang reaksi ustazah..dah tak ingat banin mana yang alihkan ular itu ke makmal bio...dan sekarang saya dapat rasa bagaimana perasaan ustazah Hamidah...kesian ustazah..!

Nak buat lawak atau kenakan orang, mesti bertempat..tak kan dengan muallim pun nak buat macam kawan! kurang ajar namanya...(dalam situasi ini..)

*sebenarnya masa tu saya tak terniat nak kenakan muallim/muallimah...apa yang terdetik di hati adalah rasa bangga sebab perhiasan kelas kami lain dari kelas lain!

5 comments:

noramalina said...

=P time tu pun ana setuju ja bila nak letak ular tu kat depan.. tak terniat langsung pun nak kenakan ustazah. ya lah, bila dah hati ni cintakan sains so rasa bangga la ada "perhiasan" bercirikan sains letak kat meja guru. huhu..

atikah_othman said...
This comment has been removed by the author.
atikah_othman said...

exactly! hahaha....

Nurul Aini Khairul Azhari said...

hahaha..tkah buat aini ketawa malam ni..

atikah othman said...

alhamdulillah kalau aini comey dah boleh senyum dalam sedih. aini mesti kuat! jangan ditoleh selalu ke belakang, pandang ke hadapan, positif selalu ya=)