who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Saturday, December 25, 2010

rumah itu benar2 ada!

Tahun lepas, aku pernah bermimpi..mimpi apa?? mimpi apa lagi...mimpi kahwen la...siapa?? aku la!

Terasa suka jugak pada mimpi itu...kudibawa ke sebuah rumah ...selepas maghri sementara menunggu isya'...rumah siapa?? rumah seorang tok guru...alim..agak besar rumah itu...masih kuingat warna putih dan berlangsirkan biru awan..damai sekali rumah itu..kunampak wajah seorang wanita tua , cerah kulitnya, sungguh keibuan wajahnya, lembut menyambut aku dengan penuh kasih...rupanya aku menikah dengan anak tok guru tersebut..perempuan tua tersebut isteri kepada tok guru..

kulihat ramai sekali tamu hadir..tamu lelaki berjubah dan berketayap putih...ramai juga berserban putih...penuh rumah besar itu menghadiri upacara pernikahan..tok guru menjemput anak2 didiknya ke rumah besar itu...

namun, sekali pun aku tak dapat kenal pasti siapakah pemuda itu...pemuda yang akan diijabkabulkan itu..wajah tok guru itu juga tak pernah kulihat dan tak pernah kukenali sepanjang hidupku di alam realiti. namun dapat kulihat didalam mimpi...tapi siapa??aku sendiri sudah hilang ingatan terhadap wajah tok guru itu sekarang...

Gembira sungguh kerana bersuamikan seorang yang thiqah, mengajar kitab turath di pondok dan masjid2...bermenantukan keluarga faqih agama...ya, sememangnya itu angan-angan yang pernah kupasang di kala hati terdetik ingin mencari calon suami...sekadar angan-angan yang mengharapkan keajaiban berlaku sungguh..kerna kutahu diriku biasa-biasa sahaja...tiada langsung yang istimewa...tidak faqih agama..sekadar boleh membaca kulit buku arab...itupun dengan berbaris! hilang sudah ingatanku pada ilmu nahu yang membolehkan aku meletak baris di awal dan hujung kalimah...hilang sudah ingatan aku pada ilmu sorof yang membolehkan aku berdikari meletak baris di tengah kalimah...terkapai-kapai aku dalam lautan dosa ciptaan sendiri...maka, layakkah aku merealitikan angan-angan itu...insyaAllah dengan harapan menggunung..

*******************************************************************************

Hari jumaat, 24 disember 2010..kumenziarahi jenazah seseorang yang kurasakan amat bertuah...punya pengakhiran yang baik...meninggal di kala waktu solat jumaat sangat hampir..disembahyangkan oleh para pelajar tahfiz...penuh masjid besar itu..dikebumikan selepas asar jumaat itu..insaf aku seketika melihat secara realiti jenazah dikebumikan..subhanallah! Tiada kereta mewah ditanam bersama..tiada isteri putih melepak cantik jelita dan tiada anak-anak comel turut serta ditanam...hanya seorang diri dibaluti kain putih yang akhirnya dipalit kotoran tanah merah...ditanam jauh 6-7 kaki ke bawah...bawah telapak kasut kita memijak bumi...Subhanallah...hanya berbekalkan amalan semasa hidup sebagai peneman..tiada harta dunia !!

Berbalik kepada mimpi tadi...ada kaitan ke?? ya!! dan aku sangat tidak menyangka...rupanya, rumah yang kulihat di dalam mimpi itu benar-benar wujud...cumanya, rumah yang kulihat di alam realiti itu berwarna hijau muda...sungguh!! tak berkelip mataku!! terus aku teringat pada mimpi yang penuh tanda tanya itu..tak sangka, perjalanan yang memakan masa 2jam setengah dari rumah aku, akan menemukan dengan sesuatu yang ku tak pernah ketahui kewujudannya!

ALLAHU A'LAM!

bangau...oh bangau..

bangau oh bangau...
kenapa engkau kurus?
mcm mana tak kurus..
ikan tak mahu timbul..

ikan oh ikan..
kenapa tak mahu timbul??
macam mana aku nak timbul..
rumput panjang sangat..

rumput oh rumput..
kenapa panjang sangat??
macam mana tak panjang..
kerbau tak makan aku..

kerbau oh kerbau..
kenapa tak makan rumput??
macam mana nak makan..
perut sakit..

perut oh perut..
kenapa engkau sakit??
macam mana tak sakit..
makan nasi mentah..

nasi oh nasi..
kenapa engkau mentah??
macam mana tak mentah..
kayu api basah..

kayu oh kayu...
kenapa engkau basah??
macam mana tak basah..
hujan timpa aku...

hujan oh hujan ..
kenapa timpa kayu??
macam mana tak timpa..
katak panggil aku..

katak oh katak..
kenapa panggil hujan??
macam mana tak panggil..
ular nak makan aku..

ular oh ular..
kenapa nak makan katak??
macam mana aku tak makan..
itu makanan aku!

**************************************************************************

lagu yang banyak buat aku berfikir tentang senario keruntuhan akhlak di Malaysia...bayi bersepah-sepah... sekolah budak mengandung...cinta sejenis...gila hiburan...anak buang mak pak...etc


siapakah ular sebenarnya??? dan kenapa nak makan katak???jaringan interaksi ini siapa sebenarnya?? adakah yang bergaduh di parlimen itu?? atau adakah para pendidik?? atau adakah para penjual tempe?? atau...atau...atau...AKU sendiri??

Friday, October 22, 2010

Anak angkat??

Lately...seriously thinking about this...adopted child!

Eager to have a toddler besides me...laughing all times... makes my day full of cheers and joys..

But am i good enough to take the responsibility??

Abangcik seems to refuse this opinion..but refuse of nothing..

Me?? .... erm...still thinking...

Friday, October 8, 2010

Ya Allah...

Ya Allah…
Hatiku begitu cemburu dengan kawan-kawanku yang sudah berkahwin…sudah punya zuriat sendiri..
Hatiku begitu cemburu dengan saudaraku…sentiasa mendahului aku dalam banyak perkara..
Hatiku begitu cemburu dengan kejayaan sahabat-sahabatku…
Adakah aku seorang hamba yang hanya tahu merintih?
Adakah aku seorang hamba yang sangat tidak tahu bersyukur kepadaMu??
Ya Allah, tenangkanlah hati ku ini melihat kebahagiaan mereka
Tenangkanlah hatiku ini melihat kejayaan mereka
Tenangkanlah hatiku ini melihat zuriat mereka..
Bahagiakanlah diriku ini dengan kebahagiaan mereka
Bahagiakanlah diriku ini dengan kejayaan mereka
Bahagiakanlah diriku ini dengan zuriat mereka

Ya Allah,
Hatiku begitu ingin
Mengecap keniktmatan seperti mereka
Sangkaku sungguh suatu kenikmatan
Engkau jua yang mengetahui di sebalik semuanya
Besarkan iman di dadaku menghadapi dugaan ini

Ya Allah,
Aku sangat ingin punyai masjidku sendiri
Aku sangat inginkan imam dalam setiap solatku
Aku sangat ingin membelai si manjaku
Aku sangat menanti kan peluang mengecapi syurga melalu imamku
Aku sangat ingin mententeramkan jiwa raga ayahanda dan ibundaku tercinta


Namun Ya Allah,
Adakah aku sempat mengejar semua ini?
Adakah harapan ini hanya sekadar harapan dan angan indah
Yang sentiasa menemani pasang surut kehidupanku
Adakah harapan ini sekadar ilusiku
Adakah harapan ini didahului dengan kain putihku
Adakah harapan ini didahului air mata kasih ayahanda dan ibunda tercinta
Adakah harapan ini akan turut terkubur bersama jasadku dahulu
Adakah harapan ini tidak kesampaian di alam ini?
Adakah harapan dan impian ini akan tertunai di sana kelak?

Ya Allah,
Aku pasrah segalanya padaMu
Hidup aku hanya untukMu
Bantu lah aku hamba yang sangat hina ini meraih cinta AgungMu
Bantulah aku hamba yang hina ini meraih mardhatillah Mu dalam setiap denyut nadiku
Bantulah aku hamba yang hina ini dalam menggembirakan hati ayahanda dan ibundaku tercinta
Selama mana hayatku dikandung badan
Selama mana jasadku dapat dibaktikan
Selama mana aku diperlukan insan sekeliling
Selama mana aku menjadi penghuni dunia

Ya Allah,
Hidup matiku hanya keranaMU
Bantulah diriku yang teramat lemah ini berbakti kepada agamaMu
Aku sangat berhutang dengan Islam
Aku sangat berhutang denganMu pemilik Islam dan seluruh jiwa ragaku
Aku sangat berhutang dengan pemilik segala alam maya
Bantulah aku ya Allah
Dalam menjadi penghutang yang mengenang budi dan jasa
Bantulah aku ya Allah dalam menjadi pembayar hutang yang sentiasa sedar
Bantulah aku ya Allah dalam menjadi insan yang sentiasa memberikan terbaik
Bantulah aku ya Allah dalam melaksanakan amanah ini
Hutangku padaMu lebih tinggi nilai dari nilai nyawaku
Hutangku pada Islam lebih tinggi dari nilai nyawaku
Hutangku pada ayahanda dan ibundaku lebih tinggi dari nilai nyawaku

Ya Allah,
Andai kehidupan itu menjemputku dahulu
Engkau tenangkanlah jiwa dan nurani ayahanda dan ibunda aku
Engkau jadikan mereka hamba yang bersyukur
Engkau jadikanlah mereka hamba yang redha
Engkau jadikan mereka insan yang hebat
Engkau jadikanlah mereka hamba yang sentiasa mendekatkan diri kepadaMu
Kerana setelah kehidupan itu menjemputku
Tiada lagi daya untukku mendoakan mereka yang sangat kukasih
Tiada lagi daya untukku mendoakan mereka yang sangat kusayang
Tiada daya lagi untukku mendoakan kesejahteraan dan keampunan bagi mereka

Ya Allah…
Kudamba kasihMu yang abadi
Kuletakkan kepala di atas tanah
Asal kejadianku
Engkau dengarkanlah rintihan hatiku
Tika insan lain sedang lena diulit mimpi tika ini
Aku masih meraba di dalam kegelapan duniaku
Mencari sebutir mutiara iman
Yang seringkali malar dan pudar
Dalam dunia ciptaanku yang penuh noda
Yang kugapai dan cuba kugilap
Tika Engkau memancarkan Nur Hidayah
Jadikanlah aku lebih baik dari semalam
Jadikanlah aku insan yang terpilih
Menjadi sebahagian dari kekasihMu
Dalam taman-taman syurga kelak..

Friday, October 1, 2010

terkilan!

Ditelan mati emak…diluah mati bapa…..
Bagai menarik rambut di dalam tepung…
Dugaan silih berganti…berterus terang jalan terbaik…
Namun, aku jua yang dipalit kesalahan itu!
Biarlah….
Demi mencari keredhaan Allah jua…
Biarlah …kerana aku hanya seorang gadis…
Yang hanya punya separuh agama…juga separuh akal…
Tidak daya untuk memahamkan jiwa itu…
Biarlah…
Qasad di hati menjadi rahsia antara aku dan Ilahi…

***************************************************************************

“man ‘arafa nafsahu…’arafa rabbahu! “

Saturday, July 17, 2010

yet I do have a heart...

senyumku tak seghairah
gerak gaya tidak selincah
mataku tak seayu
kicau burung pun tak semerdu.

namunku punya hati
juga gayaku perasaan
hidupku yang begini
kadar waktu diizin Tuhan

tidak kuminta lahir ke dunia
tidak kuduga cacat begini
bukan kuminta kasih dan manja
bukan kurayu bantu simpati

maafkan wahai teman
kumenumpang di sudut dunia
mencari ketenangan
sampai masa kupergi jua

tidak kuminta lahir ke dunia
tidak kuduga cacat begini
bukan kuminta kasih dan manja
bukan kurayu bantu simpati

maafkan wahai teman
kumenumpang di sudut dunia
mencari ketenangan
sampai masa kupergi jua

my smile is not enhancing
my manner in moving are not agile
my eyes are not that pretty
even the chirping bird is not melodious

yet I do have a heart
along with conscience and emotions
though my life is like this
given time is a gift by Allah

did not ask to be brought into this world
did not reckon to be deformed like this
not asking for affection and pampering
not pleading for aid or sympathy

forgive me my friends
for residing at the corner of the world
looking for tranquility
when the time comes i'll take my leave

Pentas lakonan...

"nti tak kesian kat mak abah ka?"

"bukan ana tak kesian.. kadang2 ana tak terasa langsung nak kahwin...ana faham kahwin tu sunnah Nabi...sebahagian dari tuntutan ... tapi tak tau lah kenapa jiwa ni susah sangat nak terima lelaki.. tak terasa nak kahwin kadang-kadang tu... rasa kusut bila fikir lelaki.."

Ya Allah...andainya telah tiba masanya yang telah Kau tetapkan sejak di Loh Mahfuz, jika ia baik untuk agamaku, duniaku dan akhiratku, maka Kau bukakanlah hijab hatiku untuk menerima kehadiran orang baru...permudahkanlah jodohku...ameen..

Aku cukup yakin doaku selama ini dimakbulkan Allah...doa moga dihijab hati dari mana-mana lelaki ajnabi selagi belum sampai masa yang telah tercatat sejak azali...

**sedutan perjalanan pentas lakonan**

Thursday, July 15, 2010

Dalam tekanan aku menulis...





Dalam tekanan aku menulis...dalam kebingungan aku menulis...dalam kebuntuan aku menulis...dalam kerinduan aku menulis...dalam kekalutan aku menulis...dalam kesenangan aku biarkan bersarang!

Bingkisan ringkas akan kucambah dan kurendangkan di kesibukan lain ... aku tak ingin ingin Alam Animalia / Filum Arthropoda / Kelas Arachnida / Order Araneae spesis 'black widow' membiak di tapak kubina..

********************************************************************************

Aku nak jadi oksigen yang normal di udara…aku tak rela menjadi karbon monoksida..karbon monoksida…walau banyak proses menghasilkannya…dan memang sangat senang pekat kandungannya di atmosfera, aku tetap jua ingin menjadi oksigen biasa.

Orang yang menjaga amanah memang akan memilih oksigen biasa sebagai “a part which also as a must in sustaining life”… orang yang waras begitu asalnya… hanya orang yang tidak waras dan tidak sedar amanah berat yang dipikul akan sanggup memilih karbon monoksida sebagai bekal pernafasan…rasanya terpaksa kot…natijah diri sendiri…

Ya …dewasa ini tidak dinafikan memang terlalu banyak karbon monoksida dihasilkan dan dibebaskan sebebas-bebasnya di udara…walau karbon monoksida ‘tersangat’ affin kepada hemoglobin...200x berbanding oksige…aku tetap memilih oksigen biarpun aku memang perlu bersaing dengan karbon monoksida bagi meraih cinta hemoglobin…mujahadahku mesti teramat tinggi…

Namun, awas! Aku hanya ingin jadi oksigen biasa yang bertekanan udara normal…yang mana kandungan oksigennya malar pada 21% di udara…aku tak ingin sama sekali menjadi oksigen yang sangat extreme meraih cinta hemoglobin seperti di kedalaman dasar laut…kerana cinta itu adalah membunuh!! Aku tak nak menjadi toksik kepada perumahku… niatku satu, aku ingin membantu perumahku melaksanakan, dan menjaga amanahnya sebaik mungkin…

AKU ADALAH OKSIGEN BIASA YANG MALAR 21% PADA TEKANAN ATMOSFERA! AKU SENTIASA DAN SELAMANYA YAKIN BAHAWA WASATIAH ADALAH YANG PALING BAIK..

......this analogy is all about the air pressure..you'll only understand if you understand the concept of air pressure...but, for the analogy, readers can think in varies...

Sunday, May 16, 2010

Mencari damai yang hilang =)

Sedang meneruskan pembacaan...

Surat-surat Maryam Jamilah dan Al Maududi....

Surat antara seorang Mad'u dan Da'ie yang ikhlas...

Mencari kekuatan dari isi-isi surat...

Dari sebuah perjalanan kisah benar...

Yang tercatat dalam lembaran sejarah gerakan Islam...

Yang mampu mengisi kekosongan hatiku kini.

************************************************************************

SELAMAT HARI GURU KEPADA IBUNDA TERCINTA HJH KHOBESAH BINTI ISMAIL..BUAT SAHABAT-SAHABAT GURU...BUAT PARA MUALLIM DAN MUALLIMAH DI MAAHADIL MAHMUD..DAN DI MANA JUA BERADA

Saturday, May 15, 2010

What is happening??? owh...pening!

Berkira-kira tak jadi balik kampung...

Apakata...pi main bowling dengan team NISA'?? orait jugak tu.

Tak pun, pi jumpa semua babies yang aku kenal..main dengan babies..fuh!! best!! ke teluk intan pun ok jugak...jumpa MAMA Su...2 jam dari ipoh... orait jugak! Kali ni aku nak bawa teman...siapa lagi kalo bukan ckin !! bersiap la jadi mangsa tak betulku kali ni wahai sahabat!!

hahahahaha.........

7 things to stop doing now on facebook

Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

***************************************************************************

Leaving Your Full Birth Date in Your Profile

It's an ideal target for identity thieves, who could use it to obtain more information about you and potentially gain access to your bank or credit card account. If you've already entered a birth date, go to your profile page and click on the Info tab, then on Edit Information. Under the Basic Information section, choose to show only the month and day or no birthday at all.

***************************************************************************

Overlooking Useful Privacy Controls

For almost everything in your Facebook profile, you can limit access to only your friends, friends of friends, or yourself. Restrict access to photos, birth date, religious views, and family information, among other things. You can give only certain people or groups access to items such as photos, or block particular people from seeing them. Consider leaving out contact info, such as phone number and address, since you probably don't want anyone to have access to that information anyway.

****************************************************************************

Posting Your Child's Name in a Caption

Don't use a child's name in photo tags or captions. If someone else does, delete it by clicking on Remove Tag. If your child isn't on Facebook and someone includes his or her name in a caption, ask that person to remove the name.

****************************************************************************

Mentioning That You'll Be Away From Home

That's like putting a "no one's home" sign on your door. Wait until you get home to tell everyone how awesome your vacation was and be vague about the date of any trip.

****************************************************************************

Letting Search Engines Find You

To help prevent strangers from accessing your page, go to the Search section of Facebook's privacy controls and select Only Friends for Facebook search results. Be sure the box for public search results isn't checked.

****************************************************************************

Permitting Youngsters to Use Facebook Unsupervised

Facebook limits its members to ages 13 and over, but children younger than that do use it. If you have a young child or teenager on Facebook, the best way to provide oversight is to become one of their online friends. Use your e-mail address as the contact for their account so that you receive their notifications and monitor their activities. "What they think is nothing can actually be pretty serious," says Charles Pavelites, a supervisory special agent at the Internet Crime Complaint Center. For example, a child who posts the comment "Mom will be home soon, I need to do the dishes" every day at the same time is revealing too much about the parents' regular comings and goings.


- copied from yahoo! -

Thursday, May 13, 2010

Kenapa??

Kenapa aku tidak lagi seceria dahulu???

Kenapa fikiran aku sering kusut akhir-akhir ini?

Kenapa aku tidak berasa puas dengan hidupku??

Kenapa aku perlu sentiasa mencari sesuatu yang baru...yang lain...untuk kembali mengecas diri aku yang semakin suram dan layu??

Kenapa aku berasa seolah tidak lagi mampu menggapai impian dan angan-angan yang telah lama aku semat dalam sanubariku...yang menjadi motivasi dalamanku tika aku bertatih mengenali kemampuan diri???

Kenapa??????!!!!!!!!

Kenapa aku tak jumpa kehendak aku???

Monday, May 10, 2010

Hanya kerana ALLAH!

Sesungguhnya...aku telah lama berbai'ah dengan Allah Taala..Setiap hari..bukan sekali bahkan berkali-kali..paling kurang 5 kali! "sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya kerana Allah ..Khalik sekalian alam!!"

**************************************************************************

Ya Allah...kuatkanlah imanku, tetapkanlah diriku dalam saf perjuangan agamaMu, ikhlaskan setiap gerak langkahku...Ya Allah..Engkau berkuasa membolak balikkan hati..tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu, dalam mentaati setiap perintah dan laranganMu, dan di atas jalan jihadMu!!

**************************************************************************

Ya Allah...jadikanlah aku redha di atas setiap ketentuanMu...walau ia tidak seiring dengan kehendakku...Sesungguhnya, Engkaulah pemilik jiwa ragaku...Engkaulah yang paling berhak ke atas aku, Engkaulah yang paling atas aku taati...Ya Allah, jadikanlah pasangan hidupku kelak seorang hambaMu yang bertaqwa, yang menjadi tulang belakang perjuangan agamaMu, yang menjadi lorong mudah bagiku meraih cintaMu, mengecapi nikmat syurgaMu...yang mengajar aku erti tawakkal kepadaMu ... Ya Allah , aku menginginkan keturunan soleh solehah yang bakal meneruskan perjuangan kekasih hatiku Muhammad SAW yang mulia, jadikan aku pembimbing yang melahirkan jundi2 dakwah yang ikhlas semata-mata keranaMu..andai kupunya zuriat tika ini, ingin sekali aku hantar berjihad ke bumi barakah Palestin ...

**************************************************************************

Ya Allah, aku lemah...sering melupakanMu...jadikanlah pemilik tulang rusuk ini sebagai wasilah lebih mendekatkan diri kepadaMu...

"Besarlah kemurkaan Allah jika kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat"- surah assof-

Ya Allah..Engkaulah yang paling memahami diriku yang aku sendiri kurang kenali..peliharalah diriku dan sahabat-sahabatku dari tergolong dalam golongan yang tidak memperkotakan kata..banyak sekali aku memberi peringatan kepada adik-adik maahad suatu ketika dahulu..peliharalah aku untuk mengotakan setiap patah kataku...peliharalah diriku dan sahabat-sahabatku dari tergolong dalam golongan yang futur..na'uzubillah min zaalik..

Sunday, April 18, 2010

Dai'e kah aku?!




Perjalanan dakwah yang kita lalui ini bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi dengan hamparan permaidani merah dan kesenangan. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh rintangan, mehnah dan tribulasi. Telah banyak sejarah orang-orang terdahulu yang merasa pahit getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang diseksa, ada yang harus berpisah dengan sanak-saudara, ada pula yang diusir dari kampung halamannya dan berderetan lagi kisah perjuangan manusia lain yang telah mengukir bakti dari pengorbanannya dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap jalan dakwah yang suci ini.

Cuba kita renungkan kisah peperangan Dzatur Riqa’ yang dialami oleh sahabat Abu Musa Al Asy’ari dan para sahabat lainnya. Mereka telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka robek dan kuku tercungkil. Namun mereka tetap mengharungi perjalanan itu tanpa mengeluh sedikitpun. Bahkan, mereka malu untuk menceritakannya kerana keikhlasan mereka dalam perjuangan. Keikhlasan membuatkan mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi tinta emas sejarah umat dakwah ini. Buat selamanya…

Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi suri teladan bagi kita sekalian. Kerana sumbangan yang telah mereka berikan, dakwah ini tumbuh bersemi dan kita pun dapat menikmati hasilnya dengan gemilang. Kawasan Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan umat Islam telah mengembangkan populasi dalam jumlah besar. Semua itu kurnia yang Allah swt. berikan melalui kesungguhan dan kesetiaan para as-Sabiqun al-Awwalun dalam medan dakwah ini. Semoga Allah meredhai mereka. Renungkanlah pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surat At-Taubah: 42.

لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُون) التوبة : 42)

"Kalaulah apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu adalah jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."

Mereka juga telah melihat pengajaran daripada orang yang dapat bertahan dalam mengharungi perjalanan yang berat itu, hanya kesetiaanlah yang dapat mengukuhkan perjalanan dakwah ini. Kesetiaan yang menjadikan pemiliknya sabar dalam menghadapi cubaan dan pancaroba perjuangan. Ia menjadikan mereka optimis dalam menghadapi kesulitan dan siap berkorban untuk meraih kejayaan. Kesetiaanlah yang menghantarkan jiwa-jiwa patriotik ini untuk berada pada barisan paling depan dalam perjuangan. Kesetiaan jualah yang membuat pelakunya berbahagia dan sangat menikmati beban hidupnya serta setia dalam kesempitan dan kesukaran mahupun kelapangan dan kemudahan.

Sebaliknya orang-orang yang manja jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Mereka selalu mengeluh atas beratnya perjalanan yang mereka tempuh. Mereka pun menolak untuk menunaikan dakwah dengan pelbagai macam alasan agar mereka diizinkan untuk tidak berjuang. Mereka pun berat hati berada dalam perjuangan ini dan akhirnya berguguran satu persatu sebelum mereka sampai pada tujuan perjuangan. Penyakit wahan telah menyerang jiwa-jiwa mereka yang rapuh sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa kepahitan adalah sebahagian risiko dan sunnah dakwah ini. Malah kesanggupan dalam dakwah mereka tergugat lantaran anggapan mereka bahawa perjuangan dakwah tidak harus mengalami kesulitan.

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ* وَلَوْ أَرَادُواْ الْخُرُوجَ لأَعَدُّواْ لَهُ عُدَّةً وَلَـكِن كَرِهَ اللّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُواْ مَعَ الْقَاعِدِينَ ) التوبة : 45-46)

“Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”. (At-Taubah ; 45-46)

Kesetiaan yang ada pada mereka merupakan kayu ukur ampuh untuk menilai daya ketahanannya dalam misi dakwah. Sikap ini membuatkan mereka sentiasa bersiap-siaga untuk menjalankan tugas yang terpikul di pundaknya. Mereka pun dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Bila ditugaskan sebagai perajurit paling hadapan dengan segala akibat yang akan dihadapinya, ia sentiasa berada pada posisinya tanpa ingin meninggalkannya sekejap pun. Atau apabila mereka ditempatkan pada bahagian belakang, ia akan berada pada tempatnya tanpa berpindah-pindah dan terliur dengan apa yang diperolehi oleh barisan depan sebagaimana yang disebutkan Rasulullah saw. dalam beberapa riwayat tentang pejuang yang baik.

Marilah kita menyelusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Beliaulah yang disebutkan Hasan Al Banna sebagai orang yang sebaik sahaja pulang dari bekerja, beliau sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah dan kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari detik ke detik secara ‘maraton’. Beliau selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah. Akan tetapi, sesudah menunaikan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya, beliau merupakan orang yang pertama sekali datang ke tempat kerjanya. Malah, beliaulah yang membukakan pintu gerbang pejabatnya.

Pernah beliau mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat kondisi tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya itu tertidur sampai bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al-Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk ke kota lainnya. Kerana keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan duit untuk beliau menaiki taksi. Abdul Fattah mengembalikannya sambil mengatakan, “Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.” Zainab pun menjawab, “Aku sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi aku tetap dapat memikul dakwah ini dan aku pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Karana itu, pakailah duit ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.” Beliau pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah swt. berupa kenikmatan-kenikmatan itu. Namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.”

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya pada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Allah swt. telah banyak memberikan janji-Nya pada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan dakwah berupa berbagai anugerah-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran.

يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ] الأنفال : 29]

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” (al-Anfal ; 29)

Dengan janji Allah swt. tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengharungi jalan dakwah ini. Dan mereka pun tahu bahawa perjuangan yang berat itu sebagai kunci untuk mendapatkannya. Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt. kepadanya. Kesetiaan yang bersemayam dalam diri mereka itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janji-Nya. Dan, mereka pun tidak akan pernah mau merubah janji kepada-Nya.

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً] الأحزاب : 23]

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar, menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Al-Ahzab ; 23)

Pernah seorang pejuang Palestin yang telah lama meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk membuat mencari dukungan dunia dan dana ditemubual; “Apakah yang membuat anda dapat meninggalkan keluarga dan kampung halaman sebegini lama?” Jawabnya, “Kerana perjuangan. Dan, dengan perjuangan itu kemuliaan hidup mereka lebih bererti untuk masa depan bangsa dan tanah airnya. Kalau bukan karena dakwah dan perjuangan, kami pun mungkin tidak akan dapat bertahan,” ungkapnya lirih.

Aktivis dakwah sangat menyakini bahawa kesabaran yang ada pada dirinyalah yang membuat mereka kuat menghadapi pelbagai rintangan dakwah. Jika dibandingkan apa yang kita sumbangkan serta apa yang kita harungi dalam jerit perih perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, belumlah seberapa. Pengorbanan kita di hari ini hanyalah secebis pengorbanan waktu untuk dakwah, secubit pengorbanan tenaga dalam amal khairiyah untuk kepentingan dakwah dan sekelumit pengorbanan harta dari keseluruhan harta kita yang banyak. Cubalah bandingkan dengan pengorbanan orang-orang terdahulu, ada yang disisir dengan sisir besi, ada yang digergaji, ada yang diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga robeklah orang itu. Ada pula yang dibakar dengan tungku yang berisi minyak panas. Mereka dapat mengharungi kegetiran ini kerana kesabaran yang ada pada dirinya.

Kesabaran adalah kubu pertahanan orang-orang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekal kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan kesetiaan mereka pada Allah swt.Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan kisah-kisah rang yang menakjubkan yang telah menyuburkan dakwah ini. Muncullah pertanyaan besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini, “Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini atau kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini?”

Ingat, dakwah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang yang manja. Ketabahan, keseriusan dan kesungguhan aktivis dakwah merupakan kenderaan yang akan menghantarkannya kepada kejayaan dan kegemilangan. Semoga Allah menghimpunkan kita dalam kebaikan. Wallahu’alam.

Adaptasi dari tulisan : Drs. DH Al Yusni
Baitul_Irfan yahoogroups :)

-kredit untuk adikku...faizatunnur-

Monday, March 29, 2010

hormatilah!

I AM STRICTLY DIDN'T BELIEVE A MAN WHO INTRODUCES HIMSELF DIRECTLY TO ME OR ASK MYSELF DIRECTLY TO ME..NEVER!!

Islam dah ajar, nak kenal seseorang itu, lihatlah dengan siapa dia berkawan... dalam bab mencari jodoh, biarlah ikut syariat. tak payahlah mesej2 ...rindu lah.. sayang lah.. apa barang itu semua!

Perempuan sama kawan perempuan pun, selagi belum duduk serumah, tinggal bersama, belum betul2 kenal peribadi kawannya. ni, apatah lagi lelaki. Risiklah seorang muslimah dengan menggunakan orang tengah yang thiqoh, dipercayai.

Kalau dah betul2 yakin, hubungilah ibubapanya, minta izin untuk berkawan@ masuk meminang jika dipersetujui.

Mana ada orang yang mengaku dirinya tak baik?? mana ada orang nak mengaku kelemahan sendiri depan ajnabi?? please!! don't be a liar!!!

Hormati pandangan dan prinsip setiap dari kita, kerana semua orang ada prinsip masing-masing.

Jika 'dia' menjadi punca 'anda' tidak khusyuk solat, dan semakin lagha..Jelas terbukti, jika 'dia' menjadi puncanya, maka 'dia' bukanlah yang terbaik untuk 'anda'.

Friday, March 26, 2010

Kes 2

Tahun 2010 ...tahun sangat mencabar bagi saya ...cikgu di tarcisian convent..hari ini saya terpaksa jalankan ziarah rasmi ke rumah Atikah Nadiah...kes ponteng 20 hari..Allah...nak tercabut jantung dengar pengakuan maknya... mak guru, kesian maknya...malu yang amat..nampak di raut wajahnya, tapi demi anak, sanggup apa sahaja...Atikah Nadiah.. dah pandai bergayut telefon, pakai seluar sangat pendek, jalan keluar ke pekan ipoh malam hari, tengking mak sendiri...penangan berkawan dengan kawan2 kurang bagus akhlak...berdebar jantung dengar kelaku pelajar saya ni, sungguh tak sangka ...actually, she is a 'silent type' pupil at school. tahun sudah , saya mengajar sains kelas dia..walaupun kelas belakng, tapi pelajar ini boleh dikatakna OK jugak sebab jarang sangat tersenarai dalam geng2 gagal sokmo... nah, tahun ni jadi guru kelas untuk kelas paling akhir...Betullah cakap mak saya, tingkatan 2 ni adalah fasa remaja memilih lorong hidup..pemilihan kawan sangat penting...

Mujurlah Kak Yati, Guru Kaunseling sekolah beserta saya ke rumah Atikah.. risau jugak kalau saya buat sesuatu 'under control' pada pelajar tersebut...ye lah, sebab dengan mak sendiri dah boleh buat tak ketahuan.

Tuesday, March 9, 2010

Engagement day @ wedding day

Kalau buka je friendster...ada saja gambar2 kahwin...gambar-gambar tunang...bila ada dua acara ni, ada bersama sekali lah hantarannya...

Tiba-tiba malam ni,terfikir..."kenapa asyik-asyik buah epal, asyik-asyik buah oren..asyik-asyik buah anggur! Malaysia ni dah habis buah ke?? bagi la buah durian!"

Erm, buah durian?! ok apa...fuhh,simbolik tu...!! Durinya saja dari jauh dah bagi amaran "hang jangan cuba kacau daun! aku dah cupp"

Hah, aini, arni, saadah, ckin, aimi, apa lagi? Ingat,buah durian tau!

Sunday, March 7, 2010

Ya Allah...

"Ya Allah..ampunilah dosa-dosa kami..ampunilah dosa-dosa ibu bapa kami..kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka mengasihani kami tika kami kecil..ampunilah dosa-dosa para muallim kami...ampunilah dosa-dosa para sahabat-sahabat kami..ampunilah dosa-dosa saudara seIslam kami...peliharalah batang tubuh dan tindak tanduk kami dari menjadi fitnah kepada ilmu kurniaanMu, peliharalah jiwa-jiwa kami dari menjadi fitnah kepada para muallim kami..peliharalah kami dari terikut-ikut dengan pujuk rayu syaitan..peliharalah kami dari termasuk dalam golongan yang mengikut membuta tuli..peliaharalah kami dari membarisi lorong-lorong mungkar..kuatkanlah iman kami..tetapkanlah hati-hati kami di atas jalan agamaMu..tetapkanlah hati-hati kami dalam mentaatiMu.. tetapkanlah hati-hati kami di atas jalan jihadMu....ameen ya rabbal 'aalameen"

Rasulullahku...

Mari Mengenal Baginda Rasulullah SAW. Apakah kita benar-benar mengenal Nabi Muhammad SAW, iaitu mengenal secara lahir dan batin, jasmani, maknawi dan rohaninya? Atau kita hanya mengenal secara lahirnya saja, tidak lebih dari itu? Atau mengenal secara rambang saja?

Sebenarnya kalau manusia mengenal peribadi Nabi Muhammad SAW secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya, pasti manusia jatuh hati kepadanya. Kita akan cinta, menyebut selalu namanya, melalui selawat dan ingatan terhadapnya. Kita akan terasa terhutang budi kepadanya, kerana kedatangannya dan jasanya kepada dunia.

Baginda Rasulullah Nabi Muhammad SAW seorang manusia yang istimewa, luar biasa yang tiada taranya. Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala. Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar kita mengenal Nabi kita sendiri, siapa dia yang sebenarnya?

Dia adalah Sayidina Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah. Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim. Nasabnya sampai kepada Nabi Ibrahim. Dia adalah anak yatim piatu. Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain. Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara oleh keluarga yang miskin.

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan. Iaitu yang diberi nama Nur Muhammad. Dari Nur Muhammad itulah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan. Syurga, Neraka, dunia, Akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Syirat, manusia, jin, haiwan, jamadat dan lain-lainnya, kalau bukan karena Nabi Muhammad SAW, tidak akan diwujudkan.

Kalau begitu, rupanya Nabi kita membawa rahmat lahir dan batin kepada semua makhluk Tuhan. Dia adalah makhluk yang awal wujud nisbah roh, yang akhir nisbah jasad dikalangan para nabi. Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisrakkan dan dimikrajkan. Mukanya laksana bulan purnama karena cahayanya yang terang.

Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan. Kerana itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah, ketua seluruh para rasul dan para anbiya, penghulu seluruh orang yang bertaqwa, imam seluruh manusia. Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat. Orang yang memberi syafaatul kubra di Akhirat dan orang yang pertama masuk Syurga.

Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap. Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung. Tiada siapa yang dapat menirunya. Dia memiliki ilmu dunia dan Akhirat, sekalipun dia tidak menulis dan membaca. Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia yang tiada taranya. Bahkan lebih mulia daripada para malaikat. Terutama kasih sayangnya kepada manusia begitu nyata sekali. Tawadhuknya atau merendah diri, pakaian peribadinya. Kerana itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan fakir miskin, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah. Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya. Bahkan macam orang mabuk tidak akan melupakannya. Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda. Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat lajunya. Orang yang bergaul dengannya macam-macam dapat dirasa.

Adakalanya laksana ibu dan ayah, adakalanya macam kawan yang membela dan setia, adakalanya dirasakan guru, adakalanya bagaikan pemimpin, dan adakalanya juga bagaikan ketua tentara. Setiap orang yang semajlis dengannya merasakan dapat layanannya yang memuaskan darinya. Kerana akhlaknya yang tinggi, dia dapat pujian daripada Tuhannya. Keberaniannya luar biasa. Dia sanggup berjalan di hadapan musuh- musuhnya seorang diri, tidak sedikit pun takut dengan raja-raja. Setiap orang yang meminta, tidak pernah dikecewakan, sekalipun terpaksa berhutang dengan manusia.

Ibadahnya banyak sekali, terutama solat hingga bengkak-bengkak kakinya kerana begitu lama berdiri di hadapan Tuhannya. Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan. Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada sesiapa saja. Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan, satu perbuatan yang luar biasa. Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain. Sangat pemalu dan merendah diri. Sangat menerima keuzuran orang. Sangat tahan menerima ujian yang berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam bentuknya. Karena itulah dia dapat menjadi ketua Ulul Azmi dari keseluruhan para rasul `alaihimusshalatu wasallam. Dia suka kepada seseorang kerana Allah dan murka juga kerana Allah.

Hatinya begitu jaga, matanya saja yang tidur tapi hatinya tidak tidur. Kerana itulah dia tidur tidak membatalkan wudhuknya. Di dalam hidupnya 74 kali berlaku peperangan 27 kali dia ikut sama atau ikut serta, tapi pelik, dia tidak pernah membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang. Anak- anak didikannya, itulah dia para Sahabat hingga dia berkata: "Sahabat-Sahabatku laksana bintang-bintang di langit, yang mana satu yang kamu ikut, kamu akan mendapat petunjuk. Para ulama umatku, laksana para-para nabi Bani Israil". Julukan ini tidak didapati oleh umat-umat nabi sebelumnya.

Kerana menegakkan kebenaran, pernah dilemparkan dengan najis, dilempar dengan batu hingga berdarah, dibuang daerah selama tiga tahun, dikepung hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah air dan mendapat berbagai-bagai kesusahan dan penderitaan.

Kemuliaannya di sisi Allah Taala begitu ketara dan nyata, iaitu namanya digandingkan dengan nama Tuhannya, yaitu di dalam dua kalimah syahadah. Bahkan tidak sah Islam seseorang kalau tidak diucapkan namanya bersama dengan nama Tuhannya. Doa yang hendak dikabulkan, di awal dan akhirnya hendaklah menyebut namanya. Doanya sangat makbul, bahkan siapa yang berdoa, bertawasul dengannya lebih diterima doanya. Siapa yang banyak berselawat dengannya, diberi syafaat di Akhirat. Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat.

Mukjizat-mukjizatnya yang begitu banyak menunjukkan kebenarannya. Tertulis di belikatnya khatamun nubuwwah. Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi. Orang tidak dapat menentang matanya karena kehebatannya yang amat nyata di wajahnya. Terutama musuh-musuhnya, pasti menundukkan pandangannya bila bertatap pandang dengannya. Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka oleh Allah Taala kepadanya, sehingga sebagian perkara-perkara yang belum terjadi, seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakannya.

Begitu kuat tawakalnya kepada Allah Taala hingga makanan yang berlebih tidak disimpan di malamnya, bahkan diberikan kepada yang berhak. Apabila dia buang air, tidak ada kesannya selepas membuangnya. Lalat tidak pernah hinggap pada badannya. Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya. Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan. Tidak pernah mencerca makanan. Kalau dia tidak suka, dia tidak makan makanan itu. Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya. Begitu menjaga hak-hak jirannya sekalipun orang kafir. Lebih mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri. Tidak pernah melaknat, sekalipun terhadap binatang.

Apa yang diperkatakannya, ibarat mutiara. Kerana itulah sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya. Didikan dan pimpinannya sangat berjaya. Di antara kesan didikan dan pimpinannya yang telah berlaku yang telah dicatat dalam sejarah, dapat melahirkan manusia yang sangat mencintai dan menakuti Allah Taala. Bahkan Tuhan dijadikan idola mereka. Dapat menyatupadukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya. Bahkan dapat menanamkan kasih sayang satu sama lain di kalangan manusia. Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya. Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya. Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa. Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati di bawah naungan pimpinannya, sekalipun yang bukan Islam. Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk, sekalipun binatang.

Itulah dia Muhammad Rasulullah SAW. Itulah dia nabi kita, manusia luar biasa, yang istimewa, yang kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tidak ada tandingannya. Baru sedikit saja kita ceritakan tentangnya, sudah mengagumkan kita. Apakah peribadi yang semacam ini kita tidak jatuh hati kepadanya? Apakah manusia seumpama ini kita bisa melupakan begitu saja? Apakah kita tidak terasa, dia adalah manusia yang begitu berjasa kepada seluruh manusia? Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya? Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa. Bolehkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di dunia? Jauh panggang dari api, macam langit dengan bumi.

Lantaran itulah, orang yang benar-benar mengenal Nabinya bersama Tuhannya, sanggup mati kerananya. Patut sangatlah dia menjadi idola dan ikutan kita, agar kita menjadi satu bangsa yang bertuhan, merdeka, bersatu, berakhlak mulia, bertamadun, berkasih sayang, bertolong bantu, berharmoni, bermaruah, bersih dari noda dan dosa. Allah dan Akhirat menjadi matlamat hidup kita.



-cahayamukmin.blogspot.com-

Tuesday, March 2, 2010

Tuesday, February 23, 2010

Tanda tanya...apa maknanya?






Apa maknanya kalau tiba2 lebah sebegini banyak hinggap di pokok rumah bilamana ada kunjungan tetamu? Peristiwa yang berlaku tahun 2009 yang sangat memeranjatkan saya! never seen before

Monday, February 22, 2010

Rasulullah...mulianya cintamu pada umatmu!

WAJIBKAH KITA MENCINTAI RASULULLAH??

PETIKAN DARI AL-FURQAN….

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang fasik (derhaka).”

(Surah al-Taubah, ayat 24)

PETIKAN HADITH ….

Daripada Anas bin Malik R.A daripada Nabi SAW, sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya mengatasi selain keduanya. Kedua, hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintai kerana Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.”

(H.R Bukhari-Muslim

~thola'al badru 'alaina...~

~allahumma solli 'ala sayyidina muhammadin 'abdika warasulikan nabiyyil ummiyyi wa 'ala aalihi wasallim~

Terima kasih Ya Rasulullah...




Terima kasih tak terhingga kekasihku.. kau meninggikan martabat kaumku..
Kau memuliakan kaumku di tengah keluarga
Kau memuliakan kaumku di tengah masyarakat
Kau menyelamatkan maruah kaumku
Kau menghormati pandangan kaumku
Kau berlemah lembut dengan kaumku


Rasulullah Salallahualaihiwasalam telah menegaskan peri perlu:

- Dihentikan pembunuhan bayi atau kanak-kanak perempuan yang merupakan amalan kaum Quraisy yang percaya wanita pembawa sial.
- Memberikan layanan setimpal dari segi pendidikan dan kemajuan kepada anak lelaki dan perempuan;
- Menetapkan pembelaan lelaki ke atas wanita;
- Membolehkan wanita berbaiah (memberikan ikrar setia) sebagai warga Negara;
- Membolehkan wanita terlibat dalam peperangan, urusan rawatan atau hospital sehinggalah pentadbiran
- Menganjurkan setiap Muslim yang akan melangkah ke alam perkahwinan supaya berhati-hati memilih calon isteri dengan mengutamakan isteri solehah


“Janganlah kamu nikahi wanita cantik, kelak kecantikannya itu akan membinasakanmu; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.
Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama itu adalah lebih baik bagimu.”
(Riwayat Abdullah Ibn Humaid)
Malah, pesan Baginda:

“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana sahaja pintu syurga menurut kehendaknya.”
(Riwayat Imam Ahmad)

Monday, February 1, 2010

nak share...

Hari ini saya kurang sangat-sangat motivasi...

Macamana saya atasi ??

1.Buka website yang memberi kata2 positif dan mengajak kita bersikap optimis... buat kawan-kawan cikgu, saya terjumpa satu web yang agak menarik.. http://cikgufarizal.com

2. Bercakap / YM dengan kawan-kawan yang jarang dijumpai / disapa...

3. Sekarang ni, saya suka sangat baca novel!! novel apa??? novel sejarah Islam..sebab banyak memberi inspirasi, motivasi dan 'spirit'... saya sudah khatam novel Tariq, Sultan Muhammad Al-Fateh....dan yang terbaru, baru beli Solahuddin... bila baca kisah2 ni, saya tiba2 rasa sayu amat, rasa jauh dari kehidupan yang dianjurkan Rasulullah

4. Saya akan teringat kawan-kawan yang sentiasa ceria di kala duka...aini yang pandai berlakon, arni yang sentiasa senyum, saadah yang mudah geli hati dan berfikiran kritikal...ckin yang semakin bersemangat dan ligat dengan kerja-kerja jemaah..aimi yang semakin tabah dengan kehidupan yang saya dapat rasakan begitu getir bersama tekanan sekelilingnya.. K.Izzati yang sangat kuat semangat dan cekal..(k.izzati antara 'kakak' yang paling saya hormat..sebab beliau banyak mengalah dengan saya yang selalu tidak matang..saya banyak belajar dari 'kakak' ini bahawa 'mengalah tidak semestinya kalah'...Terima kasih Ya ALLAH, Engkau kurniakan aku sahabat-sahabat hebat! Moga aku juga beroleh tempias ketabahan dan keikhlasan hati mereka yang benar-benar berjiwa pendidik

swing the mood!

Saya akan adakan kempen..."SEHARI TANPA MARAH" esok.

Saya tidak akan marah pada anak-anak saya, saya akan guna psikologi dan pendekatan kasih sayang..i'll try my best..(sebenarnya, kawan2 di Qurratul 'Ain semua kenal siapa saya...pendekatan Saidina Umar...slot muhasabah tak kantoi...tak mengaku jadi mengaku...saya keras!)

Tadi perhimpunan pagi, saya diamanahkan untuk melaporkan laporan minggu lepas memandangkan saya guru bertugas...Pegang saja mikrofon, terus kena marah...saya cukup geram bila mendapat laporan pelajar tidak solat...bila tidak solat, tidak hairanlah mengapa pelajar2 semakin kurang adab, kurang a**r (tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang guru), tidak meletakkan kebersihan sebagai keutamaan dan banyak implikasi negatif apabila TUHAN tidak lagi ditakuti.

Saya sayangkan anak-anak saya, tapi saya tidak akan berkompromi dalam hal2 agama. Dunia sibuk dikejari, tapi akhirat semakin dipinggirkan darin norma kehidupan. Apa barang!

Saya memang tak boleh marah...marah bukan sahaja merosakkan hari kita malah hari orang...hari pertama , jam pertama sudah 'swing the mood'...dada pun rasa sempit semacam ... nak bernafas pun rasa sakit

Esok saya akan kempen diri saya untuk memberikan senyuman paling manis untuk anak-anak,dan tidak akan marah sesiapa walaupun hati sakit teramat dek perbuatan anak-anak... siapa suruh jadi cikgu kalau tak tahan??!

Tuesday, January 5, 2010

Anak-anakku akhirnya!

Seronoknya sesi persekolahan hari ini!! terubat rindu pada anak-anak kesayangan saya!! Anak-anak 'itu' akhirnya anakku juga!! InsyaAllah, akan kupegang amanah untuk memanusiakan anak-anakku sayang..YA Tuhan, berilah aku kekuatan untuk menjadi murabbiah di bumi gersang itu!