"Sesungguhnya, Ana tak pernah menyalahkan diri Ana menyukai dia kerana perasaan itu hadir tanpa diminta dan langsung tidak disengajakan.. Cuma Ana tak dapat meluahkan dan sekarang Ana dah tahu hikmah di sebaliknya. Ana bersyukur kepada Allah Taala kerana mencampakkan perasaan menyayangi dan ingin disayangi itu walaupun tidak kesampaian kerana Ana kini sudah ada pengalaman bagaimana indahnya perhiasan dunia yang seringkali diingatkan oleh agama Islam supaya kita sentiasa berwaspada kepadanya. Benarlah, dunia ini hanya sementara dan fana, tak usahlah kita terlalu ghairah mengejar keindahan dunia dan segala isinya kerana ada perkara lain yang menjadi aulawiyat untuk dikejar kerana ia bersifat untuk abadi……"
***************************************************************
Kepada Ana, saya ucapkan tahniah, tahniah dan tahniah kerana menghadapi dugaan tersebut secara matang dan positif. Banyak peristiwa dalam hidup...dalam banyak-banyak peristiwa itu, banyak lagi peristiwa menggembirakan kita kan,Ana? Tinggalkan peristiwa sedih dan segarkan kembali memori-memori indah dalam hidup.
Set minda supaya sentiasa ceria, senyum dan gembirakan hati insan lain walaupun sebenarnya kita berduka! Cukuplah Allah bagi diri kita. Harapan DIA taburkan tak pernah mengecewakan kita.. =)
who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)
Thursday, May 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment