Malam ini saya mula mengajar anak jiran sebelah belajar iqra'.Nabilah..nama yang comel, tetapi kesian, kurang kasih sayang. Sejak berpindah ke apartmen baru (yang ramai sangat India! ), saya mula memerhati jiran sekeliling...dalam ramai-ramai umat Nabi Muhammad itu, sudah wujud atau belum umatnya yang melaksanakan tugasan fardhu kifayah tersebut.. 2 blok 4 tingkat yang berjiran ini belum mempunyai seorang guru agama untuk mengajar asas fardhu ain! Malang sungguh.. Berdasarkan prinsip saya "ANA RAMYUN MIN RIMAAYATIL ISLAM, FARMI MAA SYIKTA ! @ aku adalah anak panah daripada panah-panah Islam, lontarkanlah ke mana sahaja yang Engkau tentukan! ", saya ter'paksa' menggalas tanggungjawab berat ini..
Saya sebenarnya teragak-agak pada mulanya untuk melaksanakan tugasan ini apabila memikirkan letih bekerja dan kesihatan yang sering terganggu, tetapi mujurlah rohana rakan serumah saya memahami situasi ini. Dia sudi menggantikan tempat saya sekiranya saya kurang sihat. Alhamdulillah...DIA permudahkan lagi urusan saya buat ke sekian kalinya. Kekuatan juga dapat saya rasakan apabila jiran saya begitu merayu kepada saya untuk mengajar anaknya..dan sebaik dipersetujui, dihebahkan pulak kepada kawan-kawannya tentang kesudian saya mengajar ilmu yang tak seberapa. ALLAH!! Saya baru nak bertatih kak oii..Saya tak mampu nak menghalang, justeru saya menghantar Rohana sebagai wakil berbincang. Alhamdulillah , buat masa sekarang Nabilah seorang sahaja.
Saya sebenarnya memang nak fokus kepada Nabilah seorang sahaja kerana saya berhasrat untuk mengajar juga asas-asas fardhu ain. (mak Nabilah ni ibu tunggal, banyak perkara yang sangat mencurigakan saya dan rakan-rakan serumah saya. Mungkin kami belum betul-betul mengenali jiran kami ini)..Nabilah dibesarkan dalam suasana yang bagi saya sangat tidak kondusif untuk perkembangan mental anak-anak Muslim..kali terakhir dia melihat ayahnya ketika dia masih lagi menyusu badan. Apa yang paling menyedihkan saya ialah tindakan ayahnya yang tidak mengaku Nabilah itu anaknya!
Masuk tahun ini, dah 5 tahun jiran saya naik turun mahkamah uruskan tuntutan nafkah anaknya. (Nabilah berumur 5 tahun sekarang). Teringat saya semasa menuntut di Maahad dulu tentang hukuman sebat 70 kali kepada seseorang yang menuduh seseorang yang lain berzina tanpa bukti! Ketika zaman Rasulullah pun ada kisah tentang seorang wanita yang betul-betul ingin bertaubat atas kesalahan berzina dan dikhabarkan sendiri kepada Rasulullah...tetapi, sungguh sukar untuk baginda menerima perkara tersebut kerana Baginda sungguh berhati-hati!Lantas menyuruh perempuan tersebut pulang. (kisah ini tidak terhenti di situ sahaja, boleh cari lagi kisah selanjutnya.) Apa yang saya nak tekankan di sini, memang susah sangat nak sabitkan seseorang berzina selagi mana tidak cukup saksi yang adil. (saksi pulak ada sifat-sifatnya, bukan semua orang layak menjadi saksi pada millenium ini!) Kesian Nabilah!
Setiap hari, adik kecil itu selalu diherdik dan dimaki oleh ibunya sendiri. Kesian, kasih sayang ayah tak merasa, kasih sayang ibu menjadi hempedu yang pahit. Apa yang saya harapkan adalah dapat bertahan dengan ujian demi ujian yang bakal bertandang. Nak mengajar tidak sesusah mana, tetapi nak mendidik adalah cabaran seorang guru.
* hari ini saya masih lagi menerima hadiah...kesemua hadiah saya hampir mencecah 40 buah!! Bunga-bunga saya masih segar nampaknya ! Alhamdulillah, pandai juga saya jaga bunga =)
who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)
Wednesday, May 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment