who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Sunday, May 10, 2009

uhibbuki ya ummi..

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa-dosa mak abah kami, kasihanilah mak abah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil...rahmatilah mak abah kami, murahkanlah rezeki mak abah kami, berkatilah segala amal pekerjaan mereka..."

Terima kasih mak...atas segala kasih sayang mak abah curahkan..Allah sahaja yang mampu memberikan balasan terbaik..

Walaupun usia saya bakal menjengah 24 tahun ogos ini, namun saya masih rasakan hubungan saya dengan mek dan abah tersayang seperti zaman kanak-kanak saya. Tak pernah saya rasakan kongkongan sepanjang hidup saya..saya sentiasa mendapat sokongan padu dalam setiap keputusan hidup saya..Mak dan abah tak pernah manghalang..berbekalkan kepercayaan yang mak abah bagi, saya sentiasa berkeyakinan dalam membuat keputusan hidup.

Masih saya ingat, sewaktu saya berada di alam persekolahan lagi, setiap keputusan mesti diputuskan sendiri...teringat saya ketika berada di tingkatan 2 sewaktu di Maktab Mahmud, saya memohon kebenaran abah dan mak untuk berpindah asrama kerana kurang serasi..mak dan abah tak menghalang malah memberi sepenuh sokongan...

Sewaktu menuntut di Maahad juga, saya seorang yang aktif dalam berpersatuan..sering dijemput mengendalikan program di sekolah-sekolah lain.hampir setiap cuti hujung minggu pasti ada program yang akan dihadiri atau dikendalikan..Mak tak pernah menyoal kerana mak memberi sepenuh kepercayaan kepada saya.."buatlah apa yang kakak nak buat asalkan baik untuk kakak"..itu kata kunci yang diberi..

Saya rasa seperti mendapat kekuatan kerana mendapat keredhaan mak abah..bukankah keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan mak abah?? Perkara yang paling saya tak dapat lupakan apabila dilantik sebagai ketua fasi dan program tersebut adalah untuk pelajar-pelajar yang lebih tua dari saya...Alhamdulillah, berkat keredhaan mak abah, saya berjaya kendalikannya..

Sayang mak abah!

No comments: