who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Thursday, May 21, 2009

nyum...nyum...terima kasih daun keladi !! =)

Alhamdulillah, berakhir sudah mesyuarat agung koperasi sekolah saya tadi. Sekolah dah cemerlang, tapi koperasi baru nak tubuh, lawak pulak bunyinya...tapi itu realiti yang berlaku kat sekolah konven tu.

Saya bukanlah guru pengelola Kelab Koperasi di sekolah, tetapi tersenarai dalam ahli lembaganya...nasib cikgu baru =) tak kisah lah, asalkan saya dapat timba pengalaman. Alkisah tentang penubuhan kopeasi ni, saya sering diminta oleh Pn. Sarimah (setiausaha penaja koperasi sekolah saya) untuk buat kerja-kerja IT...dari memasukkan data ahli, urusan 'emel-mengemel' ke Syarikat Koperasi Malaysia, menyediakan pembentangan mesyuarat, menguruskan kerja-kerja teknikal semasa mesyuarat berlangsung, dan macam-macam lagi yang saya perlu buat. Saya seronok sangat kerana diberi kepercayaan oleh cikgu senior..(Pn. Sarimah ngajar pagi, saya sesi petang)...

Sebenarnya, itulah situasi yang biasa dialami oleh cikgu2 muda lepasan IPT...(yang dilabel mahir perisian komputer...) Huhu...ye ke! Cikgu senior saya tu memang tak berapa 'best' guna komputer ni..tak cekap katanya. (hahaha....macam cekap saja saya ni!) Tak pa kak...hidup kita ni mestilah ada 'give and take'... Puas kan? bila kita dapat memenuhi hajat insan lain yang sangat memerlukannya =)

Setelah selesai mesyuarat tadi, saya tergesa-gesa bersiap untuk meneruskan P&P...tiba-tiba.."Atikah, nak pergi kelas ke? Lepas ni kelas kat mana?"

"Lepas ni saya straight 3 masa sampai balik.. saya nak solat jap..kelas lepas ni macam biasa, dekat makmal..." kalut saya bagi penerangan. Ye la, saya mengejar waktu..

"Ok, nanti akak pergi makmal. Akak buat kek istimewa untuk Atikah."

"Hah?Kek? Rajinnya kak!"terkejut lagi saya hari ni..

"Alah, tak ada apanya...akak 'release tension'...tu buat kek.." senyum Kak Sarimah.

"MasyaAllah, rajinnya. Baik, terima kasih banyak kak =) " Saya pun tak tahu apa ucapan yang terbaik saya ucapkan. Sepanjang saya tolong cikgu tersebut, kesihatan saya benar-benar terganggu..Pernah saya malas nak jawab panggilan cikgu tersebut sebab sangat-sangat letih..Biasa lah, bila badan kurang sihat, emosi sedikit sebanyak terjejas.

Tak sangka cikgu tersebut begitu baik. Saya rasa menyesal sangat sebab saya pernah jawab acuh tak acuh beberapa soalan yang ditanya..(sebab sangat tak larat...hampir-hampir 2 kali nak MC tapi terpaksa batalkan sebab memikirkan hal koperasi yang mesti disiapkan segera)

Terharu sungguh saya apabila diberikan sebekas kek coklat yang sangat sedap! Terima kasih kak! InsyaAllah, nanti saya balik Kedah saya beli dodol ke apa ke yang best kat Pekan Rabu..(masa saya hampir-hampir nak MC, saya balik ke Kedah...dan mendapat panggilan dari cikgu tersebut untuk sedikit tugasan...sempat juga dia bertanyakan tentang makanan istimewa orang Kedah..huhu...saya dah tak larat, geram juga bila tanya macam tu..emosi!! tahu apa jawapan saya?? makanan kat Kulim ni mahal sikit, sebab dekat dengan Pulau Pinang dah.. Kalau dekat Alor Star banyak juga yang best.. tapi dari Kulim nak ke A.Star ambil masa 2 jam..Dari Ipoh nak ke Kulim ambil masa 2 jam setengah)...mujurlah cikgu tersebut faham dan tak memesan apa-apa.. kalau tak, pasti saya MC!!

***************************************************************************

Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi!! =) Pengajaran saya pada hari ini: Hargailah setiap peluang yang ada dan orang-orang di sekeliling kita. "Man la yarham, la yurham"...siapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi..! PERFECT QUOTE FROM RASULULLAH (PBUH).

No comments: