who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Saturday, May 23, 2009

GORGEOUS Teacher!

Today I had LADAP on ICT... quite interesting.. I’ve been grouped together with science teachers...my partner is the senior science teacher, Mdm Voo. She is a happy and gorgeous Chinese young lady...such a kind person, willing to share so many experiences with me. She told me a person who inspired her.. a cheerful English man who had newly published a novel at age 88 years old! She showed me the photo of that person..

Another senior teacher who sat behind us ask my age…as I told my age, she suddenly said to Mdm Voo: “Eh Mdm Voo, you just looking like a mother talking to her daughter!” …. “Hahaha!!” I laughed… I saw Madam Voo’s face changed!! “Woa, don’t say like that ar…I’m still young. I just like her sister…hehe.. You know, if I go to pasar malam ar, I will never buy thing at those who called me untie! Asoo is quite okay because Asoo is not too old” she explained without asking which made us laughing…so funny to treat with senior teachers!

Actually, Mdm Voo is nearly 55 this year, and she will retire at the end of this year. Well, I always claimed the elder teachers at my school as young. I just want to make them smile and cheer =)

Mmm…, back to the course that I attended today, the most interesting part was after the course. We have lunch at Casuarina Hotel... Those teachers who got APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) and promotion to DG44, treated us for the meal..nyum..nyum.
We ate a lot because we have to finish our 6 hours of LADAP ..(actually, we went to the hotel at 12.00pm…we spend about 2 hours just for eating!! ). I think I don’t need dinner for tonight…! =)

* Madam Voo give me a beautiful pen (actually, that type of pen always been used by my dear father!)…I also do the same thing…if we tend to give a present for somebody, we should give the things that we love so much.. because there is the value there! Thank you Madam Voo.

Kenapa saya tulis blog juga akhirnya??

Buat masa sekarang, ini cara terbaik melepaskan tekanan secara positif....keadaan dah tak sama macam dulu...jadi, kena cari suatu cara lain..mungkin suatu masa nanti, saya dah jumpa cara lain, saya akan bye-bye dekat blog..sebab saya bukanlah pandai menulis ...perkara yang paling saya tak minat lakukan adalah baca novel! bukan tak cuba untuk jadi macam Us. Ramadhan yang masih boleh layan novel walaupun ketika fasa peperiksaan... sebuah novel saya ambil masa setahun untuk habiskan! Saya masih gagal untuk jatuh hati pada novel. Saya lebih berminat kepada diskusi fakta secara empat mata.

Pernah saya menghantar mesej pada aimi dan aini... "tahniah atas keluaran novel sulung, saya tak berminat membeli"...teruk ke saya buat macam tu? bagi saya tak...saya sangat menghargai usaha kawan-kawan yang rajin ini, saya mesej sebelum novel berada di pasaran lagi kerana saya ambil tahu.. Cuma saya tak berminat membaca. Kalau saya baca, lain pulak komen saya sebab saya memang akan komen.

Tujuan saya menulis blog mungkin tak sama macam kawan-kawan penulis.. blog saya tidak sarat dengan bahasa sastera atau berfalsafah...sekadar menulis sesuatu yang terfikir di minda atau sekadar lukisan hati yang berkecamuk...saya menjadikan medan ini sebagai pusat neutralisasi emosi dan fikiran..

*entri ini adalah untuk menjawab soalan dari rakan. Semua orang boleh berinteraksi dengan komputer, malah ada yang mencipta nama dari kerja komputer.. tetapi tidak semua orang boleh berinteraksi dengan mesra secara realiti...malah dibuat-buat kemesraan itu..

Thursday, May 21, 2009

Be positive, pandang ke hadapan!

"Sesungguhnya, Ana tak pernah menyalahkan diri Ana menyukai dia kerana perasaan itu hadir tanpa diminta dan langsung tidak disengajakan.. Cuma Ana tak dapat meluahkan dan sekarang Ana dah tahu hikmah di sebaliknya. Ana bersyukur kepada Allah Taala kerana mencampakkan perasaan menyayangi dan ingin disayangi itu walaupun tidak kesampaian kerana Ana kini sudah ada pengalaman bagaimana indahnya perhiasan dunia yang seringkali diingatkan oleh agama Islam supaya kita sentiasa berwaspada kepadanya. Benarlah, dunia ini hanya sementara dan fana, tak usahlah kita terlalu ghairah mengejar keindahan dunia dan segala isinya kerana ada perkara lain yang menjadi aulawiyat untuk dikejar kerana ia bersifat untuk abadi……"

***************************************************************

Kepada Ana, saya ucapkan tahniah, tahniah dan tahniah kerana menghadapi dugaan tersebut secara matang dan positif. Banyak peristiwa dalam hidup...dalam banyak-banyak peristiwa itu, banyak lagi peristiwa menggembirakan kita kan,Ana? Tinggalkan peristiwa sedih dan segarkan kembali memori-memori indah dalam hidup.

Set minda supaya sentiasa ceria, senyum dan gembirakan hati insan lain walaupun sebenarnya kita berduka! Cukuplah Allah bagi diri kita. Harapan DIA taburkan tak pernah mengecewakan kita.. =)

SAINS PMR

Hari ini peperiksaan bermula, tapi P&P mesti dijalankan juga walaupun ada masa 15 minit sebelum peperiksaan bermula. Jenuh saya memikirkan,apa yang saya nak ajar dalam tempoh sesingkat itu..dengan pelajar-pelajar yang kehilangan mood untuk belajar (sebab masing-masing nak buat ulangkaji sendiri)..akhirnya, saya tau apa yang patut saya tulis dalam buku rekod saya ... revision based on past year PMR questions. macam tak betul je nahu tu!

what is the difference between inference, and hypothesis?? what does this question means: "plot a graph.....", what is window sentence? , and what can you get from the window sentence??

Friends, here I would like to share some tips with you about these questions.. (actually i attended a course on how to answer science PMR Paper 2 several weeks ago which been handled by PMR examiner).

This brief tips are just for PMR level...and not equivalent for SPM level. (actually, there are slight different between PMR and SPM level. SPM level is much more detail and better answer. Em, if that case, why don't we just teach the same way like SPM, right?...Well,not all students will further their upper secondary in science stream and not all students can understand well. We are going to help them score in exam for their credit..especially in rural area where they are lack with facilities.)

Inference: should contain either 'influences' / 'affects' / 'depends'.

If MV written first before RV, use the word 'influences' or 'affects'

Example: The density of mediums (MV) affects the weight of object x (RV)

(this example taken from past year Q 2004-no.8)

Hypothesis : is the combination of MV and RV.

Example : As the density of mediums increase (MV), the weight of object x decrease.(RV)

Now, for PMR level, if the question ask students to write the inference, they have to write inference. But, if they write hypothesis for inference, they still can get the mark.

BUT!! if the question ask them to write hypothesis, make sure they write hypothesis! if they write inference for hypothesis, they will get '0' for the mark!

Ada soalan nakal yang disoal, "habis tu, kita ngajar cara buat hypothesis saje lah!"

hahaha...funny! Maybe we can do like that for the last class / slow learner students.


OK lah, i wanna go to school now..i still have several tips to give..I'll continue typing later K! insyaAllah

Salam ceria ! =)

nyum...nyum...terima kasih daun keladi !! =)

Alhamdulillah, berakhir sudah mesyuarat agung koperasi sekolah saya tadi. Sekolah dah cemerlang, tapi koperasi baru nak tubuh, lawak pulak bunyinya...tapi itu realiti yang berlaku kat sekolah konven tu.

Saya bukanlah guru pengelola Kelab Koperasi di sekolah, tetapi tersenarai dalam ahli lembaganya...nasib cikgu baru =) tak kisah lah, asalkan saya dapat timba pengalaman. Alkisah tentang penubuhan kopeasi ni, saya sering diminta oleh Pn. Sarimah (setiausaha penaja koperasi sekolah saya) untuk buat kerja-kerja IT...dari memasukkan data ahli, urusan 'emel-mengemel' ke Syarikat Koperasi Malaysia, menyediakan pembentangan mesyuarat, menguruskan kerja-kerja teknikal semasa mesyuarat berlangsung, dan macam-macam lagi yang saya perlu buat. Saya seronok sangat kerana diberi kepercayaan oleh cikgu senior..(Pn. Sarimah ngajar pagi, saya sesi petang)...

Sebenarnya, itulah situasi yang biasa dialami oleh cikgu2 muda lepasan IPT...(yang dilabel mahir perisian komputer...) Huhu...ye ke! Cikgu senior saya tu memang tak berapa 'best' guna komputer ni..tak cekap katanya. (hahaha....macam cekap saja saya ni!) Tak pa kak...hidup kita ni mestilah ada 'give and take'... Puas kan? bila kita dapat memenuhi hajat insan lain yang sangat memerlukannya =)

Setelah selesai mesyuarat tadi, saya tergesa-gesa bersiap untuk meneruskan P&P...tiba-tiba.."Atikah, nak pergi kelas ke? Lepas ni kelas kat mana?"

"Lepas ni saya straight 3 masa sampai balik.. saya nak solat jap..kelas lepas ni macam biasa, dekat makmal..." kalut saya bagi penerangan. Ye la, saya mengejar waktu..

"Ok, nanti akak pergi makmal. Akak buat kek istimewa untuk Atikah."

"Hah?Kek? Rajinnya kak!"terkejut lagi saya hari ni..

"Alah, tak ada apanya...akak 'release tension'...tu buat kek.." senyum Kak Sarimah.

"MasyaAllah, rajinnya. Baik, terima kasih banyak kak =) " Saya pun tak tahu apa ucapan yang terbaik saya ucapkan. Sepanjang saya tolong cikgu tersebut, kesihatan saya benar-benar terganggu..Pernah saya malas nak jawab panggilan cikgu tersebut sebab sangat-sangat letih..Biasa lah, bila badan kurang sihat, emosi sedikit sebanyak terjejas.

Tak sangka cikgu tersebut begitu baik. Saya rasa menyesal sangat sebab saya pernah jawab acuh tak acuh beberapa soalan yang ditanya..(sebab sangat tak larat...hampir-hampir 2 kali nak MC tapi terpaksa batalkan sebab memikirkan hal koperasi yang mesti disiapkan segera)

Terharu sungguh saya apabila diberikan sebekas kek coklat yang sangat sedap! Terima kasih kak! InsyaAllah, nanti saya balik Kedah saya beli dodol ke apa ke yang best kat Pekan Rabu..(masa saya hampir-hampir nak MC, saya balik ke Kedah...dan mendapat panggilan dari cikgu tersebut untuk sedikit tugasan...sempat juga dia bertanyakan tentang makanan istimewa orang Kedah..huhu...saya dah tak larat, geram juga bila tanya macam tu..emosi!! tahu apa jawapan saya?? makanan kat Kulim ni mahal sikit, sebab dekat dengan Pulau Pinang dah.. Kalau dekat Alor Star banyak juga yang best.. tapi dari Kulim nak ke A.Star ambil masa 2 jam..Dari Ipoh nak ke Kulim ambil masa 2 jam setengah)...mujurlah cikgu tersebut faham dan tak memesan apa-apa.. kalau tak, pasti saya MC!!

***************************************************************************

Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi!! =) Pengajaran saya pada hari ini: Hargailah setiap peluang yang ada dan orang-orang di sekeliling kita. "Man la yarham, la yurham"...siapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi..! PERFECT QUOTE FROM RASULULLAH (PBUH).

Wednesday, May 20, 2009

Tambah anak lagi!

Malam ini saya mula mengajar anak jiran sebelah belajar iqra'.Nabilah..nama yang comel, tetapi kesian, kurang kasih sayang. Sejak berpindah ke apartmen baru (yang ramai sangat India! ), saya mula memerhati jiran sekeliling...dalam ramai-ramai umat Nabi Muhammad itu, sudah wujud atau belum umatnya yang melaksanakan tugasan fardhu kifayah tersebut.. 2 blok 4 tingkat yang berjiran ini belum mempunyai seorang guru agama untuk mengajar asas fardhu ain! Malang sungguh.. Berdasarkan prinsip saya "ANA RAMYUN MIN RIMAAYATIL ISLAM, FARMI MAA SYIKTA ! @ aku adalah anak panah daripada panah-panah Islam, lontarkanlah ke mana sahaja yang Engkau tentukan! ", saya ter'paksa' menggalas tanggungjawab berat ini..

Saya sebenarnya teragak-agak pada mulanya untuk melaksanakan tugasan ini apabila memikirkan letih bekerja dan kesihatan yang sering terganggu, tetapi mujurlah rohana rakan serumah saya memahami situasi ini. Dia sudi menggantikan tempat saya sekiranya saya kurang sihat. Alhamdulillah...DIA permudahkan lagi urusan saya buat ke sekian kalinya. Kekuatan juga dapat saya rasakan apabila jiran saya begitu merayu kepada saya untuk mengajar anaknya..dan sebaik dipersetujui, dihebahkan pulak kepada kawan-kawannya tentang kesudian saya mengajar ilmu yang tak seberapa. ALLAH!! Saya baru nak bertatih kak oii..Saya tak mampu nak menghalang, justeru saya menghantar Rohana sebagai wakil berbincang. Alhamdulillah , buat masa sekarang Nabilah seorang sahaja.

Saya sebenarnya memang nak fokus kepada Nabilah seorang sahaja kerana saya berhasrat untuk mengajar juga asas-asas fardhu ain. (mak Nabilah ni ibu tunggal, banyak perkara yang sangat mencurigakan saya dan rakan-rakan serumah saya. Mungkin kami belum betul-betul mengenali jiran kami ini)..Nabilah dibesarkan dalam suasana yang bagi saya sangat tidak kondusif untuk perkembangan mental anak-anak Muslim..kali terakhir dia melihat ayahnya ketika dia masih lagi menyusu badan. Apa yang paling menyedihkan saya ialah tindakan ayahnya yang tidak mengaku Nabilah itu anaknya!

Masuk tahun ini, dah 5 tahun jiran saya naik turun mahkamah uruskan tuntutan nafkah anaknya. (Nabilah berumur 5 tahun sekarang). Teringat saya semasa menuntut di Maahad dulu tentang hukuman sebat 70 kali kepada seseorang yang menuduh seseorang yang lain berzina tanpa bukti! Ketika zaman Rasulullah pun ada kisah tentang seorang wanita yang betul-betul ingin bertaubat atas kesalahan berzina dan dikhabarkan sendiri kepada Rasulullah...tetapi, sungguh sukar untuk baginda menerima perkara tersebut kerana Baginda sungguh berhati-hati!Lantas menyuruh perempuan tersebut pulang. (kisah ini tidak terhenti di situ sahaja, boleh cari lagi kisah selanjutnya.) Apa yang saya nak tekankan di sini, memang susah sangat nak sabitkan seseorang berzina selagi mana tidak cukup saksi yang adil. (saksi pulak ada sifat-sifatnya, bukan semua orang layak menjadi saksi pada millenium ini!) Kesian Nabilah!

Setiap hari, adik kecil itu selalu diherdik dan dimaki oleh ibunya sendiri. Kesian, kasih sayang ayah tak merasa, kasih sayang ibu menjadi hempedu yang pahit. Apa yang saya harapkan adalah dapat bertahan dengan ujian demi ujian yang bakal bertandang. Nak mengajar tidak sesusah mana, tetapi nak mendidik adalah cabaran seorang guru.

* hari ini saya masih lagi menerima hadiah...kesemua hadiah saya hampir mencecah 40 buah!! Bunga-bunga saya masih segar nampaknya ! Alhamdulillah, pandai juga saya jaga bunga =)

Tuesday, May 19, 2009

Ulser dan stress...adik beradik ke??

Selalu orang-orang tua kampung saya akan cakap "you ni jadi ulser sebab you stress" .... "ya ka untie?" ..."perhaps...kalau hang tak caya, hang kaji sendiri"... "even, anak aku yang ngaji doktor pun cakap camtu gak"...

Erm...macam mana anda rasa? Selalunya macam tu la yang saya dengar.. sebenarnya, ulser tak kira la ulser apa pun (baca 'ULCER' ,bukan 'UNSER' kereta ayah kak zati tu)berpunca daripada aktiviti bakteria di dalam badan kita ni..

Ada juga perkaitannya dengan stress. Bila kita stress, sebenarnya kita telah menghentikan tugasan sistem imunisasi yang semulajadi dalam badan kita...dan sebaik sahaja sistem ini dihentikan, maka memang sangat mudah bakteria melakukan aktivitinya. Bersabit dengan itulah, ulcer boleh terjadi.

Jadi, nasihat saya kepada sahabat-sahabat terutama kepada sahabat-sahabat yang bakal menanti kehadiran si comel, banyak-banyak tenangkan diri dan hadapi stress kalian secara positif. Bukankah Allah jadikan setiap sesuatu tanpa sia-sia =) Umat Islam akhir zaman ni sangat beruntung kerana baik ujian, anugerah, dan dugaan dalam hidup semuanya adalah ditaqdirkan untuk kebaikan dan peningkatan Iman kita...

Stress adalah batu lonjakan untuk kita lebih ke hadapan..yang penting, jadi positif, optimis dan sentiasa bersangka baik denganNya... saya pun stress sangat akhir-akhir ini...sering disoal tentang jodoh!Kalau macam beli ikan di pasar, senang nak menjawab,kan? hahaha... =)

Monday, May 18, 2009

selamat hari guru cikgu! =)

*************************************************************************************

Hari ini,sambutan Hari Guru peringkat SMK Tarcisian Convent, sekolah sulung saya ditempatkan..(sebab ada perancangan nak angkat kaki =) )ada best, dan ada tak best..ppd sini arahkan sekolah buat sambutan separuh hari sahaja..saya ngajar sesi petang, so, sebelum rehat P&P mesti dijalankan seperti biasa, selepas rehat baru boleh diadakan sambutan...dari 4.00ptg sampai 6.00 ptg...huhu...peperiksaan tidak boleh diadakan pada hari tersebut, kalau ada kena tunda peperiksaan itu ke hari lain.huh! terasa kejam dibuatnya..

Kesian anak-anak saya, banyak persembahan terpaksa disekat di saat akhir tadi sebab kesuntukan waktu...dah lah mereka bertungkus lumus praktis, tiba-tiba tak dapat buat show...apa lagi, menagis habis mereka!Anak-anak 1 Rose yang cerdik tetapi sedikit nakal sering menjadi siulan guru-guru di bilik bersabit rasa tidak puas hati...saya sebenarnya pelik dengan situasi ini..dalam waktu saya ngajar, mereka sangat 'sporting' dan aktif...seorang dua tu ada la menyakitkan hati...jaysri, ashwitaa...tapi sekarang dah ok bila 2-3 kali teguran lembut diberi..(pertama kali saya bagi teguran dalam kelas, sebjik macam sesi disiplin dalam program..tahu apa kesannya? tak berkesan langsung! malah semakin nak memberontak) Justeru, saya menekankan pendekatan berkasih sayang dengan anak-anak saya...benarlah, dari hati jatuh ke hati!

Yang menariknya tentang hari ini adalah saya mendapat banyak sangat hadiah...tanpa diduga langsung...sebab saya sebenarnya dilabel garang oleh guru-guru sains yang lain...37 hadiah...sehingga ada yang terjatuh dan pecah! (sebab saya mana tahu apa isi di dalam) sedih !! hadiah pemberian anak murid terpecah...cantik betul cenderahati yang pecah tu! =(

Yang keduanya,anak-anak ! rose saya menghadiahi saya sejambak bunga ros...3 warnayang berbeza...merah hati (paling banyak), kuning ( kedua banyak) dan 'peach'...tau berapa jumlahnya??? semua sekali 41 kuntum!! mak aii!!! tak pernah saya dapat bunga sebanyak ini...saya terima semua hadiah dan bunga2 tu tanpa perasaan sebab betul2 terkejut!! sampai sekarang bila terpandang bunga2 tu, hati jadi sebak dan sayu...macam-macam saya fikir..mana mereka dapat duit sebanyak itu(setahu saya bunga hidup ni boleh tahan mahal)...geram pun ada, sebab tak praktikkan topik yang baru diajar...6 basic resources on Earth....kesian flora-flora tersebut...tapi inilah suatu bentuk penghargaan anak-anak rose...begitu simbolik...(anak-anak 1 rose ni memang score subjek saya)

Semasa praktikel, saya tak dapat sangat hadiah, kad ucapan dan surat memang banyak diberi...bahkan semasa saya konvo pun, tak mendapat bunga sebanyak itu! kalau ada pun, bunga2 tak hidup sahaja sebagai hiasan di rumah...(mak teh bagi...cantik sangat!)...dan yang sebenar-benarnya, saya kurang menggemari bunga hidup sebab ia tak bertahan lama dan menyusahkan hidup saya!! Tetapi mungkin selepas ini saya akan mula menyukai bunga hidup...anak-anak rose yang ajar saya menyukainya!

Hadiah-hadiah tu pulak saya simpan dulu...nak ambil gambar dulu...kamera ada dekat abangcik di Darul Quran...apa yang saya boleh buat, makan sebungkus kuih bahulu dan satu hamper buah-buahan pemberian anak-anak bertuah Jasmin.. Jasmin ni kelas paling akhir, tetapi mempunyai hati budi yang sungguh menawan...saya memang suka memberi kredit kepada kelas bertuah ini berbanding kelas saya sendiri (1 rose) sebab memang saya jatuh hati dengan keluhuran pekerti anak-anak jasmin...

Satu penganugerahan yang sangat bermakna apabila nama saya diumumkan sebagai GURU IDOLA!! Terkejut sangat2!! Terima kasih mak abah atas didikan yang diberi...diri saya adalah acuan didikan mak abah saya..sekiranya baik saya, mak abah saya berkali-kali lebih baik, insyaAllah. Banyak kategori guru diumumkan...antaranya guru paling sporting (k.yati idris...dia seorang yang kurang sihat, tapi memang saya sendiri akui, dia sangat sporting!), guru paling dedikasi (pn Khairulnizwa...PK petang...tak dapat disangkal lagi!)...guru paling bergaya (k.khadizah- isteri timb. pengarah JPN Perak...erm, saya selalu mencemburui baju-baju yang dikenakannya...lawa sangat!! hari-hari menawan!) dan beberapa lagi kategori guru..

Kepada semua warga PENDIDIK, Selamat Hari Guru! Guru Pembina Negara Bangsa =)

Tuesday, May 12, 2009

wahai para isteri...mengertilah..

1. Isteri tidak berhias di hadapan suami
- Bau tidak menyenangkan
- Pakaian tidak seksi
- Wajah tidak dijaga
- Pakaian buruk

2. Isteri tidak menjaga saiz badan
- Tidak rajin exercise
- Makan banyak
- Tidak menjaga teknik pemakanan sihat

3. Isteri pemalas
- Tidak menghias tempat tidur
- Meninggalkan dapur tanpa disusun

4. Isteri tidak cenderung kepada kegiatan-kegiatan ilmu
- Isteri lebih suka berdamping dnegan orang yang cintakan dunia berlebihan
- Isteri lebih senang menghabiskan masa di hadapan tv
- Isteri gemar mengambil tahu perkembangan artis melebihi ilmu

5. Isteri tidak menjaga hubungan dengan Allah
- Isteri tak bersolat
- Isteri gemar berhias untuk keluar rumah
- Isteri mempunyai teman lelaki
- Isteri tidak ada masa untuk membaca al-Quran
- Isteri tidak pernah berdoa

Cikgu Cengei!

Hari ni saya ibarat cikgu di atas! Saya cukup geram dengan pelajar-pelajar 1 Daisy (kelas kedua akhir)...datang ke makmal lewat... hampir 40 minit lewat! Ketua kelas Nuzman siap ronda-ronda di lab sambil menyapa saya yang sedang menanti "cikgu, masuk makmal ke?".. tersirap darah saya dengar soalan tak cerdik mcm tu. "Yeeelaaaa!"...bukannya pelajar-pelajar saya tak maklum, kalau dua masa masuk lab...kenapa tiba-tiba di pertengahan tahun jadi tak tahu belaka??

Huh! Sebaik sahaja pelajar-pelajar saya masuk makmal, terus saya soal dengan marah "hah, kenapa lambat sangat??! " "kenape?!" semua diam...masa tu kalau jarum peniti jatuh atas lantai pun boleh dengar satu makmal tu. "Everybody stand up!" "Thaneya, why are you late?!" .. "Teacher, I bought a book at bookshop" "Hey girl, this is not the time!" Thaneya tundukkan muka.."Hah, hazirah, why are late?!" Hazirah diam sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.."Hey, I don't ask you to smile. I want your answer!" ..terus si Hazirah tutup mulut. "Jeha, kenapa lambat sangat ni? habis satu masa saya!" ..Jeha pun diam...Eiii..geramnya saya dengan budak-budak ni.

"OK, sebab kamu lambat, belajar sambil berdiri.Aimi duduk"..Aimi Hakimah pelajar saya yang baru menjalani pembedahan di kepala..membuang tumor..kesian, kecil-kecil lagi diuji dengan dugaan yang berat.

"Open your Hands-On Book. Turn to page 36" Kalut depa buka muka surat tu.."Have you done the discussion?" "yes" Wah, jawapan positif ni.... "ok, start from the girl at the back there."..pelajaran pun bermula...sehingga no 8.."next" aku terus memberi arahan.."cikgu, no lapan ni kita tak bincang lagi".."Hey, I ask you to do at home, right?!"..kena marah lagi..."class, what's the answer?" sunyi sepi! MasyaAllah, betul-betul nak kena suap budak-budak ni.

"I don't want to give you the answer. Now, you open your text book, turn to page 40. Find the answer there!"

Setelah 2 minit,saya menyoal lagi. " what's the answer?" "reuse, recycle and reduce"..."hah, there! You know the answer. Why don't you look up your text book?" diam sahaja....kelas ini memang agak pasif..saya masih mencari formula untuk merangsang penglibatan mereka.

Memandangkan saya masih tak boleh reda marah saya, saya hanya memainkan courseware yang diberi...hari ini, buat pertama kalinya pelajar-pelajar saya belajar dari cikgu statik; komputer!

Ye la, saya nak elak dari terus marah, kerana soalan dilontarkan sering tiada jawapan.

Memang saya selalu menegur, berleter, dan bagi nasihat...tapi marah seperti ini sangat jarang..dan apabila berlaku, saya akan lebih banyak diam. Banyak persoalan yang mengganggu fikiran saya ketika itu..saya merancang dengan rapi perjalanan hari ini..1 Daisy agak lambat. saya cuba untuk ikut perancangan supaya dapat seiring dengan kelas lain dan sempat membuat 2-3 ulangkaji sebelum peperiksaan minggu depan, tapi ini pulak jadinya. Risau saya dengan pelajar-pelajar ni..

Peristiwa hari ini menyedarkan saya betapa perlu motivasi untuk pelajar. Saya mesti kena lebih kerap bagi motivasi daripada terlalu mengejar silibus. Tapi, kalau saya selalu bagi motivasi, saya bimbang 2 sahabat saya akan tercabar...arni dan aini...dua motivator yang berpengalaman akan mempunyai seorang lagi pesaing ! haha =)

Sunday, May 10, 2009

Hari yang membosankan!

Semalam hari yang sangat membosankan bagi saya...walaupun saya sudah menyenaraikan tugasan-tugasan menimbun yang mesti diselesaikan dalam cuti hujung minggu ni, saya tetap tak boleh nak mulakan bila mood yang tak best ni datang...ckin yang bermalam di rumah saya pun tak dapat memahami apa yang berlaku..kesian ckin!

kalau mengikut cadangan awal, saya berhajat sungguh untuk memenuhi jemputan walimah Dr Ijan..ckin pun dah setuju nak ikut...tapi bila mengingatkan tugasan yang tiba-tiba menimbun, terbantut hajat murni itu..maaf sangat-sangat Ijan, saya tak dapat rai hari bersejarah kamu..

Sebenarnya, macam-macam berlaku dalam seminggu ini..kehendak-kehendak pentadbir yang mesti dipatuhi menyebabkan saya rasa kurang selesa..banyak perkara yang mesti diselesaikan dalam kadar segera..walaupun saya tidak suka menangguhkan kerja, tapi saya masih tak menang tangan!! letih...dan sekarang saya kehilangan mood untuk meneruskan kerja.

Ya Allah, kenapa aku jadi macam ni..dosa pun menimbun jugak agaknya! =(

***************************************************************

uhibbuki ya ummi..

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, ampunilah dosa-dosa mak abah kami, kasihanilah mak abah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami masih kecil...rahmatilah mak abah kami, murahkanlah rezeki mak abah kami, berkatilah segala amal pekerjaan mereka..."

Terima kasih mak...atas segala kasih sayang mak abah curahkan..Allah sahaja yang mampu memberikan balasan terbaik..

Walaupun usia saya bakal menjengah 24 tahun ogos ini, namun saya masih rasakan hubungan saya dengan mek dan abah tersayang seperti zaman kanak-kanak saya. Tak pernah saya rasakan kongkongan sepanjang hidup saya..saya sentiasa mendapat sokongan padu dalam setiap keputusan hidup saya..Mak dan abah tak pernah manghalang..berbekalkan kepercayaan yang mak abah bagi, saya sentiasa berkeyakinan dalam membuat keputusan hidup.

Masih saya ingat, sewaktu saya berada di alam persekolahan lagi, setiap keputusan mesti diputuskan sendiri...teringat saya ketika berada di tingkatan 2 sewaktu di Maktab Mahmud, saya memohon kebenaran abah dan mak untuk berpindah asrama kerana kurang serasi..mak dan abah tak menghalang malah memberi sepenuh sokongan...

Sewaktu menuntut di Maahad juga, saya seorang yang aktif dalam berpersatuan..sering dijemput mengendalikan program di sekolah-sekolah lain.hampir setiap cuti hujung minggu pasti ada program yang akan dihadiri atau dikendalikan..Mak tak pernah menyoal kerana mak memberi sepenuh kepercayaan kepada saya.."buatlah apa yang kakak nak buat asalkan baik untuk kakak"..itu kata kunci yang diberi..

Saya rasa seperti mendapat kekuatan kerana mendapat keredhaan mak abah..bukankah keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan mak abah?? Perkara yang paling saya tak dapat lupakan apabila dilantik sebagai ketua fasi dan program tersebut adalah untuk pelajar-pelajar yang lebih tua dari saya...Alhamdulillah, berkat keredhaan mak abah, saya berjaya kendalikannya..

Sayang mak abah!