*************************************************************************************
Hari ini,sambutan Hari Guru peringkat SMK Tarcisian Convent, sekolah sulung saya ditempatkan..(sebab ada perancangan nak angkat kaki =) )ada best, dan ada tak best..ppd sini arahkan sekolah buat sambutan separuh hari sahaja..saya ngajar sesi petang, so, sebelum rehat P&P mesti dijalankan seperti biasa, selepas rehat baru boleh diadakan sambutan...dari 4.00ptg sampai 6.00 ptg...huhu...peperiksaan tidak boleh diadakan pada hari tersebut, kalau ada kena tunda peperiksaan itu ke hari lain.huh! terasa kejam dibuatnya..
Kesian anak-anak saya, banyak persembahan terpaksa disekat di saat akhir tadi sebab kesuntukan waktu...dah lah mereka bertungkus lumus praktis, tiba-tiba tak dapat buat show...apa lagi, menagis habis mereka!Anak-anak 1 Rose yang cerdik tetapi sedikit nakal sering menjadi siulan guru-guru di bilik bersabit rasa tidak puas hati...saya sebenarnya pelik dengan situasi ini..dalam waktu saya ngajar, mereka sangat 'sporting' dan aktif...seorang dua tu ada la menyakitkan hati...jaysri, ashwitaa...tapi sekarang dah ok bila 2-3 kali teguran lembut diberi..(pertama kali saya bagi teguran dalam kelas, sebjik macam sesi disiplin dalam program..tahu apa kesannya? tak berkesan langsung! malah semakin nak memberontak) Justeru, saya menekankan pendekatan berkasih sayang dengan anak-anak saya...benarlah, dari hati jatuh ke hati!
Yang menariknya tentang hari ini adalah saya mendapat banyak sangat hadiah...tanpa diduga langsung...sebab saya sebenarnya dilabel garang oleh guru-guru sains yang lain...37 hadiah...sehingga ada yang terjatuh dan pecah! (sebab saya mana tahu apa isi di dalam) sedih !! hadiah pemberian anak murid terpecah...cantik betul cenderahati yang pecah tu! =(
Yang keduanya,anak-anak ! rose saya menghadiahi saya sejambak bunga ros...3 warnayang berbeza...merah hati (paling banyak), kuning ( kedua banyak) dan 'peach'...tau berapa jumlahnya??? semua sekali 41 kuntum!! mak aii!!! tak pernah saya dapat bunga sebanyak ini...saya terima semua hadiah dan bunga2 tu tanpa perasaan sebab betul2 terkejut!! sampai sekarang bila terpandang bunga2 tu, hati jadi sebak dan sayu...macam-macam saya fikir..mana mereka dapat duit sebanyak itu(setahu saya bunga hidup ni boleh tahan mahal)...geram pun ada, sebab tak praktikkan topik yang baru diajar...6 basic resources on Earth....kesian flora-flora tersebut...tapi inilah suatu bentuk penghargaan anak-anak rose...begitu simbolik...(anak-anak 1 rose ni memang score subjek saya)
Semasa praktikel, saya tak dapat sangat hadiah, kad ucapan dan surat memang banyak diberi...bahkan semasa saya konvo pun, tak mendapat bunga sebanyak itu! kalau ada pun, bunga2 tak hidup sahaja sebagai hiasan di rumah...(mak teh bagi...cantik sangat!)...dan yang sebenar-benarnya, saya kurang menggemari bunga hidup sebab ia tak bertahan lama dan menyusahkan hidup saya!! Tetapi mungkin selepas ini saya akan mula menyukai bunga hidup...anak-anak rose yang ajar saya menyukainya!
Hadiah-hadiah tu pulak saya simpan dulu...nak ambil gambar dulu...kamera ada dekat abangcik di Darul Quran...apa yang saya boleh buat, makan sebungkus kuih bahulu dan satu hamper buah-buahan pemberian anak-anak bertuah Jasmin.. Jasmin ni kelas paling akhir, tetapi mempunyai hati budi yang sungguh menawan...saya memang suka memberi kredit kepada kelas bertuah ini berbanding kelas saya sendiri (1 rose) sebab memang saya jatuh hati dengan keluhuran pekerti anak-anak jasmin...
Satu penganugerahan yang sangat bermakna apabila nama saya diumumkan sebagai GURU IDOLA!! Terkejut sangat2!! Terima kasih mak abah atas didikan yang diberi...diri saya adalah acuan didikan mak abah saya..sekiranya baik saya, mak abah saya berkali-kali lebih baik, insyaAllah. Banyak kategori guru diumumkan...antaranya guru paling sporting (k.yati idris...dia seorang yang kurang sihat, tapi memang saya sendiri akui, dia sangat sporting!), guru paling dedikasi (pn Khairulnizwa...PK petang...tak dapat disangkal lagi!)...guru paling bergaya (k.khadizah- isteri timb. pengarah JPN Perak...erm, saya selalu mencemburui baju-baju yang dikenakannya...lawa sangat!! hari-hari menawan!) dan beberapa lagi kategori guru..
Kepada semua warga PENDIDIK, Selamat Hari Guru! Guru Pembina Negara Bangsa =)
who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)
Monday, May 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam tkah....best je baca blog tkah ni...terhibur hati yang lara..
tahniah,dapat cikgu idola...
erm..sambutan kat skolah cn....buat yg formal je...sb exam....
dan biasanya cikgu2 kat sini cerita..if ari guru...cikgu2 akan sambut utk cikgu2 jgk....ahah...di organize sendiri oleh cikgu??
hadiah??....nampaknya bukan budaya kat sini....tp k zati dapatla 1 hadiah dr 2 org students....terharula sgt2 sb budaknya miskin tp masih bg hadiah...
ok tkah..semoga k zati pun besemangat mcm tkah!!
sama-sama..aii??k.zati sedih apa lagi ni? kan ke akak ni ceria sokmo?pembawaan budak ke? huhu..
assalamualaikum sahabat yang sangat2 dirindui dan sangat2 dikasihi! (^^,) mmmuuaahh!
enti apa habaq? selamat hari guru..
yeay, enti dah ada blog! \(^.^)/ terjumpa masa baca blog kak zatie. really interesting and nice experiences. teacher is a good blogger i think.
congratulations! you deserve to get the "Guru Idola" title. hehe.. sangat wajar.
'alaikumussalam cik amal..mmmuaahh!!! miss u too..i don't expect too much..anyway, it's really motivating and trigger my enthusiasm being as a teacher =)
tikah...he..ader blog rupenyer..tahniah tikah...semoga jadi ckgu yang baik..=)
Post a Comment