who am i ?? a slave of Allah ! Prophet Muhammad (praised be upon him)'s follower, insyaAllah =)


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Senyumlah dari hati...duniamu berseri !! =)

happy day

Saturday, May 23, 2009

Kenapa saya tulis blog juga akhirnya??

Buat masa sekarang, ini cara terbaik melepaskan tekanan secara positif....keadaan dah tak sama macam dulu...jadi, kena cari suatu cara lain..mungkin suatu masa nanti, saya dah jumpa cara lain, saya akan bye-bye dekat blog..sebab saya bukanlah pandai menulis ...perkara yang paling saya tak minat lakukan adalah baca novel! bukan tak cuba untuk jadi macam Us. Ramadhan yang masih boleh layan novel walaupun ketika fasa peperiksaan... sebuah novel saya ambil masa setahun untuk habiskan! Saya masih gagal untuk jatuh hati pada novel. Saya lebih berminat kepada diskusi fakta secara empat mata.

Pernah saya menghantar mesej pada aimi dan aini... "tahniah atas keluaran novel sulung, saya tak berminat membeli"...teruk ke saya buat macam tu? bagi saya tak...saya sangat menghargai usaha kawan-kawan yang rajin ini, saya mesej sebelum novel berada di pasaran lagi kerana saya ambil tahu.. Cuma saya tak berminat membaca. Kalau saya baca, lain pulak komen saya sebab saya memang akan komen.

Tujuan saya menulis blog mungkin tak sama macam kawan-kawan penulis.. blog saya tidak sarat dengan bahasa sastera atau berfalsafah...sekadar menulis sesuatu yang terfikir di minda atau sekadar lukisan hati yang berkecamuk...saya menjadikan medan ini sebagai pusat neutralisasi emosi dan fikiran..

*entri ini adalah untuk menjawab soalan dari rakan. Semua orang boleh berinteraksi dengan komputer, malah ada yang mencipta nama dari kerja komputer.. tetapi tidak semua orang boleh berinteraksi dengan mesra secara realiti...malah dibuat-buat kemesraan itu..

1 comment:

penjaga_agama said...

Salam ukhti Atikah..Mg2 sehat2 selalu..Selamat Hari Guru.Tulis la apa pun selagimana ia mendekatkan diri kita kepada Allah.Jdlah sebenar2 hamba padaNya,mendidik dari hati..-Hafizuddin